Friday, February 20, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama-Vakum

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya dah selamat bersalin pada 29/01/15, pukul 4.21 petang. Hari ni, dah 21 hari dah. Alhamdulillah, baby beransur pulih dari kuning (jaundis).

Oleh itu, ini adalah post terakhir bagi label 'Diari Kehamilan' baby ni...kira complete perjalanan peknen kan dia...

Checkup minggu 39 -26/01/15-  berat saya 53kg. Diberitahu kalau minggu depan tak bersalin lagi, saya perlu direfer ke hospital untuk induce. Oke, dengar pasal induce dah terus takut. Nak le sakit bersalin semulajadi, bukan sebab paksaan dimasukkan ubat ni. Kalo induce dengar cite sakitnya berganda.

Balik opis terus google cara nak cepatkan bersalin. Haih, kalo ingatkan balik memang bodo la saya ni. Sepatutnya saya tak perlu riso lewat bersalin, sebab saya memang sure tarikh last period. So ikutkan memang tak yah kalut dah. Tunggu hari je.

Yang sempat saya amalkan, kerapkan minum air kelapa muda, makan pedas dan banyakkan lagi berjalan dalam 2-3 hari terakhir tu. Teruskan pegi keje. Kat opis cuba settlekan sebanyak mungkin keje yg boleh. Hari Rabu, sepanjang hari perut keras kat opis. Balik tu, tutup opis, masuk keta, dan sebelum bertolak pulang, sempat saya pandang opis tu, seolah-olah rasa ni kali terakhir pegi keje sebelum cuti panjang. Tak sangka betul gerak hati ni. Dan akhirnya...

29/01/15 Khamis

Part 1

4.45 pagi- Rasa basah. Check kat bilik air. Darah dan lendir. Ini le tanda bersalin yang saya dok tunggu2. Kejutkan suami bagitau. Dia tanya nak ke hospital sekarang ke. Saya dengan confident cakap tak yah, selalu kalo anak pertama 1-2 hari baru bersalin pasal laluan lambat bukak. Oke....ini adalah kesilapan yang besar....pengajarannya ialah bukan semua orang sama ye...sila jangan taksub dengan bacaan di internet...pengalaman sume org lain2 oke...

Suami sambung tido. Saya pun. Tapi tak leh lelap. Hati dah rasa semacam. Bangun, solat subuh dan mengaji surah maryam, al waqiah dan yasin sekaligus. Tetap suruh suami gi keje walaupun dia berat hati. Dia tak nak tapi saya kan degil. Ni degil yang korang jangan ikut okeh. Disebabkan degil ni lah nyaris beranak kat umah. Dan lepas tu dalam pukul 8 pagi rasa sakit datang. Sakitnya lebih keras. Kalo sebelum2 ni, sakit2 manja dan boleh pergi keje, Kali ni rasa lain. Pantau masa. 20 minit sekali. SMS bos kata nak cuti.

Sepanjang pagi tahan sakit. Macam mana ye nak describe rasanya? Ni bukan eksen ye, terus terang, mungkin sebab berkat surah maryam dan zikir Nabi Yunus, level sakitnya itu Insya Allah boleh saya tahan, yang tak tahan ialah ia sangat sangat sangat meresahkan sebab buat kita tak tentu hala, tak boleh bernafas...berterusan badan tersentak-sentak...terpikir gak macam ni memang le boleh meninggal kalo dah tak dapat nak bernafas pun...huhuhu

Pukul 12, boss call....saya cuma mampu cakap sakitttt....dia ingat saya dah di spital...huhu

Bila sakit datang, saya cuba berjalan, cuba duduk, cuba baring mengiring....makin teruk rasa. Last2 saya bersujud. Baru rasa oke sikit. Ni la sebabnya saya tak nak gi spital awal2. Sebab saya rasa tak mampu nak tahan sakit sambil tunggu bukaan kat katil wad. Kalo kat umah ni leh la buat macam2 posisi.

Kalo kat wad cane eh, mesti kena baring je. Lagi teruk kalo dah start pasang CTG kat badan,lagi la tak leh gerak nanti. So konon2 saya nak tunggu bukaan banyak sikit, nanti gi spital terus masuk labour room. Tapi sakit dah jadi 5 minit sekali. Baru nak tarik nafas, sakit datang balik. Saya tercungap2, cuba ingat teknik pernafasan yg saya dah google dan berlatih sebelum ni, hancuss...Tak boleh praktikkan pun.

Bila cuba tarik nafas dan hembus, badan rasa bergegar. Sambil2 tu makan kurma. Zikir Nabi Yunus dalam perut ikan nun tak henti2 saya baca dalam hati. Tengok kat cermin, perut saya sangat cekang. Boleh nampak jelas montot baby kat perut tu!

Cepat2 tipon suami suh balik. Masa tu agak2 dalam pukul satu. Saya masuk bilik air ingat nak mandi sikit sebelum ke hospital. Tak boleh tahan. Saya terduduk kat lantai bilik air. Tak henti2 saya curah air ke perut. Agak melegakan tapi contraction makin menggila. Tak sedar saya dah terteran sebab badan tak leh tahan.

Suami sampai umah agak2 sejam kemudian. Terkejut dia tengok saya kat lantai bilik air. Cepat2 dia suh saya bersiap. Keluar dari bilik air, air ketuban pecah. Sekali keluar dengan darah. Suami kelam kabut dah masukkan beg dalam keta. Saya pun capai baju ngan tudung yg dah standby awal2.

Masa nak keluar dari umah,.. oke ni memang drama. Saya sakit sampai saya berpaut kat suami. Dah ala2 tak boleh berjalan dah. Masa tu saya meraung mintak ampun dari suami. Cepat2 dia kata dia ampunkan dan papah saya ke kereta. Laju giler dia bawak keta. Saya masa ni terpikir mak abah tapi tak dan nak tipon dah. Dalam keta beberapa kali saya mengerekot dan lagi sekali tanpa sedar saya terteran.

Sampai  kat Hospital Tuanku Jaafar, terus ke bangunan baru dewan bersalin. Ye saya bernasib baik sangat sangat. Wad dan dewan bersalin baru ni baru dibuka 2 minggu. Memang cantik macam private spital dah. Kalo saya kena bersalin kat bangunan lama yang sendu tu mesti saya awal2 lagi dah nangis. Eh melalut lak. Sambung cite. Saya ditolak dengan kerusi roda ke dalam.

Dan mula diperiksa. Buku merah yang tebal dicheck. Dan doc yg ri tu periksa saya masih ingat saya lagi.  Dalam sakit tu yg saya ingat, kena cek tekanan darah, pas tu ada nurse dan doc yg beberapa kali tanya soalan seperti nama dan IC saya. Mungkin untuk pastikan saya sedar kot. Kena seluk. 5cm. Terus baju saya ditukar dan ditolak ke labour room.

On the way ke labour room, saya macam...eh...dah sampai masa nak bersalin? perasaan macam tak caya je...sampai labour room, macam2 wayar dipasang kat badan. Tangan kiri dicucuk. Nurse yang monitor graf contraction beberapa kali kata 'TOO INTENSE, TOO INTENSE!'...woo contraction sangat kuat. Doc tengok perut saya, 'this is the butt, the leg'...lebih kurang macam tu la saya dengar...

Sorang lagi doc seluk. Dia goyangkan tangan kat dalam tu ke kiri dan kanan beberapa kali pas tu kata, ok 6cm already. Dia check tengok, dan kata, 'no membrane, baby dah di bawah. Puan you can push now.' Whattt?

Tiba-tiba bilik tu penuh manusia. Saya rimas. Tangan disuruh pegang buku lali dan mereka jerit 'push'. Saya keliru. Ini bukan yg saya bayangkan. Saya cuba teran tapi salah. Tak dapat. Sebelum ni saya bayangkan suami saya support belakang saya. Sekarang mana suami saya? Nak bertanya tapi tak mampu. Beberapa kali teran tapi teknik salah sebab saya tak dapat kumpul nafas. Saya dimarahi tapi nape diorang tak tolong bagitau caranya atau support belakang saya? Setakat jerit push semua pun boleh tapi apa erti push itu? Baby sebenarnya memang dah di bawah sangat tapi teknik saya salah.

Rasanya lebih 10 kali kot cuba teran. Then baru la mereka keluarkan besi untuk tahan kaki. Kaki saya diletakkan di besi tu, tangan perlu pegang pemegang. Then doc kata perlu guna vakum sebab baby dah lama di bawah. Dah namanya vakum tentulah lagi besar guntingannya. Then bila dah dapat pemegang ni, tetiba saya dapat semangat sebab ada tempat berpaut.

Saya teran guna teknik lain. Sebab yg tadi tadi dah tau teran ikut perut baby tak keluar, kali ni saya cuba teran cara lain yg saya pun tak reti nak describe. Tetiba saya dengar diorang kata, bagus puan, pandai puan. Lagi teran lagi...Wahhh..cara ni dah betul... Tapi disebabkan saya dah lemah dan asyik putus nafas, agak2 5-6 kali teran akhirnya berjaya baby dikeluarkan.

Babyku tak menangis. Senyap sunyi. Hati cuak dengan keadaan ni. Saya cuma mampu pandang baby saya.....Beberapa minit lepas doc usaha, baru le dengar tangisannya.. Dalam pada tu saya dalam proses untuk dijahit. Uri dah dikeluarkan. Jantina baby ditunjukkan. Baby apa puan? Boy...jawab saya...then saya kiss dia dan dia terus dilarikan ke ICU sebab nafasnya laju. Sedihh...

Untuk jahit, kaki saya masih di besi pemegang. Lenguh gile mengangkang sampai menggigil kaki. Dari pukul 4.30 ptg sampai 5.20ptg. 50minit. Masih baca zikir Nabi Yunus dalam hati. Biar cepat selesai semua ni.  Ada pulak sorang staff lelaki tengok saya dijahit. Memang saya rasa terhina sangat. Sampai saya tutup muka dengan cadar. Oke, rasanya dia pelatih. Tapi saya tak halalkan ilmu dia dapat. Reason? Dah berapa ramai yg bersalin, apsal saya yg terpilih utk ditengok proses jahit ni? Rasanya ramai je yg bukan Islam dah bersalin. Dah tentu mereka tak perlu pikir pasal batasan aurat bukan macam kita ni kan. Sigh.....

Sempat lagi sorang doc/nurse marah saya pasal tak pandai push...eiii rasa nak sepak je muka dia..

Perut ditekan untuk keluarkan darah beku. Ubat luka dicurahkan. Pad bertali dipakaikan. Lepas tu saya dibiarkan baring di katil tu. Lama gak. Dan saya mula terpikirkan suami saya. Dia tau tak saya dah bersalin? Nak suruh dia tengok baby dan azankan. Gelisah. Then datang lagi doc. Kali ni nak seluk tengok jahitan oke ke tak. Ya Allah...tak habis2 lagi bab seluk ni. Tawakal je lah..

Pukul 6.30 macam tu, baru le saya ditolak masuk ke wad. On the way,nurse cari suami di depan tapi takde. Sampai wad...ehhh? mak....abang...kak ipar...suami...bos...eh mana tau saya dah bersalin? huhu blur...

Laa sebenarnya dalam saya dok riso riso tadi, suami dah tau pun saya dah bersalin. Dah azankan baby pun. Baby dalam inkubator katanya. Pastu tipon my family. Katanya dia nak masuk labour room tapi tak dibenarkan. Ada lagi sorang suami pun sama macam dia tak dibenarkan masuk. Apakah?? I thought suami leh teman isteri bersalin. Ya saya tau kalo vakum dia akan disuruh keluar, tapi sebelum proses tu sepatutnya boleh masuk.

My boss? Rupanya lepas dia call saya tengahari tadi, bos call hospital tanya saya masuk wad mana. Cecepat diorang datang. Wuwuu..terharu i...

Part 2

Malam...hairannya saya masih bertenaga. Mata memang celik langsung takmo tido. Mungkin berkat makan kurma siang tadi. Saya terbaring je atas katil. Tak leh gerak. Seram sebab jahit banyak. Tapi tak leh tahan. Darah kua banyak sangat sampai lencun alas katil. Saya nak bangun tukar pad.

Katil tinggi. Oke tinggi bagi saya yg rendah ni. Ter..terjun gak...saya berpaut kat besi katil. Lama...Rasa sekeliling sunyi sepi...berpinar...gelap pandangan...tetiba terjaga balik. Terpandang kakak kat katil depan dah cemas tengok saya. Saya nampak dia tekan loceng panggil nurse.

Nurse datang dan suh naik atas katil balik. Uwaaa...org nak tukar pad laa...dah la susah payah org turun dari katil tinggi ni...dia kata nanti nanti...dah hilang banyak darah mana boleh tetiba bangun nanti pitam...oke....

Pukul 11 malam camtu...degil...nak jugak tukar pad. berjaya turun dari katil dan ke toilet. Toilet sebelah katil je pun. Aduss..patutnya buang aje la pad tu...yg gatal nak basuh dalam keadaan badan lemah ni buat apa...basuh basuh...tak habis2 darahnya...berapa kali flush...banyak sangat2 darah ni...wuuu...mata dah berpinar...adakah saya akan pengsan dalam toilet ni???

Tetiba pintu toilet diketuk. Fuhh nasib baik nurse datang...dia notice dahi saya dah berpeluh... Dia papah saya ke katil dan bagitau nanti len kali panggil dia...

Malam yang panjang...sebab saya dah minum banyak lepas bersalin tadi...nak kencing la pulak. Lagipun kalo kita dah kencing, cepat boleh keluar wad. Lagi sekali, cubaan turun dari katil. Nak panggil nurse temankan ke toilet, tapi cam malas pulak.

Kat toilet...ohh kenapa ni. Kenapa saya tak boleh kencing? Rasa cemas dah. Puas cuba tak boleh jugak. Kenapa kenapa? Lama sangat saya di toilet dan akhirnya lagi sekali nurse jemput saya di toilet tu. Saya bagitau saya tak boleh kencing padahal pundi kencing rasa penuh dah. Then dia inform doc.

Akibatnya...tengah malam tu tiub kencing dimasukkan. Kencing dikeluarkan melalui tiub. Seram gile takut jahitan tetas. Dah la berjalan ke bilik pemeriksaan tu dengan luka yg fresh ni, turun naik katil pulak.

Balik ke katil, tetiba doc datang bagi bekas urin. Dia suruh minum bebanyak dan cuba kencing lagi tengok boleh tak. Dan nak sample kencing. Hoih...tadi aku kencing bukan main banyak ko buang aje...sekarang suruh tadah balik? Rasa nak marah je...

Takpe..takpe...pikir balik memang le saya kena praktis kencing balik. Takkan dok nak cucuk tiub je. Oke....tak tido sepanjang malam...minum banyak2....then pergi balik ke toilet...

Still...tak boleh jugak...3 kali berulang ke toilet...tak boleh jugak....nak nangis serupa takde air mata je...bagitau doc...dan subuh tu kena lagi...cucuk lagi pundi kencing dengan tiub dan dipasang beg untuk tadah....selesai...bawak le ko beg kencing tu ke mana2...balik ke katil dengan frust dan rasa putus asa dengan nasib diri...

Tengok orang sebelah ada baby...saya??? baby di ICU, diri sendiri dah cedera....tak boleh kencing...dah la sepatutnya dah start berpantang...ni saya dok tersimbah2 kaki dan miss v dengan air sejuk bila ke bilik air...ye la nak cuci kan...stokin pun tak pakai...tak dapat nak jangkau kaki :( tapi saya cuba gak tutup kaki dgn selimut....

Pagi. Saya diberitahu kena pakai beg kencing tu seminggu.  Doc dah check dan katanya takde jangkitan kuman. Mungkin masa proses bersalin pundi kencing tercedera masa teran. Minggu depan datang balik untuk bukak dan praktis kencing.

Tengahari suami datang. Dia bagitau baby dah dipindahkan ke SCN. Maknanya baby dah oke. Tak pakai wayar dah. Then kami sama2 pergi tengok baby. Sampai sana, saya notice ada sorang baby ni kat depan pintu masuk tu. Saya macam terpegun tengok dia. Macam ada instinct. Dalam hati kata cute gile dengan topinya tu.

Sampai kat dalam, nurse kata 'baby puan yang kat depan tu'...laaa....rupanya yg saya dok tengok tadi itulah baby saya...wuiii....hepi giler dapat tengok dia...ada tiub untuk salurkan susu...dia tengah tido...kulit putih merah...(sekarang gelap dah pasal dok jemur sebab kuning). Sayangnya tak dapat ambil gambar...ye sepanjang 3 hari baby kat spital, tak dibenarkan ambil gambar...jadi yg ada sekarang hanya memori saya...saya masih ingat rupa dia masa lahir, then masa dia kat wad ni...precious...Insya Allah selagi ada ingatan ni...saya akan simpan baik2 kenangan ni...

Petang tu saya dah boleh balik. Esoknya Sabtu kami datang tengok baby lagi. Dan first time bagi susu badan. Ohh bila bagi susu badan ni, rahim akan sakit sebab dia akan mengecut bila baby hisap. Tapi memula ni susu badan memang tak banyak la. Esoknya Ahad baby dibenarkan balik dah...

Orang lain mungkin tak setuju dengan saya, tapi untuk diri saya sendiri, setelah melalui pengalaman ni, yang boleh saya kata ialah kebanyakan petua mudah bersalin adalah sia-sia je. Yang boleh pakai bagi diri saya adalah :

1) Teknik teran-

Ye yang ni paling penting. Inilah yang menentukan segala. Sebab saya tak pandai teran, satu demi satu masalah datang.

Dimulakan dengan vakum, jahitan yg banyak, baby masuk ICU, saya tak boleh kencing dan menjalani tempoh berpantang yg menyeksakan. Kemudian dalam pada tu baby pulak sakit kuning sebab bengkak di kepala akibat vakum. Sedangkan ikutkan dia sepatutnya tak kena kuning ni sebab dia cukup bulan, saya bukan darah O dan g6pd pun normal.

Pendek kata,yang lain2 tu macam banyak berjalan, minum minyak kelapa dara, minum air hujung rambut dan macam2 lagilah...itu semua tak guna kalo ko tak pandai push. Noted.

2) Makan kurma -

Yang ni sila jangan pertikaikan sebab dah tertulis dalam Quran. Kurma sangat membantu memberi saya tenaga.

3) Surah Maryam dan doa Nabi Yunus-

Walaupun saya takde la consistent sangat mengaji ni, ikut mood jugak,  tapi at least saya cuba dan kalo tak pun dengar di youtube/cd.  Doa Nabi Yunus ni pulak sangat membantu kita lupakan kesakitan...kira berserah pada Allah je.

p/s Kengkawan sume yg belum ada pengalaman, jgn takut ye...ni bahagian saya. Nasib kita lain2. Saya doakan urusan korang dipermudahkan k...

Next entry....dugaan masa berpantang...baby ku sakit kuning...


























7 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. http://mamameya1234567890.sharethisstory.net/my-985328-7034?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    ReplyDelete
  3. http://mamameya1234567890.sharethisstory.net/my-985328-7034?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    ReplyDelete
  4. http://mamameya1234567890.sharethisstory.net/my-985328-7034?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    ReplyDelete
  5. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. err tersalah klik pulak...terdelete pulak comment sendiri hehehe...

      hai fatimah...i ada tengok blog u...best...ada banyak info =) nanti ada masa nak baca lagi

      Delete