Friday, November 22, 2013

Idea Hantaran

Sekadar panduan, mungkin boleh bagi idea sikit2 untuk bakal pengantin semua...

Saya dulu, barang-barang hantaran adalah seperti berikut :

BERTUNANG
(Sebenarnya 5 Dulang berbalas 7, tapi pihak lelaki bawa lebih (so jadi 7 balas 7)

Pihak lelaki kepada perempuan

1) Sirih Junjung
2) Kek
3) Coklat
4) Buah-buahan
5) Potpouri
6) Kain Pasang
7) Cincin (letak dalam dulang)


Pihak perempuan kepada lelaki

1) Kek
2) Cookies
3) Gula-gula
4) Buah-buahan
5) Bunga Rampai
6) Towel dan Barangan Penjagaan Diri
7) Kain Pelikat


Untuk bertunang, memang normal kebanyakannya  terdiri dari makanan/manisan sebab pernah terbaca ianya simbolik manis masa bertunang.  Lagipun pastinya kita semua nak guna banyak wang untuk kenduri kawen dan kehidupan lepas nikah kemudiannya, so better sederhana je masa tunang ni... :)

NIKAH
 (5 Dulang Berbalas 7)

Pihak lelaki kepada perempuan

1) Sirih Junjung
2) Coklat
3) Kasut
4) Set barangan penjagaan diri Syahirah
5) Telekung, Al-Quran, Rehal dan Tasbih


Pihak perempuan kepada lelaki

1) Sirih Junjung
2) Coklat Ferrero Rocher
3) Kek
4) Buah-buahan
5) Set wangian Polo
6) Bunga Rampai dan Jam Tangan
7) Sejadah dan Tasbih



Thursday, November 14, 2013

Petua Untuk Hilangkan Sakit Perut

Teh o kosong, $1.70.

Kalau sakit perut dan cirit birit, bancuh secawan teh o panas pekat-pekat. Jangan tambah gula atau susu. Minum. Insya Allah akan beransur sembuh. Teh menyejukkan perut.

Friday, November 8, 2013

Terima Kasih Doraemon...


Di saat terkandas di tengah malam yang hujan, sepantas kilat Siti Shazalina @  Doraemon @ Mami Kucen hulurkan bantuan. Dan dan bantuan sampai. Cekap sungguh.
Terima kasih  banyak2 buat u dan suami. Jasa u all dikenang... :)

 Dari :