Friday, July 18, 2014

Temujanji Dengan Dietitian

Seperti yang saya tulis sebelum ni, saya harus berjumpa dengan pakar pemakanan di HTJ susulan dari result MGTT yang agak tinggi.

Sebelum ni yang saya dok riso ialah payah nak parking kat hospital tu. So saya pun keluar awal dari ofis walaupun appointment saya pukul 12.

Sampai sana, saya parking kat parking awam kat bawah bukit tu. Lepas tu rupanya sekarang pihak hospital ada sediakan pengangkutan (van). Dah lama ek ada menda ni, punyalah saya tak update dengan perkembangan sekarang.

So alhamdulillah, tak payah le saya bersusah payah mendaki bukit macam dulu2. Sangat memudahkan.

Then sampai kat klinik pakar pemakanan tu, sebab sampai awal sangat, saya pun duduk le menunggu.

Kebetulan ada seorang lagi menunggu,borak punya borak, rupanya dia pun dietitian jugak. Dr Ong namanya.

Katanya saya bertuah sangat sebab hari ni giliran Prof Dr Wini yang bertugas. Prof ni kira memang expert sangat2 la dalam bidang ni.

Lepas tu, yang bestnya masa borak2 tu saya tercakap saya tengah lapar. So Dr Ong pun masuk dalam bagitau Prof untuk cepatkan appoinment saya sebab sian kat saya lapar. Hehehe. Dapat le awal setengah jam.

So saya pun ditanya tentang pemakanan biasa saya, dan sejarah keluarga ada penyakit kencing manis tak. Pastu dia timbang berat dan ukur tinggi.Then dia terangkan la pasal GDM ni. Pastu  berdasarkan menu yang saya biasa makan, dia bagitau la apa yg perlu ditukar.

Lepas ni saya tak boleh minum horlicks/milo dah, sebaliknya ganti dengan susu. Sebab saya loya minum Anmum, saya dicadangkan minum susu tepung Dutch Lady atau jenama lain, tapi Anlene tak digalakkan sebab  tak sesuai untuk ibu mengandung. Sebab saya sekarang tak lalu makan makanan berdarah macam ikan, ayam, daging, Prof cadangkan makan ikan bilis, tauhu, tuna,telur untuk dapatkan protein. Biskut manis kesayangan saya perlu diganti dengan biskut hi-fibre. Roti putih pun perlu ganti dengan roti wholegrain. Nasi kalau makan jangan banyak, cukup 2 senduk je. Elok banyak makan oat. Dan buah pun perlu makan banyak tapi ikut portion.Sebab buah pun ada gula. Contoh tembikai, jangan makan banyak sekali hadap tu.  Sayur pun perlu makan banyak.

Maknanya saya tak perlu pening2 nak makan apa. Sebab saya ingat macam seksa je kena diet ni. Makan macam biasa cuma yang manis dan makanan tinggi GI tu perlu ditukar macam yang saya tulis, dan kalo makan pun sikit je.

Then dia pesan, pil zat besi yang KK bagi perlu makan 2 jam selepas makan. Sebab saya juga underweight, so dia terangkan lebih lagi pasal pemakanan ni.

Ikutkan menda2 ni dari kita sekolah lagi dah belajar kan. Tapi saya sangat hepi dan lega dapat dengar dari mulut seorang pakar sendiri. Dia pun sangat friendly dan memahami masalah kita. Bukan jenis orang yang suka judge orang lain. Setiap soalan saya dia jawab dengan baik dan profesional. Hehe nampaknya bukan semua dr dan staff hospital kerajaan kerek ye. Yang ni terkecuali. Best sangat Dr ni.

Lagipun saya memang tak penah praktikkan piramid makanan ni sebab rasa tak ada penyakit. Main makan je apa tekak ni nak makan. Mana penah saya sukat2 makan ni.

Dah terkena ni baru le rasa insap. Dan saya bersyukur gak disebabkan dapat detect GDM ni awal, so saya boleh start jaga makan awal2 lagi.

So minggu depan saya kena buat ujian BSP dah. Then sebulan lagi saya ada next appointment dengan dietitian ni lagi.

Balik, saya tunggu van kat depan klinik pakar tu untuk pegi kat parking keta. Sampai opis 1 pm. Lega...selesai satu hal lagi  =D




Wednesday, July 16, 2014

MGTT Test- Minum Air Gula

Hari Isnin (7/7/14) tu,  lepas buat buku pink dan check up, saya diminta datang semula hari Jumaat untuk minum air gula. Hati ni dah cuak dah. Dah la baru lepas amik darah, ni nanti kena lagi amik darah 2 kali untuk test ni. Bukan apa, riso sebab saya underweigth, pastu seminggu sampai 3 kali kena cucuk. huhu

Tapi takpe la, tabahkan hati je. Disebabkan nurse bagi penerangan prosedur minum air gula tu laju benar, so saya ada lost sikit la. Jadi balik tu saya sibuk le menggoogle prosedur minum air gula ni. So kita kena puasa malam sebelumnya dari 10 malam, esok pagi pukul 8pagi ambil darah, lepas tu minum air gula. Lepas minum air gula tu sambung puasa 2 jam lagi barulah darah akan diambil untuk kali kedua. 

Sungguh saya tak terpikir langsung nak google cara pemakanan untuk lulus test ni. Yang ada dalam fikiran cuma tak kuasa nak kena cucuk lagi 2 kali tu. Pas tu perasaan yang ada adalah takut lapar pasal kena puasa. Haish kalo difikirkan balik, takde la lapar mana pun sebab pukul 10 tu kira saya dah masuk tidur. Pagi esok pukul 10 dah boleh makan dah...

Disebabkan takut lapar, sebelum pukul 10 malam tu, saya minum horlicks, makan kuetiau, buah belimbing besi, last sekali pukul 9.30 minum horlicks lagi. Dua kali minum horlicks yang manis tu...hehehe

So esoknya saya pun pergi KK. Lepas amik darah kali pertama, tibalah masa untuk minum air gula. Dari blogger2 lain, diorang cite ada yang dapat air gula perisa oren atau anggur. Tapi kat KK Sendayan ni, yang dihidangkan adalah original punya air gula siap panas berasap lagi.

Dek sebab terbaca tips dari sorang blogger ni, untuk elak loya kena minum cepat2, saya pun amik,baca bismillah dan  terus minum. Masa amik tu tak sangka panas sangat. Ingatkan suam je. Nasib baik tak terlepas cawan dari tangan.Tu dia...tak ke cedera  lidah ngan lelangit tu. Huk huk...pastu nak tak nak sebab panas gila terpaksa la minum seteguk, tiup, minum seteguk, tiup. Dah la lidah dah sakit ni.

Sampai setengah cawan (cawan besar), tetiba rasa mual dah. Teruskan la jugak....dah abis, segala rasa datang. Mual, loya, pening lalat. Dua jam tu rasa seksa sebab rasa nak rebah je. Pukul 9 saya pegi toilet untuk meludah sebab rasa mual sangat.

Then ambil darah kali kedua. Nurse cakap dia akan call kalo result tak oke. Saya pun pegi farmasi amik vitamin yang hari Isnin tu lupa ambik. Asid folik, B Kompleks, Vitamin C, Kalsium ngan Iron. Then balik dan pukul 10.30pagi dah sampai opis dah....dekat je...

Kat opis, sepanjang hari gelabah takut result tak oke...ye akhirnya dapat panggilan telefon dari sana  hari Selasa minggu depannya. Result tak oke. Sebelum 4.7, selepas 7.9. Kira berisiko kena kencing manis. Nurse suruh saya datang jumpa doktor.

Esoknya pepagi saya pegi lagi KK ni. Jumpa doktor, dia refer saya kat pakar pemakanan. Betulkan diet sebab nanti kena buat BSP (Blood Sugar Profile). Nasib saya tak baik, kat KK tu dietitian dia tak masuk dah, masuk lepas raya. Tapi doktor insist saya cepat2 jumpa dietitian, so dia keluarkan surat refer saya ke dietitian kat Hospital Tuanku Jaafar.

Tapi nasib baik saya tak redah je gi spital tu. Tadi saya telefon dulu klinik pakar pemakanan tu, rupanya kena buat appointment. So hari Jumaat ni saya akan ke sana...

bersambung...hehehe 





Buat Buku Pink

masa mula2 buat, nipis je,.pastu punya la tebal dengan macam2 masalah kesihatan...theehehe


Masa dapat pengesahan peknen kat klinik swasta dulu, doc tu cakap tunggu 3 bulan baru daftar kat klinik. Takut kalau pegi awal2 diorang tak nak terima sebab masih awal. So, saya pun dengan sabarnya tunggu la bila la nak 3 bulan ni. Tetiba dalam minggu ke 9 kak ipar saya tanya, dah buat buku lum? saya cakap belum. Then dia cakap pegi la awal sebab ko tu cekeding sangat. Apape boleh dapat rawatan awal. 

Dia dah cakap camtu, terpikir eh ye jugak kan. So start le aktiviti menggoogle. Cari prosedur. Pas tu kan, entah le, saya ni jenis confius sikit. Saya tertanya2 kalo nanti plan nak bersalin kat swasta, boleh ke buat check up kat kerajaan? hoho mesti korang kata itu pun tak tau ke...

A'ah memang tak tau pun. Tanya akak, dia memang check up n bersalin kat swasta. Tanya kak ipar, dia pulak semuanya dari awal sampai akhir kat kerajaan. Tetiba teringat zana, hehe zana cakap leh je, dia pun check up kat kerajaan pastu bersalin kat private..huhu settle satu persoalan...

Bukan apa, saya teringin nak check up swasta, tapi perlu ongkos gak kan. Kalo check up kerajaan  free tapi masanya panjang la pulak. Maklum le kita bekerja, nak keluar selalu selalu susah jugak. Tapi tang bersalin saya seboleh-boleh (Insya Allah kalo ada rezeki lebih) nak bersalin kat swasta atas sebab2 keselesaan sebab bukannya hari2 kita bersalin ye tak...

Jadi langkah nak buat buku pink kehamilan ni, pertamanya kena pastikan dulu kita ni kena daftar kat klinik mana. Saya tinggal kat mantau, kerja kat galena, so dalam hati, eh pegi klinik S2 je la senang. Dekat pun dekat.No no no. Nasib baik saya telefon dulu KK S2. Rupanya kalo tinggal mantau kena pegi daftar kat KK Sendayan.

So telefon KK Sendayan, nak confirmkan. Dah confirm, dia suh datang hari Isnin atau Selasa pagi je. Untuk kehamilan pertama ni, bawak fotostat sijil nikah n fotostat IC kita n suami.

So pegi sana hari Isnin. Sampai dalam 8.25 gitu. Tunggu le giliran dengan sabar. Then check tekanan darah, tinggi, berat. Saya underweight, peknen 10 minggu berat 38kg je. Terus le dapat tagging hijau kat buku tu. Pas tu jawab dengan jujur sejarah kesihatan keluarga. Again kantoi pasal mak abah ada kencing manis n darah tinggi. Huhu maknanya saya berisiko jugak...

Buat urin test untuk check kencing kotor, n buat blood test jugak. Err sepicagari le darah diambil.. Banyak tu...huhu

Kemudian misi check breast (sesi kena raba hahaha), ukur perut dan bagi nasihat penjagaan time peknen. Dia suh datang lagi hari Jumaat untuk minum air gula. Minum air gula ni dia suh saya puasa malam sebelumnya. Pas tu last sekali jumpa doktor dan scan. Dapat le tengok babyku yang kecik dan comei ni. Walaupun tak jelas sebab kecik lagi, tapi rasa hepi sangat2 nampak ia...terharu i...terubat jugak kerisauan sebab beberapa hari ni perut rasa cramp aje..

Dah settle pukul 11 pagi, boleh lak saya terus balik, padahal rasanya kena amik ubat dulu (asid folik) hehehe xpe xpe...next appointment boleh amik..


Tanda-tanda Awal Hamil

Syukur Alhamdullilah.

Mei,hari sepatutnya period, tapi tak pulak. Dah terfikir dah, 'eh selalu sharp masanya, ni takde pun'. Tapi kebetulan pulak seminggu dua tu memang tensen abis dan asik meroyan pasal keje, so terpikir jugak mungkin lewat sebab stress.

Lagipun, memang tiap2 bulan selalu tertipu dengan hormon sendiri. Sebab tanda nak period memang sebijik macam tanda awal hamil. Selalu la feeling feeling perasan dah peknen padahal sampai masa period gak. hehe

Tapi sebagai langkah berjaga-jaga,dalam 3 hari tu dok la pegang perut dalam opis. Pasal saya jenis clumsy, kerusi depan mata pun nak dilanggar. haha. Pastu tak angkat benda berat dah. Hari ke-4 period lewat, beli pregnancy test. Beli jenama 'dip & tell'. Dia senang nak guna pasal ada bekas urin dan katanya accuracy pun tepat. Harga RM11.

       hehe terkoyak pasal masa kat klinik terentap kuat, doc nak tengok hasil ujian kat umah

Ingatkan kalo dah lewat seminggu baru test. Tapi esoknya, bangun pagi dengan blur dan takde niat apa pun, just capai dan terus buat ujian kehamilan tu. Kalo nak buat test ni, kena buat pagi2 sebab hormon HCG (hormon kehamilan) ni tinggi waktu pagi. Kalo buat lewat hari takut hasil ujian negatif pulak. Ni hasil dari menggoogle la. So dipendekkan cite, 2 line naik dengan lajunya. Alhamdulillah. So tak pegi keje sbb nak jumpa doc untuk pengesahan. Masa tu dah 5 minggu.

Ni tanda-tanda yang saya alami beberapa hari sebelum disahkan hamil.

1) Perut rasa kembung dan senak. Banyak angin.

2) Selera makan yang tinggi.

3) Rasa ngilu dan menyucuk-nyucuk pada miss v.

4) Cik b bengkak dan bahagian p----g sakit.

5) Malas mandi. Dan malas nak buat apa-apa. Haha ini kira simptom gak ka? Agaknya ni la dikatakan 'pembawakan budak' kot.  Mana taknya. Sebelum ni, kalo time cuti, pagi2 dah bangun, mandi, dan terus berkemas membasuh segala, masak. Ini? dok terlepek sepanjang hari sampai nak sentuh air pun  tak kuasa. Tapi kesudahannya mandi tetap mandi, cuma perasaan tu ala-ala dalam terpaksa gitu hehehe

6) Letih sepanjang masa. Walaupun takde buat pape. huhu

Then seterusnya...

Minggu 5 & 6 - Masih mempunyai selera makan yang sangat tinggi. Lambat makan je perut pedih macam dicakar-cakar. Sampai rasa nak berguling-guling pasal lapar...hohoho memang dramatik sungguh..

Minggu 7- Tetiba hilang dah selera makan. Tetiba tak nak makan daging, ayam, ikan. Tetiba suka epal padahal sebelum ni paling tak suka makan epal. Tak boleh masak. Tak boleh tengok ikan/ayam/daging walaupun dalam gambar. Kalo tengok yang baru disiang dengan air basuhannya yang hanyir lagilah mual.

Minggu 8-9 - Moody. Kejap-kejap menangis. Tapi mungkin sebab kebetulan ada masalah kewangan, so stress memanjang. Rasa mual tapi tak muntah. Setakat ni cuma baru 2 kali muntah. Setelah beberapa minggu tak buat apa2, gagahkan jugak diri berkemas satu umah. Peh memang risiko betul. Pasal umah dah bersepah dah. Padahal dok berdua je. Musykil tul. Suamiku pesen yang buat2 tak nampak segala 'ketidakkemasan' (betui ka perkataan ni?)  tapi diriku memang hangin kalo umah semak tak terurus ni.

Minggu 10 - Masih sama. Tambahannya selain mual, lidah sentiasa rasa pahit. Kaki dan tangan rasa kebas. Kadang-kadang kaki cramp. Badan banyak angin. Asyik buang angin huhuhu. Dah start masak balik setakat sayur atau telur asalkan tak melibatkan apa-apa daging. Setiap kali masak kena pakai minyak baru. Minyak yang walaupun baru sekali pakai terasa busuk.

Minggu 11 - Perut (bahagian rahim) sekejap-sekejap sakit. Dalam 3 hari jugak macam ni. Macam cramp. Banyak buang angin. hehehe. Dan  muntah  2 kali.

Semua yang saya tulis ni bukan untuk merungut eh. Tak laa. Saya sangat enjoy dan bersyukur dengan kehamilan ni.  Saya cuma nak kongsi dengan kengkawan dan yang paling penting untuk kenangan saya sendiri di kemudian hari...Keseluruhannya saya rasa okeh je, larat lagi la pegi keje dan buat keje umah sikit-sikit..

Saya mengidam jugak. Teringin sangat sangat nak makan laksa kat pasar malam Ampangan, nasik lemak sedap yang dijual di Seri Kembangan, karipap rangup, goreng pisang rangup...camtu la...makanan biasa je...tapi tak dapat2...bawak bersabar banyak2..Insya Allah nanti lepas raya....

Aing tanya ada makan apa2 ke untuk hamil? hehe maklum le i ni kan dah nak masuk 34 tahun. Badan i pun kurus cekeding gitu. Takde cuma saya alert sangat2 time subur. Memang rekod baik punya siap tanda kat kalendar..huhuhu...tapi saya ada bagitau dia ri tu ada minum air belalai gajah sebab sakit (rujuk entri sebelum ni). Tapi rasa-rasanya air ni baik untuk rahim gak kalo saya dok baca testimoni orang lain.

Tapi yang pasti dah berenti minum sebab takut ada effect. Sebab  herba ni  panas. Even masa minum dulu pun saya elakkan minum time period (penah minum sekali time period tapi punyalah sakit perut dan badan), dan saya elakkan minum hari subur dan hari2 seterusnya sampai next period datang. Langkah berjaga-jaga mana tau kot kot lekat...

Okeh bersambung next entry...