Thursday, December 24, 2015

7 Sebab Kenapa Emas


  1. Lawsuit Proof= secara teknikalnya tiada siapa yang tahu berapa banyak emas fizikal yang anda ada
  2. Historically Money = Laku seluruh dunia. Bawalah emas ke mana-mana sekalipun. Berbanding wang flat
  3. It can't go to zero= tidak mungkin nilai emas menjadi tidak bernilai. Wang kertas?
  4. Central Bank hoard it=Bank pun menyimpan emas
  5. Financial insurance = jika bank,ekonomi jatuh,emas tetap survive. Lihat sejarah.
  6. Gold is portable= 1kg emas vs RM200,000. Yang mana lebih mudah dibawa?
  7. Legacy wealth=mudah diwariskan
Itulah antara kelebihan-kelebihan menyimpan emas

Whatsapp saya 012-3259796

http://www.jutawanpowergold.biz/CherishGold


Tuesday, December 22, 2015

Tentang Emas


APA ITU EMAS FIZIKAL???
😊 🌸
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kpd 3 kategori iaitu;💡
     Syiling emas
*💡 Jongkong emas
-💡 Barang kemas


Daripada 3 kategori emas fizikal ni, syiling emas dan jongkong emas sahaja boleh dikategorikan sbg emas pelaburan. Sebab, syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus utk tujuan pelaburan. 
😊
Barang kemas pula bukanlah pelaburan emas yg baik kerana harganya tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai (spread) bagi barang kemas adalah tinggi (25% - 40%).

Moga bermanfaat utk semua insyaAllah.

Whatsapp saya 012-3259796
http://www.jutawanpowergold.biz/CherishGold


Sunday, December 20, 2015

Tempahan Coklat


Tempahan coklat 4pcs-20 box untuk birthday Kak Liana 18/12/2015
-Terima kasih-



Saturday, December 5, 2015

Bersihkan Rezeki Agar Berkat


Rezeki sedikit atau banyak, yang penting adalah keberkatannya. Ada yang dapat rezeki banyak tetapi sentiasa tidak cukup dan tidak puas hati. Ada pula yang dapat rezeki sedikit tetapi memadai malahan dapat menyimpan. 

Mereka yang memahami konsep keberkatan tidak akan merungut walaupun rezekinya tidak melimpah ruah sebaliknya berlapang dada dengan apa yang ada. Dalam masa yang sama berusaha untuk menambah rezeki itu dengan cara yang halal.

Cara-cara membersihkan rezeki untuk mendapat keberkatannya:

SEDEKAH
Ini adalah salah satu cara membersihkan rezeki yang diterima setiap bulan. Ringankan tangan menghulurkan sedekah. Dengan cara ini rezeki yang diperoleh itu sentiasa mencukupi malahan dapat menyimpan walaupun pendapatan tidak selumayan orang lain.

IBU BAPA
Jangan berkira untuk hulurkan wang saku pada ibu ayah setiap bulan. Ingat dan percayalah, mereka yang sentiasa berbuat baik terhadap kedua orang tuanya akan sentiasa mendapat redha Allah SWT. Usah berkira dengan ibu dan ayah.

SENANGKAN URUSAN ORANG
Ketika kita senangkan urusan orang lain, Allah akan membantu memudahkan segala urusan kita pula. Jangan berat tulang menolong dan meringankan bebanan orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan keberkatan pada rezeki yang diperoleh

TAAT PADA ALLAH
Mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Jaga ibadah asas.

MULIAKAN ANAK YATIM
Dalam setiap rezeki yang diperoleh, ada hak orang lain. Jadi berikan pada yang benar-benar memerlukan. Sentiasa muliakan anak yatim dan bantu mereka. Sebenarnya lagi banyak kita memberi , Allah akan lipat gandakan rezeki kita.

LAKUKAN HAJI DAN UMRAH
Akhir sekali, sekiranya sudah berkemampuan dan sihat tubuh badan, lakukanlah haji dan umrah. Ziarah tempat-tempat suci di Madinah dan Mekah pasti akan membuatkan hati bertambah tenang. Dengan rezeki yang halal pasti akan memberikan ketenangan dalam hidup.



Tuesday, November 24, 2015

Hakikat Hujan

Image result for rain

Musim hujan...

Saya suka...

Saya resah kalau hujan lama tak turun..

Hujan itu rahmat. Hujan yang beri kita air. Menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Can't imagine kalau lama tak hujan. Seminggu pun dah rasa berdebu dan berjerebu udara ni.

Saya paling takut...kalau tak ada air. Serius saya manusia yang rasa2 susah nak survive kalau tak ada air. Terpikir nanti baju tak basuh, tak mandi, nak uruskan anak, nak masak air...macam2 kan..Air kena catu 2 hari pun saya dah rasa nak pengsan...

Dokumentari di tv yg saya tonton baru-baru ni...kesusahan mendapatkan air bersih di Afrika, China...dan beberapa tempat lagi di dunia...sampai tahap berjalan 2km untuk angkut air yg berlumpur untuk kegunaan harian...

Beratnya dugaan mereka...

Tak payah tengok jauh2...di negara kita pun sebenarnya masih ada yang hadapi masalah air ni..

Jadi saya suka hujan. Banjir? Itu manusia yang silap tadbir alam. Ratakan bukit, longkang tersumbat...

Taklah...saya bukan anti pembangunan...

Saya cuma percaya ada caranya untuk lakukan sesuatu..tanpa merosakkan alam sekitar...

Saturday, November 21, 2015

Tempahan Coklat


Tempahan dari classmate Sabrina- 5 Coklat Oreo



Tempahan dari Abg Nua- nak bagi staff di ofis- 5 box coklat 4pcs- layer white choc n milk choc



Repeat order dari Kak Mawar. Kali ni 50 box 4 pcs coklat. Layer white choc n milk choc.
Tempahan ni untuk Shafini bagi kat kawan2 sekelas dan dorm di Sek Men Teknik Bukit Piatu, Melaka. Good luck untuk SPM ye...

-Terima kasih-


Sunday, November 1, 2015

Tempahan Coklat 4pcs



Tempahan untuk birthday Sabrina ke 15 tahun.
Coklat 4 biji dalam clear box - 40 box.
2 layer, coklat putih dan coklat biasa.

Happy Birthday Bena!....


Rindu Saya?






Saya dah 9 bulan. Setakat merangkak tu memang saya terror lah. Gigi bahagian bawah dah tumbuh 2 batang. Tumbuh separuh. Gatal gusi saya. Tu pasal saya suka menggigit sekarang.

Ni gambar masa saya 8 bulan. Sekarang saya baru elok demam tapi selsema ada lagi sikit sikit. Doakan saya cepat sembuh :)

Sunday, October 11, 2015

Barang Keperluan Ibu/Bayi -Perlu Beli Atau Tidak

Saya mewakili bakal-bakal ibu yang berpendapatan sederhana. Nak sambut anak pertama, memang banyak kena disediakan. Lagi pulak baca blog orang lain, tengok diorang  beli macam2 kita pun rasa err nak beli ke tak eh....mesti nak beli sebab nak semua sempurna. Tapi ada je kot yang boleh adjust.

1) Pam Susu
-macam-macam jenis. Sampai beratus ringgit kalau brand yang baik. Tapi kita beli yang biasa je la. Saya beli pam manual Disney kat butik Anakku di Jusco harganya RM80 lebih kurang. Sekarang dah jadi hiasan je. Jadi perlu ke tak eh beli pam ni? 

Kalau betul2 tak ada budget, pakai je apa yang Tuhan bagi. Tangan. Perah je keluar la susu tu nanti. Tuam dulu lepas tu urut urut bagi lancar susu tu nak keluar. Lepas bersalin tu dah boleh start. Kalau tak tau teknik marmet (betul ke eja ni) tu pun tak apa. Tapi take note dalam 3 hari pertama memang susu ada tak ada je. Teruskan bagi baby hisap/perah/pam nanti akan banyak. 

Lagi satu nanti masa susukan anak, yang sebelah lagi akan automatik keluar susu. Tadah je dengan botol. Jangan bazir. Saya dulu bodo dok la lap lap dengan tisu. Haish nyesal pulak bila pikir banyak yang terbazir.

2) Mesin Steril Botol Susu
-ni lagi satu punyalah mahal.  Kita ni first time mommy memang la rasa kalo tak beli kang anak aku botol dia tak bersih la nanti macam mana. Orang dulu2 mana ada menda ni. Diorang rebus je dalam periuk botol tu. Tapi alahai...nak merebus?

Masa dalam pantang saya just letak botol susu ngan pam susu tu dalam mangkuk lepas tu tuang air panas baru masak. Tapi leceh gak. Lepas pantang, sel otak ni dah berfungsi balik, saya mudahkan lagi kerja. Botol susu tu lepas dibasuh, saya tuang air panas ke dalamnya. Lepas tu puting botol tu terbalikkan biar masuk dalam botol tu. Dah. Senang. Alhamdulillah Ilman oke sepanjang 8 bulan ni. Tak payah beli tablet steril bagai.

3) Susu Anmum Lacta
-alaa yang untuk bagi susu badan berkualiti dan banyak tu. Mahal gak. Minuman bersusu memang penting. Tapi ada je alternatif lebih murah dan khasiat pun tak kurang. Horlicks, nestum, milo antara yang kalsium dan zat besi tinggi. 

4) Alas Bra
-untuk elak susu lantas ke baju. Seingat saya sekotak dalam 24 keping ke RM20 gitu. Lebih kurang la dah tak ingat. Beli la sekotak nanti boleh pakai masa nurse melawat ke rumah. Kalau hari lain dalam pantang tu, ke lepas pantang ke, alas je dengan sapu tangan. Mampus la dok nak beli menda ni je. Baik beli barang lain. Sapa nak tau kan tersorok dalam baju. Err korang dah tau kan hehehe

5) Pati Haruan ke Ikan Haruan Hidup
-Pati haruan. Saya mula2 makan haruan liar 2 ke 3 ekor buat sup. Takde kesan pun. Mahal pulak tu RM20 seekor. Susah nak siang dan masaknya lagi. Beli pati haruan je senang. Saya beli brand Harwany. Dapat percuma tupperware lagi. Harga 6 botol tak silap RM33. Beli kat Guardian. Tak hanyir sangat. Err tak tau la saya seumur hidup  baru first time minum benda ni. Tapi saya standby horlicks coklat siap2 lepas minum pati ni. 

6) Maternity Bra
- Saya tak ada beli pun.Saya pakai bra biasa je. Terpulang la nak beli ke tak....

Oke nanti kalau teringat benda lain saya update lagi...



Monday, October 5, 2015

Bayi Beralih Bulan


Bila baca balik catatan 'diari kehamilan' masa mengandungkan Ilman dulu, saya rasa malu sendiri pulak. Macam2 ek yang saya risaukan. Salah satu yang saya risaukan ialah sebab tak pernah jaga baby. Ye la tak ada adik pas tu buat dek je bila mak jaga anak2 akak. 

Jadi sekarang banyak jugak yang saya belajar. Dan terus belajar. Yang pasti, teori pembacaan dengan praktikal lain....Tup tap tup tap sekarang Ilman dah 8 bulan. 

Dulu selalu dengar pasal bayi beralih bulan. Benda ni bukan cakap2 orang tua je, tapi betul (pada saya memang terjadi laa). Istilah BInya 'growth spurt'. Korang boleh google la kalo nak tau lebih lanjut pasal perkara ni pasal saya bukan expert. Saya nak cite pengalaman saya je hehehe

Yang saya perhatikan, Ilman bila beralih bulan memang akan jadi sukar di'handle'. Merengek, aktif semacam, time ni semua benda yang kita buat pun salah bagi dia. Akan terjadi beberapa hari sebelum dia masuk bulan baru. Perkataan senangnya ialah....MERAGAM...

Tapi lepas tu ok dah   =)



Thursday, October 1, 2015

Pengumuman


Kepada semua,

Kalau ada yang perasan, saya dah delete beberapa gambar coklat. Sebabnya ialah saya nak buat sampel baru dan ambil gambar lebih cantik. Yang sebelum ni nampak tak menarik sebab saya pun masih baru belajar buat coklat ni. Saya dalam usaha perbaiki apa yang kurang.

Saya juga akan buat lebih banyak pilihan packaging jadi anda boleh pilih yang sesuai dengan budget anda.

Terima kasih


Thursday, September 24, 2015

Tempahan Coklat Raya Haji



 2 bekas 35 pcs coklat putih- tempahan dari Kak Mawar,Taman Cengal.

 TQ...


Wednesday, September 23, 2015

Idea Hadiah Kahwin

Dah nama baru balik kenduri...harusla entri pun dok cite yang berkaitan je ek...hehe

Dulu masa keje pph, bab hadiah tak jadi soal. Masing2 tuang sorang RM10-RM20, sebab kita staff ramai, dah dapat beli hadiah yang best sikit untuk pengantin contoh barang elektrik. Tapi bila pikir balik menyesal gak, ye la yang kawen tu kesayanganku contoh shaz ngan aing, patutnya saya bagi diorang hadiah personal. Apa nak buat, masa tu akal pendek sikit...hihu

Ni dah keje sensorang kat opis, dapat jemputan mula le kalut. Bukan le kita ni kedekut, tapi boleh kata dalam sebulan dapat 3-4 jemputan. Jadi nak tak nak kena la bajet jugak kan. Maklum kita pun orang sederhana, tapi dalam masa sama nak gak bagi sesuatu ikhlas untuk pengantin.

Kalo mak pak kita senang je kan, bagi salam kaut je (letak duit dalam sampul bagi masa salam). Ye la takkan la Pak Cik Haji Yaakob nak datang bawak set pinggan mangkuk kan...tapi kita yang muda2 ni rasa-rasa lagi seronok bagi hadiah...tu yang ish dok la terpikir2 nak bagi apa...nak survey round round pasaraya time balik kerja kang Ilman dah nunggu untuk dijemput..

Jadi ni sekadar cadangan saya...cadangan je tau...ni pun berdasarkan hadiah saya dapat dulu...terima kasih semua...tak dapat nak mention nama satu satu sini...

Mengikut pengalaman, lepas kawen kita pindah dan masuk rumah yang kosong..jadi gunakan imaginasi korang untuk penuhkan rumah tu...hahaha...

* Set cawan/gelas- ni paling famous. Cantik-cantik, sesuai dengan budget. Terima kasih tau sapa2 yang bagi kami...saya suka!saya suka!

* Set pinggan mangkuk - mangkuk penting u....taruk lauk, makan bubur...pinggan of course la hehehe (tq shaz-lawo pinggan hidang u bagi tu...siap ada mangkuk kecik comei...i selalu buat taruk sambal belacan theehehe)

* Periuk, kuali

* Dapur gas- yang budget lebih boleh bagi ni. Kami dapat satu dulu.

* Barang elektrik - kalo kongsi2 duit dengan kengkawan boleh belikan pengantin yg mahal. Kalo kita sorang2 ni boleh bagi cerek elektrik, kipas angin, toaster,blender,seterika...sebab average dalam RM50 boleh dapat dah nak nak kalo ada promotion. Kami dapat cerek elektrik, vakum ngan peti ais..Alhamdulillah...

* Jam dinding -penting woo...

* Set sudu/ garfu - ni pun penting. Tapi jangan bagi set pisau. Pisau kan tajam...macam tak manis je bagi pengantin barang macam tu. Bukan pasal takut terluka tapi dia punya simbolik macam tak best je...Sori saya ni konservatif sikit...

* Dulang - dah ada banyak set gelas, sekali bila tetamu datang, dulang tak ada daa....hehehe  jadi hadiahkanlah pengantin satu dua dulang...

* Rak pinggan mangkuk- yang letak kat sinki untuk keringkan pinggan mangkuk lepas basuh tu...pun penting gak...

* Cadar/Toto/Selimut- Kalo dapat banyak pun takpe boleh simpan guna untuk  saudara mara  yang datang bertandang..

* Lampu tidur - yang ni pun boleh bagi. Banyak yang cantik-cantik designnya. Dapat satu jugak...

* Set penyegar udara - ni pun saya pernah bagi. Jenis yang automatic spray tu.  Sebab design bekas dia cantik dan boleh refill . Boleh letak kat bilik atau kat ruang tamu bila diorang pindah rumah. Wangi je rumah nanti.

Apa lagi ek? Korang ada idea lagi? Nanti kalo saya dapat pikir menda lain saya update...


Tuesday, September 22, 2015

Tempahan Coklat Telur dan Doorgift Kanak-Kanak

Siap akhirnya...

Tempahan dari SMIL saya...untuk majlis kahwin Baby @ Nurul Adzka @ my SSIL

Terima kasih Umi...Selamat Pengantin Baru Baby & Suami


           4pcs chocolate in a golden base box + ribbon + thank you tag


                                        Sebahagian dari 230 kotak


                                       Coklat bentuk telur 100 biji


Dah siap letak pada bunga pahar...ada 3 bunga pahar...2 atas pelamin, satu  bagi kat pihak pengantin lelaki....


Bunga pahar atas pelamin...sempat snap gambar sebelum pengantin masuk dewan...oke...tang pengantin lupa nak amik gambar eh..hehe...tunggu gambar dari photographer je la nanti nampaknya...

Sesiapa nak order dialu-alukan...saya dah test...coklat telur ni bila pegang keras, tapi bila gigit lembut sangat...dan semestinya sedap  =)


Monday, September 7, 2015

Ilman- Dah Berdiri

06/09/2015

Ilman- di usia 7 bulan 1 minggu.

Macam biasa Ilman main-main kat lantai. Tiba-tiba dia tarik kotak yang dalamnya ada coklat doorgift. Dia berpaut pada kotak tu dan cuba bangun. Oppss...berderau darah saya...cepat-cepat saya pegang kotak tu takut terbalik. Pegang badan dia takut dia jatuh.

Dia terus cuba bangun sambil berpaut kat kotak dan lutut saya. Tadaaa...Ilman berjaya berdiri. Lepas tu dia tunduk masukkan tangan dalam kotak ambil coklat. Hehehe...

Sweet moment.

3,4 kali jugak la dia cuba berdiri lagi. Habis dipautnya badan saya ni  :)

Malam tadi dia tak nak tido. Dah pukul 11 malam dia tak nak tido...Biasa pukul 9 malam dah lelap dah. Nak kata kembung perut ke apa ke, tak nangis pulak. Just dia tak nak tido. Tido sekejap, bangun. Tido sekejap, bangun. Sampai le pagi...

Pagi ni bagitau atuk dia, atuk kata memang macam tu. Ada masa-masa baby akan buat perangai macam ni tak mau tido.. Dia sibuk dengan urusan nak belajar merangkak, nak belajar berjalan. Sebab tu dia kurang sikit makan sekarang sebab nak ringankan badan. Ni orang tua-tua kata...


Ilman - 7 Bulan

Ilman dah 7 bulan!

Aktif sangat. Umur  4 bulan tak putus asa belajar meniarap. Dah dapat meniarap, belajar nak merangkak. Rajin betul dia berlatih hehehe. Sejak umur 5 bulan setengah dia dah dapat buat posisi merangkak tu, cuma tak pandai nak ke depan. 

So dia guna otot perut untuk bergerak. Tapi masa tu balik2 ke belakang. Mengundur je. Mula dari 6 bulan setengah dia dah pandai bergerak ke depan. Pergerakan 'commando crawl' gitu. Guna otot perut. Laju bebenor.. Uii habis kepam bajunya. Basuh tangan sehari entah berapa kali daa...

Dan dah tegap bila duduk. 

Personaliti Ilman pulak riang, suka senyum. Bangun pagi dah senyum. Suka ketawa. Nasib baik dia tak ikut perangai saya yang moody ni.

Setakat entri ni ditulis, Ilman belum pernah demam. Last demam masa sakit kuning dulu tu lah. Walaupun kena cucuk pelalian, setakat ni ok. Memang berguna sangat-sangat termometer digital Guardian tu. Must have item! Cuma minggu lepas kena selesema. Pertama kali. Saya panik. Owh...pergi klinik, lepas makan ubat 3 kali, esoknya terus kering hingus. Pheww...

Pertama kali jugak Ilman kena ruam lampin. Pelik sebab dari lahir pun memang pakai pampers yang sama. Tak ada masalah pun. Kalau tak serasi dari dulu-dulu masa dia lahir tu dah ruam dah. Habis calar balar belakang dia garu, merah merah lagi. Sampai luka la. Sedih betul. Risau, tak tau nak buat apa.

Jadi beli krim drapolene. Sapu. Cepat gak proses penyembuhannya. Luka calar tu pun cepat kering. Drapolene ni untuk ruam dan luka ringan. Sekarang dah tau dah. Rasanya bukan sebab pampers. Tapi sebab Ilman memang suka menggaru. Jadi bila garu, luka, kuman, merebak.

Mana taknya, bukak je pampers dia mula menggaru. Tak bagi. Dia garu lengan dia pulak. Tak bagi. Dia garu paha. Tak bagi.  Dia garu kepala dia pulak. Heheh dahi tu pun calar balar.

Kuku dia dah pendek pun. Tapi tajam. Tak tau nak buat macam mana? Padahal pakai ketip kuku khas untuk baby.

Umur 6 bulan dah makan. Setakat ni makan makanan bayi Cerelac. Dia suka yang beras perang. Yang lain macam puri Heinz, cerelac gandum, biskut farley kureng... bubur nasi  lagi le diludahnya. Eheh padahal sedap tu campur dengan kentang lobak lenyek. Takpe...awal lagi...bagi dia masa sesuaikan diri . Pelan pelan nanti boleh variasikan makanan dia.

Masih nenen susu badan campur susu botol.

Baju dah banyak perlu ganti. Saya rasa nak nangis kemas baju dia yang dah tak boleh dipakai. Sarung tangan dan sarung kaki dia yang kiut kiut tu. Saya cium. Syahdu. Dah besar rupanya dia. Kejap je masa berlalu. Dulu kecik je badannya. Bantal peluk dia pun lagi besar dari dia. Sekarang bantal peluk tu stok dia main lambung lambung je...

Nanti i lanje korang gambar baru Ilman. Tak sempat nak transfer dari kamera...





Friday, September 4, 2015

Panduan Tempahan Coklat

Kepada semua pelanggan yang dihormati, saya ingin beritahu beberapa perkara :

1. Untuk penyimpanan, simpan dalam bekas kedap udara. Untuk yang kosong tanpa inti, boleh tahan 2 bulan. Lebih saya tak pasti sebab tak sempat eksperimen dah habis dimakan :)

2. Jangan letak dalam bonet kereta. Bonet kereta sangat panas. Nanti coklat cair. Apa-apa coklat pun even Cadbury, Ferrero akan cair kena panas. Kalau nak bawa ke mana-mana, letak dalam kereta dan pasang air cond. 

3. Untuk filling bubble rice, saya tak galakkan melainkan anda nak makan dengan kadar segera. Sebab mudah lemau. Saya cadangkan anda pilih yang kosong atau kismis. Kenapa ye saya belum buat yang filling badam atau lain-lain?

Semuanya sebab kekangan masa dan susah dapat bekalan bahan. Tapi jangan risau, yang kosong dan kismis ni memang sedap! :)

-TERIMA KASIH-




Mudahnya Bersugi


Image result for mumin kayu b sugi
Gambar ihsan blog ceomumin.com

Must have item! Mu'min B'Sugi. Best sangat produk ni. Saya suka. Senang nak guna. Cuma perlu sapu gel pada gigi dan gusi kemudian kumur.

Saiz tiub yang kecil, mudah dibawa ke mana-mana. Senang dimasukkan dalam beg. Saya rasa semua orang kena ada produk ni . Harga pun murah RM2.29 je. Saya beli di Mydin  =) 



Saturday, August 15, 2015

Tempahan Coklat

Order dari KakZ untuk majlis makan-makan di rumahnya


250pcs coklat - campur-campur filling bubble rice dan kosong


Coklat 2pcs dalam kotak plastik jernih (sushi box) - 20 kotak - untuk sesiapa yang sudi berkaraoke


Terima kasih  =)


Thursday, August 13, 2015

Hari Belanja Sifar

Image result for saving tin


Dah lama saya praktikkan kaedah ni...salah satu cara untuk saya jimat duit.

Apa benda hari belanja sifar ni? Public holiday ke? Heheh....tak lah...Ni saya sendiri saja-saja letak nama ni. Khusus untuk hari di mana saya tak keluar duit satu sen pun.

Eh biar betul? Boleh hidup ke macam tu? Bolehhh....apa tak bolehnya...

Caranya ialah...

Dalam seminggu ada 5 hari bekerja. Saya akan peruntukkan dalam 2 hari untuk tak belanja apa-apa. Biasa cabarannya ialah bab makan. Jadi saya akan pastikan bawa bekal untuk lunch. Sarapan siap-siap kat rumah. 

Bawa air dari rumah ye. Comel apa bawa air dalam bekas  macam dulu dulu bawa gi sekolah tu. Tak payah beli air mineral kat luar.

Kalau kawan-kawan malas nak bawak bekal, puasa je terus. Puasa ganti ke, puasa sunat Isnin Khamis ke. Janji tak payah keluar duit untuk makan.

Beli topup, isi petrol kereta, beli apa-apa barang pastikan dilakukan hari sebelumnya. Sebab kalau dah singgah kedai walaupun beli topup, dikhuatiri akan terbeli benda lain jugak. Jadi hehe tak menjadi la pulak belanja sifarnya..

Tapi...jangan le sampai tak bawa duit dalam purse pulak...hoho...pastikan ada bawa duit sikit dan kad ATM untuk apa-apa emergency. 

Berkesan ke cara ni? Yup...satu kali makan tengahari purata RM5. Dalam seminggu dapat jimat RM10.
Sebulan jimat RM40.

Bagi saya banyak RM40 tu... =)




Tuesday, August 4, 2015

Monday, August 3, 2015

Kenapa Saya Tak Boleh Tangguhkan Kerja


Image result for cat lazy sleeping

-Motivasi untuk diri sendiri-

Ok...diakui...

Saya...kadang-kadang...seperti orang lain juga....dilanda perasaan...TAK KUASA...MALAS...DAH LETIH NI...LANTAK LAH...MALAS AKU NAK BUAT APA-APA...hahaha...

Tapi...

Saya nak berubah...kena berubah...sebab saya dapati...bila saya tangguhkan satu-satu kerja...saya akan jadi super stress...sebab nanti sampai satu masa, terpaksa siapkan kerja pada masa itu plus kerja yang ditangguhkan..

Cara saya atasi :

Ingatkan diri sendiri. Kalau aku tak buat kerja ni, ada ke orang lain tolong? Tak ada...sampai masa kena buat sendiri jugak...

jadi... kalau tak boleh siapkan terus, ansurkan sikit supaya nanti tak le selepuk kena buat sekaligus...

Chaiyok! Chaiyok!




Monday, July 27, 2015

Dah Lebih 4 Tahun Rupanya

Sedar tak sedar, dah 4 tahun setengah blog ni wujud. Mula2 start buat blog ni, niat saya semata-mata nak berkongsi artikel atau tips dan panduan dari majalah/suratkhabar. Sebab saya memang sangat suka membaca dan masa tu rezeki lebih, macam2 majalah dapat beli. 

Sekarang, tau2 harga majalah dah mahal. Dan sekarang memang saya dah kurang kuasa membeli, tak macam dulu. Tapi niat di hati tak berubah, nak jugak kongsi apa yang patut dengan kengkawan semua. Jadi secara automatik kebelakangan ni banyak coretan saya yang lebih kepada pengalaman.

Apa yang saya tulis berdasarkan apa yang saya lalui, kalau ada yang bermanfaat Alhamdulillah, ada gak serba sikit dapat tolong sesiapa yang dalam kemusykilan, kalau menda-menda merepek tu, hehehe jangan le ikut ye...jadikan sempadan sudah...dan lagi satu pengalaman ni subjective, contoh review produk, mungkin pada saya menjadi saya pakai, mungkin pada kengkawan tidak...jadi jangan le salahkan saya ye huhuhu

Insya Allah saya akan terus menulis..untuk kenangan diri sendiri jugak, untuk Ilman baca bila dia dah besar...dan jugak untuk kengkawan semua...

Salam sayang untuk semua =D


Tuesday, July 21, 2015

Coklat Telur


Coklat bentuk telur.

Dibalut dengan aluminium foil. Warna pembalut ikut pilihan anda (Silver/Emas/ Merah/ Biru)

Sesuai sebagai doorgift atau diletak di bunga telur menggantikan telur rebus.

Harga : RM1.50 sebiji.



Perbandingan saiz coklat telur dengan telur ayam sebenar


Diletakkan di bunga telur


Boleh diletakkan dalam  bekas doorgift pilihan anda.

ILMAN - di Hari Raya








ILMAN - 5 bulan setengah







Sunday, July 12, 2015

Tempahan Coklat Raya


Quick update - disebabkan tak promosi betul2 pun, so ada sikit2 order ni Alhamdulillah.

2 bekas coklat warna warni pelbagai bentuk- tempahan staff MOA Putrajaya

12 bekas 50 pcs
Kak Azi - 2 bekas coklat bubble rice
Linda 5 bekas coklat bubble rice, 5 bekas coklat warna warni


Coklat 50 pcs 
Shima-2 bekas coklat bubble rice
Alang Sabah- 1 bekas coklat bubble rice, 1 bekas coklat warna warni
Cik Nor - 1 bekas coklat warna warni
Iza- 2 bekas coklat warna warni
Nurul- 1 bekas coklat warna warni


Coklat 35 pcs
5 bekas tempahan dari Puan Cikgu dari Salak Tinggi


Lagi order dari Kak Azi dan Linda adiknya- 5 bekas 50pcs
coklat warna warni

Thanks to u all...SELAMAT HARI RAYA semua...MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s : walaupun namanya coklat raya, tapi tempahan diterima sepanjang tahun. Boleh order bila2 masa. 






Monday, June 15, 2015

ILMAN - 4 Bulan

video



Ni kat umah Kak Azi. Ilman dan Irfan anak Kak Azi yg bongsu