Monday, January 27, 2014

Telur Masak Kicap Pedas



Menu ekspres tapi sodap tak ingat...telur masak kicap pedas...

Bahan-bahan:

Telur (dalam 4-5 biji)
Bawang  putih 2-3 ulas (hiris)
Bawang besar 2-3 biji (potong gelang)
Cili kisar 1 sudu
Kicap manis (agak2 le banyak mana nak dibuat kuah tu)
Cili padi (hiris/potong)
garam dan gula secukup rasa
Tomato/ lobak merah (optional- kalo nak letak boleh, takde pun takpe)
(Bahan-bahan boleh ditambah/kurang ikut banyak mana nak dimasak)

Cara-cara :

Goreng telur sebiji-sebiji (telur mata). Asingkan

Panaskan minyak. Tumis bawang putih ngan cili padi sampai wangi

Masukkan cili kisar. Tumis sampai garing/keluar minyak.. 

Masukkan kicap, garam, gula. Kalo rasa kuah tu pekat sangat, boleh tambah sedikit air. Masukkan bawang besar. Biar sampai layu. Kalo bawang besar masih mentah sah tak sodap nanti. Kalo ada tomato, masukkan le. Kalo taruk lobak merah hiris pun sodap, tapi lobak lambat empuk, so masuk lobak dulu baru masuk bawang besar.

Pastu tuang le atas telur yang dah digoreng tadi. Siap. Selamat menjamu selera :)

Jawab Survey Online Dapat Duit/Voucher

Betul ke jawab survey online boleh dapat duit?

Betul....saya pun dah pernah dapat dah...tapi yang selalunya ialah voucher membeli-belah...oke tak la selalu, bila point cukup je baru dapat..

Laman web survey yang saya join ialah AIP Survey, Global Test Market, My Survey,. Tiga ni kira saya selalu jawab la surveynya kalo ada dia bagi... Ops ada lagi satu Ann Kate...

Ada gak  daftar iPoll dan ada la yang lain, tapi jarang dapat jawab sebab  cepat na dia close survey tu atau tak dapat bukak pun ye...

So sambung cite balik...yang Global Test Market (GTM) tu kena kumpul 1000point dengan jawab survey2 yang dia bagi...1000point = USD50. Convert RM, dapat le RM158.50. Alhamdulillah...

Itupun saya lambat nak kumpul 1000point tu, pasal GTM ni sikit benor pointnya....satu survey dapat dalam 35-40 point, kalo tak layak dan disaring keluar, dapat le 5 point..huhu

Korang bayangkan lama tak lama saya nak kumpulnya..ada le setahun kot....hahaha tapi silap saya jugak...eksyen benar...dulu bila dapat emel alert dari GTM kata ada survey, saya tak nak jawab...kekonon point sikit...bila nak dapat RMnya...

tapi bila dah insaf dan ambil pepatah 'sikit2 lama2 jadi bukit' sebagai motto (haha poyo)...saya pun rajin menjawab biarpun asik dapat 5 point je sal tak menepati kriteria responden...ingat lagi yang membuatkan point jadi banyak sebab tiba2  dapat jawab survey Shell, Ambi Pur, buah kiwi Zespri dan ada la lagi...

Cukup je point tak menyabar nak tebusnya...hehehe cek sampai 2 bulan lepas tu...dah siap2 ditukar ke RM dah...so tak yah riso nak convert matawang tu....ngam2 bulan tu tengah sengkek pasal bajet lari renew insuran keta..haha oke la kan...RM158.50...lepas gak tambah2 belanja bulan tu :)

tapi..aiseh lupe amik gambar cek tu sebagai bukti...tak sabar nak bank-in punya pasal...hik hik hik

Lagi dua yang AIP Survey dan My Survey tu, hadiahnya bukan duit, tapi voucher. Boleh pilih la nak voucher KFC, McD, Petronas, Giant, Jusco, MPH...

Macam biasa jawab survey dan kumpul point pas tu dah cukup point, tebus la voucher2 tu...

Yang AIP dah 3 kali saya tebus voucher Giant RM20. Oke la, tak banyak pun dapat le beli sikit2 barang..

 RM20 pun banyak apa boleh beli, cuba kira ni...kalo tengah sesak ujung bulan dapat gak beli telur 10biji (RM4), kangkung/ bayam seikat (rm1.20), sardin tin kecik (RM3.10), pencuci pingggan kuat rimau (RM2.60), sabun basuh serbuk biozip (RM3.60),tisu poket sepaket (RM1.90),coklat cadbury yg kecik (RM3 lebih)...

haha tu contoh je...korang beli le menda yang korang suka nanti... :)

Saya suka AIP sal point besar...satu survey yang complete boleh dapat 300 lebih point...ri tu jawab survey pasal Coklat, Pizza Hut, ada la lagi tak ingat...minima 2000point baru leh tebus..

MySurvey lak,minggu lepas dapat le voucher Jusco RM20...yang ni minima point kena kumpul 250 point..

Sib baik gak Jusco ni dekat ngan umah...beli barang dapur sikit2 je macam minyak ngan beras, pastu masa nak bayar tu hulur le voucher tu kat cashier...hehehe jimat le RM20...tapi lain kali saya nak tebus voucher lain la..sal beli barang kat Jusco mahal...baik gi mydin je :)

Ni voucher Jusco yang me dapat... :)

Voucher McD

So saya rasa, daripada bayar bil internet gitu2 je, pekata jawab survey online ni...memang la tak banyak dapatnya...dan ye kena sabar sabar nak kumpul point...memang tak sesuai sungguh untuk yang nak cari pendapatan ekspres...tapi cuba je la...menda free...satu sen duit takyah kua..

Tapi satu je saya nak kongsi, jawab biar le jujur ...nanti duit yang tak banyak mana tu pun akan jadi darah daging kita gak kan...so redha je la kalo disaring keluar tu...rajin2 check emel ye kengkawan, jgn lupe check bahagian spam gak..kekadang pemberitahuan ada survey tu masuk dalam spam..tu yang terlepas nak menjawabnya...hihu

update 11/11/2014 - laman web mysurvey telah ditutup....
update 2/12/2014- sekarang nak tebus cek global test market,kena ada 1100point terkumpul...

Monday, January 20, 2014

Dunia baru Chef Zubir


CHEF Zubir mementingkan kualiti, rasa dan persembahan makanan di restorannya.

BAGI penonton setia rancangan realiti televisyen, MasterChef Malaysia, pasti teringin bersua muka dengan para jurinya yang terdiri daripada pakar bidang masakan, apa lagi menikmati air tangan mereka.

Sejak disiarkan pada tahun 2011, komen daripada Zubir Md. Zain atau Chef Zubir yang merupakan antara juri rancangan tersebut sentiasa dinanti-nantikan, kerana banyak ulasannya memberi inspirasi kepada peserta dan penonton.

Chef Zubir bukan calang-calang orang. Dia merupakan Ketua Pasukan untuk pasukan Chef Malaysia yang sering mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara.

Anak kelahiran Kulim, Kedah ini mengabadikan diri selama 26 tahun dalam dunia masakan di hotel dengan berkhidmat di pelbagai hotel lima bintang.

Antaranya Hotel Hyatt, Sheraton, Marriott, Hilton dan Grand Plaza Park Royal, sebelum menyertai Hotel Le Meridien Kuala Lumpur (LMKL) pada 2004 dan berkhidmat selama sembilan tahun sebagai Eksekutif Sous Chef di sana sebelum bersara tiga bulan lalu.

Persaraannya adalah untuk memberi tumpuan kepada restoran ketiganya iaitu Wangsa Grill By Chef Zubir yang terletak di Wangsa Melawati selepas Laman Grill By Chef Zubir di Shah Alam dan Kajang.

"Ia merupakan keputusan yang amat berat memandangkan saya berkhidmat dengan hotel LMKL sejak dari pembukaannya lagi dan ia umpama rumah kedua saya.

"Namun, saya tidak menyesal dengan keputusan ini kerana dapat lebih menumpukan perhatian kepada restoran-restoran saya," ujarnya sambil memberitahu dia perlu berada di ketiga-tiga restorannya secara bergilir-gilir setiap hari.

Cabaran

Menurut Chef Zubir, sebelum ini, dia tidak pernah terfikir untuk membuka restoran sendiri kerana risiko yang agak tinggi.

Namun, dia memberanikan diri membuka restoran sendiri tiga tahun lalu bermula di Shah Alam.

"Antara cabaran sebagai restaurateur chef ™  iaitu chef yang menguruskan restoran sendiri berbanding pemilik restoran biasa ialah jangkaan dan harapan daripada pelanggan.

"Jika dapat memuaskan 80 peratus daripada pelanggan setiap hari sekalipun sudah cukup bagus kerana 'rasa' adalah suatu yang cukup subjektif.

"Saya sentiasa menerima maklum balas daripada pelanggan kerana ia amat penting. Sebagai pelanggan, mereka ada hak berbuat demikian.

"Bagi saya, macam mana hebat sekalipun seorang chef itu, kita perlu merendah diri kerana setiap maklum balas dan komen daripada mereka diambil sebagai sesuatu yang positif untuk memperbaiki apa yang perlu," ujarnya.

Namun, atas pengalamannya dalam bidang masakan, beliau sendiri tidak pernah mengadu mengenai hidangan dan masakan sesebuah restoran lain.

Ini kerana baginya cara masakan adalah sesuatu yang amat universal. Setiap orang mempunyai cara masakan yang berbeza dan dia menghormati gaya masing-masing.

Sambung Chef Zubir, cabaran lain dalam menguruskan restoran sendiri ialah proses mencari pekerja yang berkelayakan selain memantau pembinaan restoran tersebut dari awal.

Masa lapang

Selain hebat di dapur, Chef Zubir juga mempunyai kecenderungan yang sama ketika di jalan raya.

Pada waktu lapang, Chef Zubir gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson sama ada berseorangan atau dengan rakan-rakannya. Baginya, aktiviti itu dapat menghilang tekanan penat bekerja.

Bapa kepada empat orang anak lelaki ini turut gemar menghabiskan masa bersama-sama keluarga seperti menonton wayang.

Ditanya sama ada Chef Zubir gemar memasak ketika berada di rumah, ujarnya ia diserahkan kepada isterinya.

"Tanyalah mana-mana chef sekalipun, dalam dua peratus sahaja yang memasak ketika di rumah," ujarnya yang sangat sinonim dengan loghat utara.

Dilema pemindahan pasar ikan terbesar dunia

Artikel dari : KOSMO
TATKALA kebanyakan warga Tokyo sedang nyenyak tidur, segelintir warganya lengkap memakai but getah giat tawar-menawar harga ikan tuna di dewan Pasar Tsukiji.
Bunyi loceng sekitar pukul 5.30 pagi menandakan bermulanya lelongan di pusat dagangan ikan terbesar di dunia itu. Peniaga menunjukkan isyarat tangan dan melaungkan harga bagi urus niaga pembelian dan jualan ikan yang akan dihidangkan di restoran-restoran di sekitar ibu negara Jepun.
Sirip ikan dibuang bagi mendedahkan isi merah ikan segar yang tersusun di atas troli-troli kayu di seluruh pasar.
Secara keseluruhan, hasil laut dan sayur-sayuran yang bernilai kira-kira AS$18 juta (RM58.71 juta) atau lebih 2,900 tan bertukar tangan setiap hari di pasar tersebut.
"Anda lihat bagaimana kami menggunakan isyarat tangan? Caranya sama dengan dagangan saham yang diamalkan suatu ketika dahulu," tanya seorang pembida ikan beberapa saat selepas deringan loceng menandakan permulaan bidaan.
Pasaran saham utama telah beralih kepada perdagangan menerusi komputer, seiring dengan perkembangan Tokyo sebagai salah satu bandar raya terbesar di dunia sejak beberapa dekad lalu. Namun, terdapat sedikit perubahan terhadap cara urus niaga di Pasar Tsukiji sejak pembukaannya pada tahun 1935.

Peniaga dan pembeli sibuk tawar-menawar harga di Pasar Tsukiji.



Kini, setelah hampir 80 tahun beroperasi, pasar tersebut dijangka dipindahkan ke satu lokasi baharu yang dilengkapi teknologi baharu. Bagaimanapun, bukan semua pihak berpuas hati dengan perpindahan dari kawasan utama yang terletak di tengah-tengah metropolis berkenaan.
Penempatan baharu dan pembinaan kemudahan moden dengan sistem penyejukan terkini yang hampir 40 peratus lebih besar daripada pasar sekarang dianggarkan menelan belanja hampir RM12.39 bilion.
Lokasi baharu yang dijadualkan pada tahun 2016 itu, baru-baru ini menerima tamparan negatif apabila berlakunya kejadian pencemaran tanah. Sebelum ini, tapak yang terletak 2.3 kilometer dari Tokyo itu merupakan kawasan loji gas.
Ekoran itu, pihak berkuasa terpaksa membelanjakan RM1.63 bilion bagi kerja-kerja pembersihan tapak seluas 40 hektar itu.
Pemindahan pasar
Pengerusi Persatuan Pemborong Makanan Laut, Hiroyasu Ito menegaskan pemindahan pasar tersebut penting bagi Pasar Tsukiji untuk memenuhi permintaan moden terhadap makanan segar.
"Landasan kereta api dahulunya digunakan untuk memunggah ikan dan barangan di sini. Keadaan kini berbeza pada hari ini dengan penggunaan trak yang dilengkapi peti sejuk," katanya sambil menunjuk ke arah sebuah gambar besar susun atur pasar tersebut di pejabatnya.
Tambahnya, perkara penting yang harus diambil kira bagi memastikan kesegaran bekalan barangan adalah dengan mengekalkannya dalam suhu yang sekata sehingga barangan tersebut bertukar tangan kepada pembeli.
"Kelengkapan ini tiada di pasar ini. Pelanggan mahukan makanan laut yang segar supaya mereka dapat menikmatinya secara mentah. Hal tersebut memberi tekanan kepada pemborong. Pembekal terpaksa mencari kaedah penyejukan berteknologi tinggi.

Seorang peniaga menunjukkan isi ikan segar yang dijual di Pasar Tsukiji.



"Kami berjaya mengekalkan kesegaran ikan dalam bekas penyejuk berkualiti tinggi, tetapi ia tidak tahan lama kerana Tsukiji kekurangan teknologi moden," katanya.
Penggunaan kemudahan baharu, mereka merancang untuk menutup pengudaraan dari luar dan menyimpan ikan dalam suhu yang stabil. Tetapi perancangan untuk berpindah jauh dari pusat bandar tidak dipersetujui oleh segelintir pembeli.
"Keadaan sesak dan sibuk di Pasar Tsukiji telah menjadikan tempat ini menarik," kata seorang pelancong tempatan, Tetsuya Kojima sambil menambah, dia besar kemungkinan tidak akan mengunjung tapak baharu itu kelak.
Pemimpin persatuan, Makoto Nakazawa, yang mewakili sebahagian peniaga yang membantah pemindahan Pasar Tsukiji mendakwa langkah tersebut dilihat sebagai medium untuk mengaut keuntungan semata-mata.
"Pihak berkuasa mahu memindahkan pasar tersebut demi kepentingan hartanah di sini," tegasnya. -AFP

Keangkuhan Si Penyembelih Beirut

Artikel dari : KOSMO
"KESAKITAN ini tiada penghujungnya. Mustahil untuk disembuhkan."
Ungkapan di atas pernah terluah dari bibir bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon ketika menerima berita kematian anak lelaki sulungnya, Gur, 11, yang terbunuh secara tidak sengaja oleh rakannya akibat bermain selaras senapang patah.
Perkara ini dicatatkan di dalam buku bertajuk Warrior: Autobiography of Ariel Sharon yang ditulis Sharon bersama David Chanoff pada tahun 2001.
Insiden itu berlaku pada 4 Oktober 1967, lima tahun selepas isteri pertama Sharon, Margalit yang juga merupakan ibu kandung Gur meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di lebuh raya Baitulmuqaddis-Tel Aviv.
Lebih dramatik, Gur menghembuskan nafas terakhir dan terkulai di pangkuan Sharon dalam perjalanan dibawa ke hospital.
Justeru, kata-kata tersebut jelas menggambarkan kesedihan yang dialami Sharon sebagai manusia biasa berdepan situasi kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.
Namun, berbeza pula dengan kerakusan dan keghairahannya merenggut nyawa ribuan rakyat Palestin tanpa mengira usia mahupun jantina. Lelaki yang digelar Penyembelih Beirut itu ternyata langsung tidak mempunyai perasaan ketika melakukan dosa-dosa tersebut dalam usaha meluaskan kuasa Israel di bumi al-Quds.

ALHA BOURJE tidak dapat menahan kesedihan sambil menunjukkan gambar ahli keluarganya yang menjadi mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila.


Bangkai bernyawa
Ratapan anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa atau tangisan para ibu yang melihat anak mereka syahid di depan mata tidak sedikit pun menggetarkan hati Sharon yang sudah diselaputi kegelapan dan hilang sinar kemanusiaan.
Matlamatnya hanya satu untuk terus meluaskan kuasa Zionis dan menghapuskan rakyat Palestin yang dianggap seperti haiwan dan boleh disembelih sesuka hati.
Namun, Sharon yang turut digelar 'musuh keamanan' oleh Pengarah Eksekutif The Jerusalem Fund dan The Palestine Center, Yousef Munayyer ternoktah jua pada 11 Januari lalu.
Selepas lebih setengah abad mempamerkan taringnya daripada peringkat bawahan sehingga menjadi antara pemimpin utama rejim Israel, Sharon akhirnya menemui ajal selepas bertarung nyawa dalam keadaan koma.
Selama lapan tahun, dia hidup sebagai 'bangkai bernyawa' yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Menurut Munayyer, budaya bertindak sewenang-wenangnya begitu berakar dalam kehidupan Sharon yang telah melibatkan diri dalam mesin perang Israel seawal tahun 1948.
Tambah beliau, Sharon yang dikenali dengan sikap biadap dan penyembelih di medan perang, langsung tidak menghiraukan nyawa rakyat yang tidak berdosa lantas sewenang-wenangnya membunuh mereka.
"Dari semasa ke semasa, Sharon telah meninggalkan parut berdarah yang terlalu besar dalam sejarah Palestin. Peristiwa di Qibya, sebuah perkampungan penduduk Palestin di Tebing Barat yang terletak berhampiran Garisan Hijau pada tahun 1953 adalah antara dosa terawal dilakukan Sharon.
"Serangan tentera Israel dari Unit 101 yang diketuai Sharon menyaksikan berpuluh-puluh rumah dimusnahkan ketika penghuninya masih berada di dalamnya.
"Akibat serangan bertubi-tubi tanpa belas kasihan itu, seramai 69 rakyat Palestin terbunuh. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," terang Munayyer dalam artikelnya yang bertajuk Ariel Sharon: Enemy of Peace yang disiarkan oleh laman web www.aljazeera.com pada 11 Januari lalu.
Sebagai Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Sharon telah mengarahkan tentera Zionis bersama Unit Militia Phalangist Lebanon membunuh orang awam dan pelarian Palestin di kem pelarian di Sabra dan Shatila.
Pencerobohan selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 September itu meninggalkan trauma yang amat mendalam bagi mereka yang terlibat.
Dianggarkan lebih 2,000 rakyat Palestin dan 100 penduduk Lebanon terbunuh dalam peristiwa menyayat hati itu. Mereka dibunuh dengan kapak, disembelih leher dan ditembak membabi buta oleh tentera Sharon. Malah, kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Bagi Abu Jamal, insiden berdarah itu masih segar dalam ingatannya dan tidak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat. Dia masih ingat saat militia Lebanon mengejutkan mereka sekeluarga daripada tidur pada awal pagi lebih tiga dekad lalu.
Mangsa pembunuhan
Kemudian, mereka semua diheret ke jalanan. Tentera bersenjata memaksa Abu Jamal dan ramai pelarian Palestin di kem Sabra dan Shatila untuk berbaris serta memisahkan antara lelaki dan wanita.
Para pemuda pula ditarik keluar dari barisan lantas dibunuh begitu sahaja. Anak lelaki Abu Jamal yang berusia 19 tahun ketika itu merupakan antara mangsa dalam tragedi berkenaan.
"Dia berada di tahun akhir pengajiannya. Dia tidak pernah berpeluang melihat diploma yang diusahakan selama ini," ujar Abu Jamal yang memakai lencana tertera gambar anaknya yang dipinkan di baju panas miliknya.

RAKYAT Palestin meraikan kematian Sharon sambil memberi manisan kepada rakan-rakan dan penduduk tempatan.


Dalam pada itu, Milany Boutrous Alha Bourje, 70, yang baru pulang dari melawat tugu peringatan menempatkan kubur besar mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila mengakui, masih terbayang-bayang saat suami dan anaknya ditembak mati pada hari tersebut.
Kata Bourje, Sharon sepatutnya mendapat balasan lebih teruk daripada apa yang dilalui sebelum kematiannya.
"Semoga Tuhan menghantarnya jauh ke dalam perut bumi. Saya berdoa dia merasai penderitaan seperti yang kami alami," tegas Bourje sambil menunjukkan gambar hitam putih ahli keluarganya yang terkorban.
Bourje merupakan individu yang terpapar dalam satu gambar ikonik pembunuhan besar-besaran tahun 1982 sambil menangis dan melambaikan tangannya berhampiran deretan jenazah yang terbunuh.
Ungkap wanita itu lagi, tidak ada apa yang optimis mengenai masa depan dengan kematian Sharon ini.
"Tidak ada yang berubah. Situasi dalam kehidupan yang kami lalui langsung tidak berubah," tuturnya.
Perdana Menteri ke-11 rejim Israel itu diserang angin ahmar pada Januari 2006 hingga menyebabkan beliau koma ketika karier politiknya memuncak.
Sharon dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Lily di kawasan ladang Sycamore miliknya yang terletak berhampiran bandar Sderot, Israel.

Wednesday, January 1, 2014

Cara Senang Kupas Manggis

Ramai yang dah tau rasanya...tapi saya saje je kongsi dengan sesapa yang tak tau lagi...

Kalau kita pulas buah manggis tu, tangan mesti comot dan isinya pun hancur...

So ni cara kupas manggis yang senang tanpa mencomotkan tangan...


Ni manggisnya....


Pegang tangkainya dengan kuat dan cabut tampuk buah manggis tu....senang je tanggalnya...


Pas dah cabut tampuk tu, senang sangat nak belah manggis tu...isinya pun tak hancur...tangan pun tak comot

Selamat makan manggis :)

Mengapa Air Liur Bayi Meleleh

Menurut jurnal Pediatric Child Health, air liur meleleh sentiasa terjadi pada bayi terutama di usia sekitar 5-6 bulan. Ini kerana kemampuan menelan pada bayi masih sangat terbatas.

Selain itu, mengeluarkan air liur juga memberi manfaat kepada bayi, antaranya :

1. Membersihkan - air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih
2. Mengenal Rasa - Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan
3. Pelincir - Ketika tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi.

Ikan Sepat Masin Goreng



Takde selera...so goreng ikan sepat masin...tumis bawang besar ngan cili padi...tabur atas ikan masin tadi...

hoho...gandingkan dengan telur goreng mata ngan kobis tumis air...

dari takde selera jadi bertambah lak nasik...hehehe