Sunday, September 21, 2014

Keunikan Solat

      Kajian menunjukkan warna biru muda ketika subuh mempengaruhi kelenjar tiroid dan memberikan kekuatan pada kelenjar ini dan jika ia lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

     Spektrum biru muda semasa Subuh bersamaan dengan frekuensi kelenjar tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme manusia, Warna subuh mempunyai rahsia berkaitan komunikasi, penawar, penyembuhan dan rezeki.

          Memasuki wakthu Dhuha, alam berubah warna kepada hijau dan kemudian kuning menjelang Zuhur. Warna ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadaman dan pencernaan.

       Mengurangkan makan pada waktu ini amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran lebih cergas, tajam dan peka.

      Waktu Asar pula lebih kepada oren iaitu rahsia kreativiti dan waktu ini amat sesuai untuk beriadah kerana tenaga Asar diperlukan oleh organ reproduktif. Tidur semasa Asar, menyebabkan turunnya daya kreativiti dan kesuburan dan berisiko mandul.

        Waktu Maghrib di mana alam berubah menjadi kemerahan adalah waktu berada di rumah kerana resonansinya sama dengan jin dan syaitan. Rahsia warna merah pada Maghrib berkaitan dengan keyakinan, otot, saraf dan tulang.

       Semasa waktu Isyak, alam berubah menjadi biru nila dan memasuki fasa gelap yang menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya sama dengan sistem kawalan otak.


Posisi Tidur Yang Salah Ketika Hamil Ancam Keselamatan Bayi

      Mencari posisi tidur yang selesa ketika sarat mengandung sudah tentu menjadi masalah. Sudah tentu juga ketidakselesaan ini berkait dengan kedudukan bayi.

Hakikatnya, ramai ibu hamil tidak menyedari bahawa posisi tidur yang salah boleh mengancam keselamatan bayi dalam rahim. Ini kerana apabila rahim semakin mebesar, ia mengambil ruang abdomen yang sudah pasti mengganggu pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar dan air kecil dan mungkin memperlahankan peredaran darah. 

Dalam hal ini ibu hamil harus tahu posisi tidur yang terbaik untuk diri dan juga bayi. Selain itu mereka juga harus menghindari posisi tidur yang mungkin menjejaskan keselamatan bayi.

TERLENTANG

Diibaratkan seperti seguni beras yang mempunyai berat 2 hingga 3 kg diletakkan di bahagian abdomen, tentu rasa senak dan sukar bernafas jika ibu hamil tidur dalam posisi terlentang.

Posisi terlentang juga akan menyebabkan rahim memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar dan menghalang peredaran darah ke jantung. Ini mengganggu bakalan oksigen dan nutrien pada bayi dalam rahim.

MENGIRING

Ini posisi terbaik untuk wanita hamil tidur. Mereka boleh mengiring ke sebelah kanan atau kiri. Namun sebaiknya mengiring ke sebelah kanan kerana ia lebih menepati sunnah Rasulullah S.A.W.

Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah dan akan menyebabkan lebih banyak nutrien dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim. Selain dari mengiring, lipatkan paha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal diantara kedua-dua paha.

Bagi ibu hamil yang mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah akibat reflux gastritis boleh juga tinggikan bahagian dada dengan bantal.

MENIARAP

Sudah tentu apabila semakin abdomen membesar sukar untuk tidur meniarap. Tetapi tabiat ini juga harus dihentikan ketika awal kehamilan.

Banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi mati dalam rahim bagi wanita hamil yang tidur mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yang tidur dalam posisi lain.

Kesan posisi meniarap atau terlentang menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam rahim dan menyebabkan kematian dalam rahim. Jadi berhati-hatilah ketika memilih posisi untuk tidur ketika hamil.

Wednesday, September 17, 2014

Susu Untuk Ibu Mengandung

Nampaknya sekarang saya dok update pasal cite peknen je. Hehehe nak buat camne, dah itu keutamaan saya sekarang. Nak update artikel lain belum ada mood nampak gayanya. Sekarang fokus terarah pada baby aje...

Pasal susu yg nak diminum pun buat saya confuse. Pasal doc ngan nurse kata jangan minum susu macam Anmum sebab tinggi gula. Nanti baby besar. Lagi pulak saya ada GDM. Diorang suruh saya minum susu rendah lemak macam Dutch Lady tu.

Err bukan ke susu Anmum dan lain2 susu time peknen tu dirumus khas dan banyak khasiat? Kandungan asid folik, zat besi dan kalsiumnya pun tinggi kan berbanding susu biasa. Lagi pulak ada tambahan DHA bagai yg penting untuk baby...

Tadaa...kan dah tak pasal2 bagi saya pening...

Actually masa mula2 disahkan peknen dulu, saya sempat minum Anmum sampai 3 kotak (lebih kurang umo baby 11 minggu). Pastu, saya ada masalah kewangan kronik, so saya pandai2 tukar ke Horlicks. Sian baby saya, tak dapat khasiat yg sepatutnya. Dan berkat kegigihan minum horlicks 3 kali sehari, maka masa buat test MGTT, sah sah la gula tinggi kan...huhuhu senirik cari penyakit...

Pastu, saya stop minum Horlicks. Hb low, lagi susah saya nak minum susu sebab makan pil iron kena jarakkan dengan susu 2 jam. Bila dah makan pil iron tu 3 kali sehari, kena makan time perut kosong dan takleh dengan susu, sangat susah untuk saya set masa minum susu. Masa tu yg termampu minum susu sekali sehari belah malam sebelum tido, siang dah jenuh telan pil iron. Itu pun minum susu kambing brand bestgoat je. Sempatla saya habiskan 15 sachet...

Pastu rezeki baby, abang saya belikan susu Enfamama bila dia dapat bonus raya ri tu. Merasa le jugak minum susu mahal. Dah habis dah satu tin...yang ini saya minum bila susu kambing tu dah habis. Pun minum sekali sehari je...

Then  macam yg saya dah banyak kali tulis sebelum ni, Hb tetap tak naik walau makan pil iron. So bila dah stop makan pil iron sebab alahan teruk, saya makin riso baby tak dapat khasiat. So saya decide nak minum susu 2 kali sehari balik. 

Pikir punya pikir, last2 saya decide nak minum Anmum jugak. Tak kira walau gula dia tinggi. Pasal nak jugak khasiat macam yg diiklankan tu. Takmo susu biasa.Tapi nak imbang gula,saya minum sekali sehari je. So untuk malam, saya decide nak minum susu kambing sebab ia makanan sunnah nabi. 

Susu kambing macam biasa, saya beli brand bestgoat yg ada jual kat mydin tu. Nak beli brand terkenal macam higoat, macam susah nak carik, pastu riso terbeli yg tak ori, dan reganya pun mahal juge...huhuhu..so saya beli apa yg mudah saya dapat...

Susu kambing ni sugar free, memang tawar tapi saya rasa oke je. Nak bagi kenyang sikit, saya tambah nestum supaya perut ni boleh tahan kenyang waktu malam...

Huhuhu...settle masalah susu...tapi rasa2 cukup ke kalsium ni...err takpe tambah dari sumber makanan lain nanti...



Minggu 21

Dah 5 bulan rupanya saya peknen...cepat ek masa berlalu. Setiap saat tu memang dok la pikir kesihatan baby, terjejas ke tak dengan macam2 gejala yg saya hidapi ni.Tapi saya selalu yakinkan diri  yg ia adalah baby yg kuat dan sihat. Bila dah selalu sebut, Insya Allah akan jadi doa kan kan kan... :)

Minggu ni pegi checkup 15/9/2014. Lagi sekali cucuk amik darah nak buat ujian. Yang result amik darah 5/9/2014 hari tu, ada trace something, so diorang nak check detail. Result ujung bulan ni baru dapat.

Pastu jumpa doc, dia check heartbeat baby, kali ni 150. Alhamdulillah normal.

Yang tak bestnya ialah doc bising pasal berat saya terlebih. Bukan banyak mana pun, 1.5kg je. Kan ke saya underweight, kurus semacam. Naik terlebih sikit dari yg ditetapkan pun jadi isu...Pasalnya saya ada GDM kot..

Dah le tak pasal2 saya kena gi klinik 2 kali seminggu lepas ni untuk check blood pressure. Suspect saya bakal dapat darah tinggi pulak. Hai la doktor...naik sikit je BP saya...dari 110/70 ke 120/70. Riso dan sayang sungguh doktor kat saya ye..huhuhu

Doc belek2 buku merah saya, pastu dia cakap 'banyak masalah u ni'. Adoii...bagi le motivasi sikit....buat org down aje...dan macam biasa dengar le ceramah dari dia..

Balik saya rasa sedih...rasa stress sangat. Berlanjutan sampai hari ni. Tambah pulak dengan macam2 masalah.Ye banyak tul masalah yg menjengah hidup ni sekarang. Saya pun jadi cepat marah dan kejap2 menangis. Pastu bila tetiba sedar, terdetik hati tak boleh terus camni. Nanti effect kat baby. Cepat2 istighfar dan pujuk baby. Baby jangan riso, biar ibu handle sume ye. Baby just membesar dengan sihat dan selamat je.

Nak tenangkan ati, saya cuba buat dan pikir menda2 yg menggembirakan. Salah satunya pikir nama baby. Sebab tak tau boy atau girl, saya kena sediakan 2 nama. Agak mencabar jugak, bukan senang nak cari nama baby ni. Saya nak yg mudah disebut, mudah dieja dan baik maknanya...

Dah rasa buntu, cuba pikir pasal persiapan bersalin dan barang2 baby lak. Insya Allah next month saya nak start beli sikit2. Kalo nanti dah ujung2 takut tak larat lak badan.

Sekarang ni paling saya suka bila dapat rasa pergerakan baby. Kadang2 saya jadi takut kalo lama tak rasa ia gerak. Saya doa sangat2 baby selamat. Rasa bersalah jugak sebab macam tak dapat buat yg terbaik untuk ia. Tapi saya rasa baby ni paham keadaan ibu dia. Selalu saya cakap2 dengan ia...biar ia dengar suara saya...


Friday, September 12, 2014

Minggu 19 & Scan Minggu ke-20

Minggu 19


Kesihatan macam sebelum2 ni jugak hehe...oke la kira tahap memuaskan la jugak...
semakin minat tengok imej2 yang cantik...suka sangat tengok gambar perempuan cantik2, suka tengok fesyen2 baju dalam majalah...tengok gambar baby lagi laaa suke :)

Minggu 20

Rasa macam pedih ulu hati. Bila makan cepat full sampai boleh rasa nak terkeluar balik. So makan sikit2 tapi kerap. 

15/09/2014- scan kat KK. Nampak le kepala baby, pastu doc tunjuk paha, kaki ia. Scan kat gomen ni memang kelabu la kan, 2D, memang saya nampak tak nampak je.

Tanya doc heartbeat baby normal ke tak, dia cakap ada. Ishh...jantina baby lagi le dia tak bagitau (atau tak nampak?) Pastu dia check ukuran baby tapi tak bagitau pun kat saya normal ke tak...adoii...at least cakap le apa yg patut...

Pas scan, dia sibuk telefon hospital nak tanya result darah saya dah keluar ke belum. Nak confirm saya ada sakit talasemia ke tak. Tapi org kat spital tak angkat, then doc ni cakap takpe nanti saya call u balik...huhu tu je la buat hari ni...

Frust jugak sebab tak dapat tengok baby betul2...gambar dia print pun kosong...blank gitu...tak pandai capture gambar ke? huhu....


Friday, September 5, 2014

Ambil Darah Lagi...

05/09/14....

Baru 2 hari lepas BSP ngan amik darah untuk Hb, hari ni lagi sekali cucuk. Kali ni untuk check ada talasemia ke tak. Oke...terkejut gak nurse ikat lengan ni dulu. Aikk...selalu terus cucuk je.

Rupanya kali ni amik sepicagari besar darahnya. Selalu picagari yang kecik je. Uwaaa....dah la 2 hari lepas amik darah pun belum recover sepenuhnya mamai ni, ni lagi amik banyak pulak. Huk huk...

Sempat lagi nurse tu gurau kata kena cucuk 2 kali ri ni....theehehe...

Wednesday, September 3, 2014

Minggu 18, BSP ke 2 dan Periksa Perut

02/09/2014

Hari yang bersejarah. Pasal hari ni buat BSP sekali dengan pemeriksaan rutin. Beberapa hari sebelumnya memang riso dan stress sangat. Dah agak mesti penat gila sebab tak cuti pas tu banyak kali nak cucuk.

7.40pg-sampai KK orang dah ramai. Sabar sementara tunggu giliran. Badan dah layu pasal puasa dari kul 10 malam tadi. Dalam hati rasa macam bakal kantoi je check Hb nanti. Sebab badan yang tak bermaya dari 2-3 hari lepas dah jelas tunjukkan something wrong.

Pukul 8.45pg baru sampai giliran. BP ok. Timbang berat naik jadi 40.8kg. Tak oke. Sikit sangat naik. Urin ok. Then cucuk kat lengan untuk check Hb sekali dengan check gula untuk kali pertama hari tu. Gula on the spot dapat tau. Bacaan 4.5. Selamat.

Then duduk dulu sementara tunggu keputusan Hb. Cepat2 sarapan. Makan roti gandum sapu peanut butter 2 keping. Pastu togok air tak hingat. Haus...tak dulik dah orang keliling...then sambung puasa untuk 2 jam lagi...

Yup...dah dapat keputusan Hb. Maka pergilah mengadap nurse. Check perut. Katanya perut kecik sangat. Tak macam 18 minggu. Sedih wooo. Pastu check heartbeat baby. 158/minit.

Pastu dengar ceramah nurse pasal Hb tak naik2. Memang saya terkejut sangat. Naik 0.1 je. Last month 9.5, sekarang 9.6. Maknanya masih anemia. Huaaa....patut la badan rasa makin teruk sekarang. Padahal makan vitamin vitalea shaklee tu...punya la mahal...tak jalan jugak...

Minum ribena hari2 (ni petua hasil menggoogle) hampir setiap masa pun tak naik jugak. Tapi rasanya memang salah sendiri. Mula2 dapat tau anemia ri tu hari2 makan jambu batu ngan pil iron KK bagi. Bila dah tak dapat buat keje pasal loya teruk dan migrain makan pil tu, itu yg tukar kepada vitalea. 

Jambu batu pasal susah nak beli dah tak makan lagi. Then lain2 walaupun cuba makan makanan berkhasiat macam roti gandum, buah-buahan, susu kambing, mungkin amountnya tak cukup kot....

Muka toya je kena ceramah. Hati sedih pasal risokan baby.

Pastu, gi ngadap doktor lak. Saya tunjuk botol vitamin yg saya makan. Dia kata oke, boleh teruskan. Tapi make sure cara makan betul. Sib baik doktor ni rasional skit dari nurse tu. Then review result iron study yang minggu lepas amik darah tu. Wallaa....kandungan zat besi normal...tapi Hb tak naik2. 

So dia suh datang Jumaat ni amik darah untuk check talasemia pulak. huhu...

Keluar dari bilik doktor, pegi amik suntikan kancing gigi. 

Sementara tunggu 11.00 pagi untuk BSP kali kedua, gi farmasi amik vitamin. Kul 11.00 pagi cucuk kali kedua. Bacaan 5.5. Nasib baik...

Terkejar2 balik opis. Badan dah rasa nak melayang dah. Memang rasa nak pitam. Sampai opis dengan muka selamba dan tak bersalah sambung makan epal ngan roti depan klien n bos. Kul 12tgh kena start puasa balik. Pastu buat la kerja apa yg patut...

Pukul 1.30tgh, kua dari opis untuk BSP kali ke-3. On the way ke KK, Datin call dan kata lepas cucuk terus balik umah. Tak payah datang opis sebab saya pun dah ala2 nak tumbang...yea yea....

Kul 2ptg, bacaan kali ni 4.4. Pastu balik umah. Sampai umah ngengada minum ribena segelas kecik. Walaupun rasa tak larat, masak jugak sebab lum makan nasik. Masak bayam merah tumis air ngan sambal ikan. 

Makan nasik 2 senduk je pastu  minum lagi air ribena segelas kecik. Padahal dah sah sah ri ni test gula nak jugak minum air manis. Tapi sebenar bancuh tawar je pun. Setakat nak ada rasa masam manis sebab nak sedapkan tekak yang loya.

Lepas makan, sakit kepala menjadi2. Badan rasa lemah sangat sampai nak berdiri pun rasa tak betul. Lengan yang kena injection kancing gigi tadi dah start berdenyut. Maka tergolek la jawabnya. Nak tido tak leh tido sebab tak tentu rasa.

Kul 5.30ptg bangun makan biskut weetameal jacobs. Makan 2 bungkus kecik tu dalamnya ada 8 keping. Pastu minum air. Dan puasa start kul 6.

Kul 8malam cucuk kali ke 4 kat farmasi Alpro. Bayar RM3. Cuba teka berapa resultnya...hua hua hua...6.9 weiih....tinggi tu...nak kata pasal makan nasik, nasik tu makan kul 3.30 petang tadi. Ke pasal terlebih ngap biskut weetameal? Rasanya dua-dua pun ye. 

Musykil gak sebab BSP yang 3/8/14 dulu, siap tibai milo ais mamak yang manis gile tu ngan mi kari untuk dinner. Tapi result 6.0 je. Ooo baru teringat, masa tu lepas makan saya berjalan2 kat tesco, so rasanya gula dah tukar jadi tenaga. Kali ni, lepas  makan bantai baring memang la ek...

Balik umah...sambung tergolek. Sakit injection menjadi2 campur sakit kepala. Dalam hati dah pikir bukan2. Terpikir gak macam ni pun dah rasa tak bermaya, cane nanti nak bersalin. Ada ke tenaga nak push....pastu memang riso sangat dan kesian kat baby. Tak sangka usaha nak naikkan Hb gagal...maapkan ibu baby...ibu usaha lagi lebih gigih untuk pastikan baby sihat dan selamat...



Pergerakan Pertama & Minggu 17

19/08/2014

Lebih kurang pukul 1 pagi. Tak dapat tidur. Tiba2 terasa sesuatu dalam perut. Mula2 blur. Tak penah rasa camni. Ada benda bergerak2. Ya Allah...first time dapat rasa pergerakan baby. Perlahan je. Tapi dalam 3-4 kali berulang2 macam perut ni kena 'jentik'. Err...susah nak describe...rasa terharu sangat2...

Minggu 17

Rasa tak sihat. Ada sekali muntah kat opis. Perut meragam aje.

Gusi berdarah.

Kawasan sekitar pusat gatal-gatal. Bila dah selalu sangat menggaru jadi berbekas hitam lak kulit kat situ. sob sob.

P-t--g breast jadi sakit...mungkin persediaan untuk hasilkan susu.

Kulit tangan semakin kering. Jari luka sebab kering sangat. Pakai losyen pun tak membantu sangat...