Thursday, August 21, 2014

Minggu 15 & 16, Degup Jantungnya

Minggu 15 

Ini adalah minggu yang sangat2 mencabar. Kesihatan merosot sangat. Balik keje, sampai umah tergolek dulu dalam sejam,then baru la boleh bangkit nak mandi ke apa ke.

Lengkap dengan mood swing. Satu minit rasa bahagia sangat, pastu tetiba je boleh jadi emosional dan hati rasa kacau sangat2. Kadang2 tengah keje pun tetiba meleleh je air mata. huhuhu.

Sakit belakang terasa bila nak bangun dari tidur. Kena bangun pelan2. Tidur tak boleh telentang, kalau boleh pun sekejap je sebab rasa tak selesa. Sekarang samada mengiring ke kiri atau kanan. Tukar2 bila dah lenguh.

Minggu 16

Sama je. Cuma badan rasa sihat sikit. Selera makan ada,tapi susah sikit sebab kena jaga makan. Tapi last2 dah fedup bantai jugak le makan pape je. huhuhu. Tak senonoh betul.

Jangan le naik balik gula darah ni. Dan harap2 naik le balik Hb ni.

Cane tu? makan tak jaga tapi harapan tinggi. Err...alaa beberapa hari ni je tekak ngengada, nak aiskrim la, air kotak la...pas ni control makan lik...hehehe

Berat badan sekarang dah 40kg.

Kulit tangan menjadi sangat kering.

Minggu 16 ni jugak check degup jantung baby.

First time dengar heartbeat baby. 137/minit. Degup jantung baby yang normal 120-160. So baby oke. Alhamdulillah.

Dah boleh agak ke jantina baby guna heartbeat ni? Kalo google, katanya bawah 140 boboy, kalo atas 140 gegurl. Tapi  ramai kata biasa tiap kali checkup pun boleh berubah kadar heartbeat ni.

So teori ni ala2 takleh pakai la ye? Entah. Eh eh, lagipun baru 16 weeks, baru lagi perkembangan baby ni. Kena bawak bersabar banyak2. Hehehe.Tunggu je lah scan nanti kan kan...

Wednesday, August 20, 2014

Thursday, August 7, 2014

Selamat Hari Jadi


Besday saya...

4 Ogos..

Saya rasa hepi sangat. Dah 34 tahun. Alhamdulillah.

Tiap2 kali besday saya, saya mesti rasa hepi. Hati berbunga-bunga. Best best. =D





Wednesday, August 6, 2014

Minggu 12-14 dan Scan

Minggu 12

Saya dah boleh makan daging sikit2. Dimulakan dengan rasa ayam sikit. Sekejap hanyir, sekejap sedap. Daging burger dah boleh makan. Pastu dah muak makan telur. Makanan dah variasi sikit. Dah start makan kerang ngan sotong. Tak loya macam mula2 dulu.

Badan pun dah rasa oke bila bangun pagi. Mula2 dulu badan rasa berat dan menangis2 tak nak gi keje. Hehehe.


Minggu 13

Kebetulan buat BSP kat Klinik Rekha, scan sekali. Scan 3D/4D. Entah. Yang saya tau jelas nampak baby dari pelbagai sudut. Ya saya nampak muka ia, idung, mata, telinga, mulut, 2 tangan dan 2 kaki. Tangan kiri dia letak bawah montot. Hehehe agaknya montot dia gatal :)
Doc cakap dia sihat.
RM120 dan print sekali gambar.


Minggu 14

Perut dah ketara muncit. Pakai baju kurung takleh zip kain baju kurung. Dalam 2 hari pertama gi keje lepas raya, kain tu saya tarik sampai ke dada. Haha sampai rasa senak lak. Pastu saya rasa takut baby tak selesa sebab ketat sangat, sekarang saya just pin kain tu.

Berat badan naik dari 38kg ke 39.8kg. 

Kepala selalu pening, badan rasa super letih. Memang kadang2 saya rasa nak pitam. Buat keje pun lambat semacam. Akhirnya saya tahu ia sebab saya kurang darah. Makan pil iron yang KK bagi tu, saya rasa loya pulak. Tapi saya tetap makan jugak ubat tu 2 atau 3 kali sehari. 

Kurang Darah..

So 4/8/14 tu, saya gi check up lagi. Sebelum ni saya ada bagitau yang gula darah saya tinggi (GDM- kencing manis masa peknen), dan seterusnya di hari yang berbahagia ini (besday saya tu), saya diberitahu pulak yang saya ni dah kurang darah pulak. Anemia. 

Bacaan Hb saya turun mendadak dari 11.0 ke 9.5. Huaa....masa nurse bagitau tu saya berdebar tapi boleh rilek lagi. Tapi yang tak tahan tu masa jumpa doc. Mencik tul bila dia suruh saya datang lagi hari Jumaat ni 8/8/14) untuk amik darah lagi nak check zat besi pulak. Dia nak check saya ada talasemia ke tak.

Dalam hati tensen gak pasal bayangkan dalam masa kurang sebulan dah 4 kali saya cucuk di lengan dan semalam pun cucuk buat BSP. Ni nak cucuk kali ke -5 pulak. Lagipun memang masa trimester pertama saya tak makan banyak, makanan berdarah/berdaging pulak saya tak boleh makan,rasa hanyir je. So logik la kan kurang darah.

Saya rasa ramai je bakal2 ibu yang mengalami masalah macam saya. Sebab awal2 peknen memang kita xde selera pasal morning sickness. Tapi serius saya memang riso giler bila dah jadi camni. Saya riso baby...saya takut ada effect kat dia....

Balik opis, curi2 google. Saya dah amik pil iron dari KK tadi, so saya google lak makanan untuk tambah darah. Tengah kalut tu, saya telefon suami bagitau. Pastu saya telefon abang saya. 

Tau tak saya macam nak pengsan bila abang bagitau keturunan kitorang ada talasemia. Dua anaknya ada penyakit ni. Sungguh saya tak tau langsung. Tu pasal bila doc tanya saya mati2 kata takde...

Yang paling saya sedih masa tipon  abang tu, abang suruh saya tanya suami adakah dia pun pembawa macam saya. Kalo dua-dua pembawa, bahaya untuk baby. Boleh lak abang saya cakap kalo camtu jgn simpan baby nanti lahir susah hidup dia tiap2 bulan kena tukar darah.

Hancur hati saya bila abang cakap camtu. Memang apa dia cakap tu betul, tapi saya tak penah bayangkan nak buat camtu kat baby. Ni la baby yang saya tunggu sekian lama. Saya terus tamatkan perbualan dan terus call suami saya lak.

Saya tanya betul2 family dia ada talasemia tak. Dia cakap takde. Dia yakinkan saya takde. Dan saya berharap sangat apa dia cakap tu betul. Then hati saya tenang sikit walaupun saya tahu Jumaat ni bila saya amik darah, saya akan kantoi yg saya ni pembawa...

Yang betulnya, saya terus terang cakap saya tak tau pasal penyakit ni. Saya cuma tau ianya pasal kurang sel darah merah. Lain dari tu, saya tak mau tahu buat masa ni, sebab ini semua akan buat saya riso dan hati saya rasa pecah bila kenangkan effect pada baby saya. So, better saya tumpukan pada diet saya je sekarang ni.

Fokus utama nak naikkan Hb dan masa yang sama kawal gula darah. Saya tak pedulik dah pasal duit. Biar habis pun duit beli makanan. Yang saya tau, saya kena usaha bagi baby saya sihat. Tu je yang penting buat masa ni....

BSP Yang Pertama

Sebenarnya saya kena buat BSP 24/07/2014, iaitu 4 hari sebelum raya. Tapi disebabkan dah nak raya (nanti raya cuti seminggu) dan saya pun dah selalu sangat keluar opis buat check up, saya pun segan nak mintak cuti atau mintak keluar opis lagi. Lagipun cuti saya rasanya tinggal sehari dua je lagi. Sob sob...

So saya memandai je tukar tarikh BSP sendiri. Saya buat kat klinik swasta sebab boleh buat hari Ahad. Bacaan BSP kena amik 4 kali so senang sikit saya nak lari2 gi cucuk tu. BSP ni amik darah di jari.

Klinik yang saya pegi ni Klinik Pakar Wanita dan Rumah Bersalin Rekha. Famous yang amat la kat Seremban ni. Tapi sayang...staffnya saya tak berkenan. Lain orang saya tak tau, tapi bagi saya kerek dan sombong mereka ni...huhu..cane la boleh pulak akak saya check up dan bersalin tiga2 orang anaknya kat sini dulu...kalo saya tak sanggup...

Dipendekkan cite, ni result BSP saya...

Bacaan pertama Fasting (8.00 pagi) - 4.6
Bacaan Kedua (10.00 pagi) - 3.6
Bacaan Ketiga (2.00 petang) - 4.8
Bacaan Keempat (8.00 malam) - 6.0

Buat kat klinik ni, bayarannya RM40 untuk 4 kali cucuk ni. 
Bacaan kedua tu agak rendah pasal saya dok teguk air mineral banyak...haus sebab puasa dari malamnya..last2 perut kenyang dan makan setakat 4 keping je biskut high fibre untuk breakfast.

Esoknya hari Isnin 4/8/2014, saya gi KK untuk check up biasa dan tunjuk doc result BSP saya ni. Doc cakap ok result ni. Oleh itu next BSP saya 4/9/2014. Alhamdulillah, sebab ada kengkawan lain yang kena buat BSP 2 minggu sekali. Saya dah jadi sebulan sekali. 

Pastu doc ngan misi kat KK cakap, kalo tak dapat cuti hari nak buat BSP, mereka akan bagi MC. Atau kalo nak buat weekend gak, ada staff yang boleh amik bacaan untuk pukul 8 pagi tu. Yang lagi 3 kali tu boleh pegi kat Farmasi Alpro. Lagi murah bayar RM3 je berbanding RM40 kat klinik swasta. Laa ye ke....huhu tu la pandai2 sangat buat keputusan sendiri. Tapi takpe, untuk baby, takde rasa ralat pun. :)