Thursday, March 20, 2014

Doorgift/Buah Tangan Kenduri

Doorgift masa kahwin..

Untuk tetamu dewasa :


Dalamnya diisi dengan cupcake, gula-gula mentos dengan kopiko yang kitorang paketkan dalam plastik kecik, dan puding kecil dalam cup.

Untuk kanak-kanak :


Paperbag comel, diisi dengan lollipop chupa churps, coklat kit kat dan gula-gula yang dipaketkan


Untuk keluarga pihak lelaki :

Hehe lupa amik gambar. Paperbag, dalamnya diisi sama dengan untuk tetamu lain (cupcake, gula-gula dan puding), cuma ditambah dengan wajik yang mak buat sendiri dan jugak bunga telur.





Bedak Harum Nasila


Rasa-rasa dah dekat 10 tahun pakai bedak ni. Kulit muka saya dulu memang berjerawat teruk. Teruk sangat sangat...sampai muka ni penuh parut pasal picit jerawat..

Pas tu, saya start pakai bedak ni. Sebab tak boleh pakai bedak lain. Tak leh pakai mekap pun. Kulit sensitif. Penah ngengada pakai blusher, tadaa...jerawat naik balik..

Pakai bedak ni, muka oke la balik. Tak la hilang terus jerawat ni, tapi terkawal la. At least dia muncul time stress atau salah makan (makan udang) atau time PMS je...

Kira oke la kan, tak le macam dulu sepanjang masa je muka berjerawat..

Hehe...jadinya saya memang tak pakai mekap. Elok gak, jimat masa. Kalau nak gi mana-mana, just pakai pelembap, pas tu pakai bedak ni. Pakai lipstick. Dah siap.. :)

 Harga bedak ni pun cuma RM5.90 je. Ada jual kat kedai-kedai jamu..

Untuk parut jerawat tu, dulu saya sapu lendir lidah buaya (aloe vera)...

Kat umah ada tanam pokoknya, so saya patahkan daunnya, biarkan dalam sejam dua bagi lendir kuning yang busuk tu abis keluar, pas tu baru basuh nak hilangkan pasir-pasir yang melekat.

Dan dengan gigihnya lendir aloe vera tu saya sapu kat muka yang bersih sekerap yang mungkin siang atau malam. Tu le yang saya amalkan dalam setahun lebih...huhu sampaila muka yang berlubang-lubang ni pulih balik...

Masa tu memang tak mampu nak beli kolagen ke, krim kat farmasi ke...jadi amal je petua ni...

Ada gak kadang-kadang saya sapu lendir aloe vera ni kat rambut, nak sihatkan rambut. Lagipun rasa sejuk je kepala  :)

Saturday, March 15, 2014

Cara Gubah Sirih Junjung Dalam Bakul

Baru le teringat nak post entri ni. Disebabkan masa buat sirih junjung ni dulu tak amik gambar, so sekarang terpaksa agak-agak je nak terangkan step by step nya. Harap-harap boleh paham le ye..huhu

Perlukan :

Sirih
Bunga-bungaan
Bakul rendah
Span yang panjang
Jarum peniti (yang banyak..)
Renda dan reben yang sesuai 

1) Bakul digam dengan renda kelilingnya guna glue gun. Disebabkan bakul ni ada tangkai, so saya lilitkan reben kat bahagian tangkai tu. Bahagian dalam bakul, saya lapik dengan kain corak yang sama dengan tapak hantaran yang lain, dan gamkan jugak di setiap bucu supaya kemas.

2) Gamkan span panjang kat dalam bakul. Eloknya guna span basah supaya bunga tak mudah layu. Tak ada punya pasal, saya pakai span hijau yang kering tu je. Memang jenuh le kejap-kejap sembur air...

3) Pas tu, sirih dilipat, dan pinkan guna jarum peniti kat keliling bahagian dalam bakul dan span. Buat banyak-banyak dan susun kemas-kemas.

4) Last sekali, cucukkan bunga-bunga kat bahagian atas span tu.Penuhkan le sampai tak nampak span tu.

5) Siap...


pandangan atas

 pandangan sisi

Comey tak hantaran sirih junjung saya ni? Saya suka sangat...rasa-rasa macam sweet dan kecil molek je...lagipun ada terbaca kalo sirih junjung yang tinggi dan rimbun tu, dari pihak lelaki sebab menggambarkan tanggungjawab mereka.So saya pun buat le sirih junjung yang renek ni...hehehe...

Wednesday, March 12, 2014

Mana Nak Cari Jodoh..


Sambungan dari entri sebelum ni (doa dipermudahkan jodoh)

Pemalu dengan lelaki...

berat mulut merangkap pendiam dengan orang yang tak kenal...

takut nak ke mana-mana dengan bebas sebab bimbang keselamatan diri..
.
tak ada masa nak keluar sebab sibuk dengan kerja...

tempat kerja takde calon yang berpotensi...suami orang..

rasa rendah diri..rasa diri tak cantik...

dan orang kampung, sedara dan friend yang mulut laser pun tak sudah-sudah la amik peluang sakitkan hati kita...

okeh...itu semua adalah me...ye...itulah situasinya dulu..jadi me paham sesangat situasi kengkawan sume yang masih mencari pasangan hidup..

so apa lagi kengkawan...guna le internet...tersangat ramai yg jumpa jodoh di alam maya ni...facebook,twitter,chatting...

me lak guna laman web untuk cari jodoh. Jumpa suami kat www.jodoh.we.my

Syukur jumpa suami yang ada semua ciri-ciri yang me nak. 

Suami pun ada suh kawan daftar laman web tu. Dia pun berjaya jumpa jodohnya. Dua bulan lepas, kitorang dapat undangan perkahwinan dia.. Alhamdulillah...




Thursday, March 6, 2014

Jangan Makan Bersulam Air


Mungkin ada yang terbiasa makan dengan diselangi minum air untuk tidak tercekik atau tersedak. Sebenarnya, makan bersulamkan air boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi juga membuatkan lemak menimbun dengan cepat. Sebaiknya minum air sebelum atau selepas makan.

Sunday, March 2, 2014

Wajah Hampir Sama-Adakah Dia Jodohku?


Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Betul ke? Tapi jodoh itu rahsia Allah, mana mungkin ditebak begitu.

Bagaimanapun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas, anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda. Sebabnya anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang telah dilakukan. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumahtangga, namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah, pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai contact yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Macam Mana Nak Beli Ni??? Segan Laa...

Kali ni nak cite pasal pembelian pakaian dalam...korang perasan tak, biasanya kat pasaraya atau kedai baju biasa pun, diorang akan letak bahagian pakaian dalam kat depan sekali. Especially kat pintu masuk..

Mungkin bagi sesetengah orang, tak kisah dan boleh terus membeli macam biasa. Tapi kan, harus akui jugak ada perempuan yang penyegan dan malu nak membeli depan orang ramai ni...

Macamana nak beli, baru nak belek, rasa2 macam ada je lelaki yang pandang. Segan woo...nak nak kalo yang teringin nak dibeli tu fesyen yang seksi meksi. Alahaiii... dan dan terus letak balik.

Kalo tak pun, yang tak bestnya bila jurujual asyik mengikut...ye...paham...itu kerja diorang...tapi kita ni kan kena la pilih2 apa yang nak dibeli...tang kalernya, saiznya, harganya, coraknya...memang tak selesa la kalo nak capai itu ini pun asyik diperhatikan...pheww...

So pekata beli online je la...selain dari privacy terjaga,  boleh take time untuk pilih-pilih dalam keadaan selesa..

Lagipun tak payah susah susah cari parking dan beratur kat kaunter...

Pilihan pun banyak dan pelbagai...

Ada pakaian dalam yang cantik dan seksi pelbagai saiz (untuk yang berbadan besar pun ada), ada jugak pakaian dalam untuk lelaki...

Kalo tak nak yang seksi seksi, ada jugak pijama / baju tidur yang kiut miut dan comel comel rekaannya...

Yang penting harga semua item ni sangat laa berpatutan dan mampu milik

Penghantaran pun pantas dan ramai yang berpuas hati.

So, jom beli jom...klik aje link di bawah atau banner di sebelah...


Selamat Bershopping ! Smileys