TRIVIA

  • Semut mampu menampung 50 kali berat tubuhnya


  • Kod Zip (Poskod) adalah singkatan daripada 'Zoning Improvement Plan'

  • Madu satu-satunya makanan yang tidak akan busuk



  • Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

  • Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm


  • 'Karaoke' merupakan perkataan yang dipetik dari bahasa Jepun. 'Kara' membawa makna kosong, manakala 'Oke' pula merupakan perkataan yang disingkatkan dari 'Okesutora' yang bermaksud orkestra. Ini bermakna 'karaoke' bermakna 'orkestra yang kosong'

  • Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat



  • 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga

  • Belgium menghasilkan kira-kira 172,000 tan coklat setiap tahun



  • 54 otot dalam tubuh manusia terpaksa digerakkan  setiap kali manusia melangkah ke hadapan

  • Sebanyak 17 otot muka digunakan untuk tersenyum dan 43 otot untuk mengerut dahi




  • Pameran 275 ekor kucing pelbagai spesies di Tebingan Kuching pada bulan April 2007, dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai himpunan kucing terbesar di Malaysia

 


  • Ratu lebah mampu menghasilkan sebanyak 1,500 biji telur setiap hari

  • Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela menghabiskan masa selama 27 tahun di dalam penjara kerana menentang dasar aparteid


  • South China Mall di Dongguan, China merupakan pusat beli-belah terbesar di dunia dengan keluasan 892,000 meter persegi meliputi bangunan setinggi enam tingkat.


  • Squash adalah salah satu permainan yang paling pantas di dunia kerana bola yang dipukul bergerak pada kelajuan melebihi 160km sejam



  • Apabila anda mengecam muka seseorang, anda sedang menggunakan otak sebelah kanan

  • Daripada 25 gunung tertinggi di bumi, 19 berada di Himalaya



  • Kandungan air di dalam buah tembikai ialah sebanyak 95 peratus



  • Berbeza dengan tanggapan tentang sifat kucing yang sentiasa aktif, ia sebenarnya boleh tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari



  • Seekor kumbang Ladybird secara umumnya memiliki 7 bintik







  •  Gerhana matahari paling lama pernah direkodkan ialah selama 7.5 minit




    • Laut Merah dinamakan atas dua teori iaitu bakteria merah yang muncul di permukaan laut pada musim tertentu, dan satu lagi mengatakan kerana gunung-gunung yang berwarna kemerahan dan kaya mineral yang terdapat di pinggir laut tersebut


    • Sebahagian besar leher mamalia mempunyai tujuh tulang


    • Rakyat Switzerland adalah pemakan coklat yang terbanyak iaitu 8.63 kilogram seorang untuk tempoh setahun

    • Seekor harimau bintang boleh hidup sehingga 20 tahun


    • Sungai Amazon adalah sungai kedua terpanjang di dunia selepas Sungai Nil di Mesir. Ia menyalurkan air kepada 40 peratus kawasan daratan di Amerika Selatan termasuk ribuan aliran kecil yang terangkai kepadanya


    • Sebiji epal boleh terapung di permukaan air kerana ia mempunyai komposisi air sebanyak 25 peratus
    • Venezuela memenangi gelaran Miss Universe sebanyak enam kali


    • Seramai 20,000 orang telah dikerah untuk menyiapkan Taj Mahal dalam tempoh 22 tahun


    • Mamalia yang paling lama tidur adalah :
    22 jam - koala

    19 jam - kelawar

    18 jam - tenggiling

    • Mamalia yang paling singkat tidur pula :
    2 jam - zirafah

    3 jam - rusa

    • Happy Rabbit merupakan nama pertama yang diberikan kepada Bugs Bunny pada tahun 1935


    • Terusan Suez merupakan terusan kapal sepanjang 163 kilometer yang terletak di Mesir, menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Tengah dengan Suez di Laut Merah.


    • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius

    • Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwyll adalah nama sebuah desa di Wales Utara, England
    • Di Itali, orang sudah membuat pizza sejak tahun 1400-an

    • Planet Zuhrah berputar pada posisi bertentangan dengan planet -planet lain dalam sistem solar

    • Masjid Al-Aqsa boleh memuatkan sehingga 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa
    • Pokok oak boleh hidup sehingga 200 tahun atau lebih
    • Bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Julai 1960

    • Lukisan bertajuk 'Self-portrait Without Beard' karya Vincent Van Gogh merupakan antara lukisan termahal sepanjang masa, terjual pada harga AS71.5 juta (RM222.87 juta) pada tahun 1998 di New York.

    • Dewan teater Panggung Sari di Istana Budaya boleh memuatkan sehingga 1,412 orang pada satu-satu masa
    • Panjang kesemua laluan keretapi di bawah Keretapi Tanah Melayu ialah 1,699 kilometer
    • Kentang goreng yang disebut juga french fries bukan berasal dari Perancis tetapi Belgium
     

    • Sekolah terbesar di dunia ialah Sekolah City Montessori di India dengan lebih 25,000 pelajar terdiri daripada pelajar tadika hingga kolej

    • Jangka hayat seekor ratu lebah boleh mencapai sehingga tiga tahun
    • Malaysia mengutip sebanyak 111 pingat emas pada SUKAN SEA 2001 di Kuala Lumpur sekaligus menjadi juara edisi itu
    • Terdapat 17 jenis burung penguin di dunia :
    Adelie Penguins, African Penguins, Chinstrap Penguins, Emperor Penguins, Erect- Crested Penguins, Fiordland  Crested Penguins, Galapagos Penguins, Gentoo Penguins, Humboldt Penguins, King Penguins, Little Blue Penguins, Macaroni Penguins, Magellanic Penguins, Rockhopper Penguins, Royal Penguins, Snares Island Penguins dan Yellow- Eyed Penguins.
    adelie-mark-van-de-wouw

    • Terdapat lebih 9 juta anak lembu daging dan lembu tenusu di New Zealand
    • Surah Al- Baqarah mengandungi 286 ayat. Ia merupakan surah kedua dan terpanjang di dalam Al- Quran.
    • Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan di antara 1,000 biji buah setahun

    • Pepsi mula diperkenalkan pada tahun 1898 dengan nama awalnya Brad's Drink. Kemudian dinamakan sebagai Pepsi-Cola pada 16 June 1903, seterusnya Pepsi pada 1961

    • Kita mengeluarkan sebanyak 0.5 L hingga 1.4 L air liur dalam sehari
    • Secara purata, perut kita merembeskan 2 liter asid hidroklorik setiap hari
    • Honda Civic adalah model pertama kereta Jepun yang memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1979
    • Beruang kutub boleh menghidu bau sejauh 20 batu
    • Cinderella dikenali sebagai Rashin Coatie di Scotland, Zezolla di Itali, dan Yeh-hsien di China

    • Presiden Amerika ke 40 (1911- 2004), Ronald Reagan merupakan seorang bekas aktor dan gabenor California. Beliau berlakon lebih 50 filem sepanjang tiga dekad bergelar bintang di Hollywood.
    • Tomato tidak termasuk dalam kumpulan sayuran tetapi adalah salah satu jenis buahan kerana ia mempunyai biji di dalamnya.
    • Albania merupakan satu- satunya negara Islam di benua Eropah yang 90 peratus penduduknya beragama Islam
    • Seekor arnab mampu hidup sehingga 10 tahun