Sunday, April 21, 2013

Masakan Dan Amalan Yang Diberkati



  • Masak makanan yang berkuah lebih berkat
  • Kacau masakan mengikut arah lawan jam iaitu dari kanan ke kiri
  • Hidangan dalam jumlah yang ganjil seperti satu, tiga dan sebagainya
  • Hidang makanan apabila orang telah sedia untuk makan, jangan biarkan hidangan 'menunggu' orang yang hendak memakannya
  • Makan sekurang-kurangnya berdua, lebih ramai lebih bagus (makan secara berjemaah)
  • Habiskan makanan dalam pinggan kita, kerana kita tidak tahu makanan yang mana berkat. Mungkin makanan yang kita tinggalkan itu yang berkat
  • Elakkan dari minum air semasa makan. Minum air sebelum makan dan setengah jam selepas makan
  • Makan dengan menggunakan tangan kanan dan jilat jari selepas makan. Saintis menjumpai enzim banyak terkandung di celah-celah jari iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. Enzim ialah sejenis alat pencerna makanan. Tanpa enzim makanan tidak hadam
  • Tidak tidur selepas makan. Sebaik-baiknya tidur sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan
  • Sebaiknya tidak meninggalkan makan malam kerana ia menyebabkan seseorang cepat tua dan pembentukan kolestrol dalam badan menjadi berlipat ganda
  • Makan buah sebelum makan nasi

Khasiat Pisang


  • Mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan
  • 2 biji pisang membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit
  • Vitamin B6 di dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa di dalam darah
  • Mengandungi kadar potasium yang tinggi iaitu kurang garam dan sesuai menstabilkan tekanan darah
  • Vitamin B6, B12, potasium dan magnesium di dalam pisang dapat membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh
  • Bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan di dalam perut, seterusnya mengelakkan ulser
  • Kulit pisang mampu mengurangkan kesan parut pada anggota badan dengan cara menyapukannya pada bahagian yang berparut.