Monday, April 11, 2016

Tahniah...Kantoi Lagi MGTT...

Tu dia..

Kali ni pun sangkut lagi ujian air gula ni. Macam biasa kena puasa dari pukul 10 malam, patutnya cantik dah pasal dah elak makan manis beberapa hari sebelum. Makan nasi pun pukul 5 petang. Pukul 9 malam dah stop makan pape cuma last minum pukul 10 malam tu.

Tapi nak jadi cerita sekarang kan musim panas. Pukul 12 malam tu bantai minum air segelas terus. Lepas tu rasa emm..macam mana ni...nak cancel appointment dah mintak cuti pulak..ah pegi je la minum air gula sok..

Esoknya buat test tu. Yang best kali ni tak macam masa Ilman dulu. Dulu dapat air gula panas giler...sekarang dapat suam. Minum dua kali teguk...kira smooth je .takde pulak rasa pening nak pitam macam dulu...

Lepas minum air gula tu, sementara nak ambil darah kali kedua siap borak-borak dengan mommies lain dalam bilik nursing...okla kan kali ni walau tekak rasa kering sangat tak sabar nak selesai ujian tu.

Tiga hari lepas tu dapat call dari klinik. Ye...result 7.9...adeh...normal sampai 7.8.. sipi-sipi je..tak pasal-pasal kena buat BSP  nanti..

Uwaa...terkedu gak...tapi takpela...at least saya sedar diri sikit.. kot tak karang habis semua yang manis manis nak masuk mulut ni...

Kena jumpa dietitian dulu minggu ni. Kali ni pun best sebab KK ni dah ada dietitian. Dulu time Ilman kena pergi HTJ. Senang sikit a urusan kali ni..hihu