RESEPI


Resepi- resepi ni saya dah pernah cuba. Alhamdulillah menjadi, bolehlah cuba ye..

BISKUT NESTUM KISMIS

Bahan-bahan:

 
250 gram butter
100 gram kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanila dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung dan nestum, gaul
  4. Masukkan pula kismis dan uli ikut bentuk yang digemari
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit
Sumber : FamilyAzam.com

***********************************************************************************

CHOC CHIP MUFFIN

Bahan- bahan :

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu segar
1 biji telur - dipukul sedikit
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan chocolate chips

Cara- cara :
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur yang telah dipukul sedikit, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit atau hingga masak pada suhu 180 C (boleh juga dikukus selama 12-15 minit)
Sumber : Azita Kitchen


*********************************************************************************

ASAM PEDAS AYAM


Bahan- bahan :

Ayam - dipotong ikut suka
sedikit daun kesum
4 sudu cili kering }
5 ulas bawang putih }
7 biji bawang merah } dikisar halus
sedikit lada hitam }
3/4 inci kunyit hidup }
1/2 inci halia }
sedikit asam jawa - diambil airnya
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis


Cara- cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
  2. Masukkan daun kesum dan kacau sebati
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau lagi dan biarkan ayam menjadi empuk seketika.
  4. Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber : Mingguan Wanita


******************************************************************************


KEK BUTTER

Bahan- bahan :

 
250 gram mentega
240 gram gula kastor (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
240 gram tepung naik sendiri
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
perasa : 2 sudu teh oren sunquick dan 40 gram coklat urai

 
Cara cara :
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masukkan esen vanila dan kacau
  3. Masukkan telur berselang seli dengan tepung
  4. Masukkan perasa 
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau hingga masak.
Sumber : azlirazali.blogspot.com


*****************************************************************************

MUFFIN

 
Bahan- bahan :

280 gram butter
240 gram gula kastor
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
250ml susu segar
400 gram tepung naik sendiri

Cara- cara :
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
  3. Masukkan esen vanila dan susu
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Jangan terlebih kacau.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Sumber : rinnchan.fotopages

***********************************************************************************

 
BASIC BUTTER CAKE

Bahan-bahan:

250 gram butter
200 gram gula
5 biji telur gred A
210 gram tepung
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila, putar rata.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul adunan hingga rata dan gebu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas.
  5. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 50 minit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Sejukkan dan potong bila telah sejuk
Sumber : rinnchan.fotopages

                              hehe..pecah sikit bila tanggalkan baking paper tu

***********************************************************************************


Ni ada lagi satu versi choc moist cake. Bahan-bahan pun  tak banyak sangat..

CHOC MOIST CAKE

Bahan-bahan :

 
1 cawan marjerin
1 3/4 cawan gula
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
6 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam

Cara-cara :

  1. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko dan garam.
  2. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul adunan hingga rata dan gebu. Kemudian masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan susu, gaul hingga sebati.
  5. Tuang adunan dan bakar 40-45 minit (bergantung pada oven masing2) pada suhu 175C.
Sumber : rinnchan.fotopages

Untuk krim coklatnya, ada 3 versi..

 
KRIM COKLAT

A)

Bahan-bahan:

 
200 gram coklat masakan (dipotong kecil-kecil)
1/4 cawan krim putar (whipping cream yang dalam kotak)
2 sudu mentega

Cara-cara:
  1. Masukkan coklat dan krim putar dalam periuk, panaskan dengan api yang kecil, kacau.
  2. Angkat dan masukkan mentega, gaul rata
  3. Salutkan pada kek yang telah sejuk.
B)

Bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko Van Houten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara- cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, panaskan dengan api yang kecil.
  2. Salutkan pada kek yang telah sejuk.
C)

Bahan-bahan:

 
250 gram coklat masakan (dipotong kecil-kecil)
1 sudu makan mentega
1 sudu teh susu cair

Cara- cara:
  1. Panaskan coklat dalam periuk dengan api yang kecil.
  2. Apabila coklat telah cair tutup api dan campurkan mentega. Kacau rata.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi
  4. Salutkan pada kek yang telah sejuk.
****************************************************************************


COLESLAW

Bahan-bahan:

1 mangkuk besar kobis (dipotong kecil)
1/2 cawan lobak merah (dipotong dadu kecil)
1/2 cawan timun muda (dipotong dadu kecil)
1 cawan mayonis
4 sudu makan krim (atau susu segar)
1 sudu makan perahan jus lemon (atau cuka)
sedikit lada sulah
sedikit garam

Cara- cara :
  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata
  2. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan
*******************************************************************************


MUFFIN PISANG

Bahan-bahan:


Diayak bersama:

2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat    
1/2  sudu kecil garam
1/2  sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Dipukul bersama:

3/4  cawan gula kastor
1 cawan mentega (dicairkan)
4 biji pisang (dilenyek)
1 biji telur gred A

Cara - cara :

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah Celcius
  2. Lenyek pisang dan masukkan gula, telur dan mentega. Gaul/pukul hingga sebati
  3. Masukkan adunan yang diayak dan gaul hingga sebati
  4. Masukkan adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh
  5. Bakar selama 15 hingga 20 minit
*******************************************************************************