Sunday, December 29, 2013

Kicap Manis Enaq



Kicap Kipas Udang mahal sangat....bagi me laa...bagi korang x la kot...Nasib baik jumpa alternatif baru....Kicap manis Enaq...sedap macam kipas udang gak...tapi lagi murah...hehehe...produk muslim..ni pun dah nak abis dah ni...nanti gi mydin or tesco nak beli lagi  :)

Friday, December 20, 2013

Doa DiPermudahkan Jodoh


Saya pun, baru tahun ni kawen.

Umur saya dah 33 tahun. Kawen lambat.  Tak penah ada boifren. Tak penah bercinta. Senang cakap, puas la selama ni  nangis dan tahan sakit hati diperli orang sekeliling.

Saya pun tak paham, mengapa masyarakat kita suka hina insan yang lambat jodohnya. Bukan saya buat menda tak elok pun. Pergi keje, balik keje. Keluar pun ditemani ahli keluarga. Tak ada pulak saya kacau hak orang, sibuk hal orang, menggedik ngan lelaki....pendek kata, saya cukup jaga tingkah laku sebab saya ada maruah dan fikir nama baik orang tua..

Tapi kawen kan sunnah nabi. Besar pahalanya kawen ni. Tambah pulak inikan fitrah manusia untuk ada pasangan. So, selain usaha secara berhemah (jangan sampai nampak terdesak sangat), ada la sikit2 doa yang saya amalkan. Ni pun lepas puas saya google internet... :)

1) Surah Al- Waqiah - ni untuk murah rezeki. Rezeki ni luas maksudnya bagi saya. Fikir-fikir, baca je la sekerap mungkin. Kalau bukan dari segi jodoh pun, kesihatan, duit, kasih sayang family dan lain2 kira rezeki gak kan.

2) Surah Yassin - ada satu ayat (saya lupa ayat mana) yang ertinya " makhluk dicipta berpasangan". macam tu lah lebih kurang. Tapi alang-alang, baca je la keseluruhan surah yassin tu. Banyak fadhilatnya.

3) Surah Yusuf Ayat 4 - ni ayat yang saya hafal dan baca tiap2 lepas solat. Gigih sungguh menghafal hehe. Lebih kurang macam naik seri muka gitu.

4) Solat hajat - yang ni, saya rasa bernasib baik sangat, saya berpeluang buat solat hajat mohon jodoh pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ramadhan tahun ni, dah sibuk buat persiapan kawen. Kawen seminggu lepas raya ri tu.  Alhamdulillah... tapi buat je la solat hajat ni bila-bila nak. Mohon ketemu jodoh yang baik...

Kita sendiri tak sempurna, dan tak akan ada insan yang sempurna. Mohon lah yang ikhlas sayang kita tak kira masa kita susah atau senang, sihat atau sakit. Dan terima kita seadanya. Mana-mana perangai yang tak elok, mana-mana yang terkurang sana sini, sama-sama la kita usaha jadi lebih baik kan kan kan

Tapi....eheh sukati korang la nak doa yang macam mana kan...hehehe terpulang la...ikut kesesuaian masing-masing...saya just kongsi pengalaman je... :)




Tips Lipstick Tahan Lama Di Bibir


Caranya mudah saja, lepas sapu lipstick, tekapkan bibir dengan tisu.

Insya Allah lipstick tahan lebih lama.

Sebaiknya guna lipstick jenis matte, bukan lipstick jenis creamy atau lip gloss

Friday, December 6, 2013

Rindu...


Saya rindu abang kandung saya.... (nangis)

Kitorang kamceng giler...

Dulu ada masalah sikit2 ngadu kat dia...

Kecik punya hal pun carik dia....

Banyak sangat pertolongan dia beri...

Dulu suka singgah umah dia...saje suka lepak umah dia.. umah dia meriah....riuh rendah dengan anak-anaknya...

My kak ipar pun sporting...

Saya sedih...sejak kawen...dah jarang jumpe abang...dah jarang bual2 ngan abang....

Saya sedih....sebab seolah-olah kehilangan dia...hilang tempat mengadu.....

Abang saya....sangat memahami...tempat saya luahkan perasaan...

Saya akan oke balik lepas cerita problem kat dia...

Abang saya...abang yang terbaik di dunia dan akhirat....


Friday, November 22, 2013

Idea Hantaran

Sekadar panduan, mungkin boleh bagi idea sikit2 untuk bakal pengantin semua...

Saya dulu, barang-barang hantaran adalah seperti berikut :

BERTUNANG
(Sebenarnya 5 Dulang berbalas 7, tapi pihak lelaki bawa lebih (so jadi 7 balas 7)

Pihak lelaki kepada perempuan

1) Sirih Junjung
2) Kek
3) Coklat
4) Buah-buahan
5) Potpouri
6) Kain Pasang
7) Cincin (letak dalam dulang)


Pihak perempuan kepada lelaki

1) Kek
2) Cookies
3) Gula-gula
4) Buah-buahan
5) Bunga Rampai
6) Towel dan Barangan Penjagaan Diri
7) Kain Pelikat


Untuk bertunang, memang normal kebanyakannya  terdiri dari makanan/manisan sebab pernah terbaca ianya simbolik manis masa bertunang.  Lagipun pastinya kita semua nak guna banyak wang untuk kenduri kawen dan kehidupan lepas nikah kemudiannya, so better sederhana je masa tunang ni... :)

NIKAH
 (5 Dulang Berbalas 7)

Pihak lelaki kepada perempuan

1) Sirih Junjung
2) Coklat
3) Kasut
4) Set barangan penjagaan diri Syahirah
5) Telekung, Al-Quran, Rehal dan Tasbih


Pihak perempuan kepada lelaki

1) Sirih Junjung
2) Coklat Ferrero Rocher
3) Kek
4) Buah-buahan
5) Set wangian Polo
6) Bunga Rampai dan Jam Tangan
7) Sejadah dan Tasbih



Thursday, November 14, 2013

Petua Untuk Hilangkan Sakit Perut

Teh o kosong, $1.70.

Kalau sakit perut dan cirit birit, bancuh secawan teh o panas pekat-pekat. Jangan tambah gula atau susu. Minum. Insya Allah akan beransur sembuh. Teh menyejukkan perut.

Friday, November 8, 2013

Terima Kasih Doraemon...


Di saat terkandas di tengah malam yang hujan, sepantas kilat Siti Shazalina @  Doraemon @ Mami Kucen hulurkan bantuan. Dan dan bantuan sampai. Cekap sungguh.
Terima kasih  banyak2 buat u dan suami. Jasa u all dikenang... :)

 Dari : 

Tuesday, September 24, 2013

Makan Buah Sebelum Makan


Buah biasanya dijadikan pencuci mulut selepas makan. Namun kebiasaan ini  tidak baik.
         Ini kerana kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Apabila kita makan buah selepas makan, ia boleh membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.
      Apabila ini berlaku, nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Jadi, walaupun makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
          Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan sempurna. Buah  juga boleh membantu meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.

Tuesday, June 25, 2013

Water


Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to human body
  • Two glass of water- After waking up- Helps activate internal organs
  • One glass of water- 30 minutes before meal- Helps digestion
  • One glass of water- Before taking a bath- Helps lower blood pressure
  • One glass of water- Before sleep- To avoid stroke or heart attack

Sunday, April 21, 2013

Masakan Dan Amalan Yang Diberkati



  • Masak makanan yang berkuah lebih berkat
  • Kacau masakan mengikut arah lawan jam iaitu dari kanan ke kiri
  • Hidangan dalam jumlah yang ganjil seperti satu, tiga dan sebagainya
  • Hidang makanan apabila orang telah sedia untuk makan, jangan biarkan hidangan 'menunggu' orang yang hendak memakannya
  • Makan sekurang-kurangnya berdua, lebih ramai lebih bagus (makan secara berjemaah)
  • Habiskan makanan dalam pinggan kita, kerana kita tidak tahu makanan yang mana berkat. Mungkin makanan yang kita tinggalkan itu yang berkat
  • Elakkan dari minum air semasa makan. Minum air sebelum makan dan setengah jam selepas makan
  • Makan dengan menggunakan tangan kanan dan jilat jari selepas makan. Saintis menjumpai enzim banyak terkandung di celah-celah jari iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. Enzim ialah sejenis alat pencerna makanan. Tanpa enzim makanan tidak hadam
  • Tidak tidur selepas makan. Sebaik-baiknya tidur sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan
  • Sebaiknya tidak meninggalkan makan malam kerana ia menyebabkan seseorang cepat tua dan pembentukan kolestrol dalam badan menjadi berlipat ganda
  • Makan buah sebelum makan nasi

Khasiat Pisang


  • Mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan
  • 2 biji pisang membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit
  • Vitamin B6 di dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa di dalam darah
  • Mengandungi kadar potasium yang tinggi iaitu kurang garam dan sesuai menstabilkan tekanan darah
  • Vitamin B6, B12, potasium dan magnesium di dalam pisang dapat membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh
  • Bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan di dalam perut, seterusnya mengelakkan ulser
  • Kulit pisang mampu mengurangkan kesan parut pada anggota badan dengan cara menyapukannya pada bahagian yang berparut.

Tuesday, February 12, 2013

Penawar Duka Buatmu...Juga Untukku



"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu terdapat kesenangan, setelah kesulitan ada kemudahan.."
(Surah Al Insyirah, ayat 5-6)

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya"
(Surah Al- Baqarah : 286)

Bio Health Collagen


Macam-macam jenama collagen di pasaran. Tapi saya pilih yang Bio Health ni. Sebab utama dah tentulah murah berbanding yang lain. RM18.90 je sekotak (ada 10 sachet). Sebab kedua ada logo halal JAKIM dan lagi satu lulus KKM. Alhamdulillah setakat ni badan rasa okey dan tak ada alahan macam produk lain yang pernah dicuba sebelum ni. Rasa pun sedap. Tapi secara peribadi saya lebih suka yang Cocoa Collagen... oh ye lagi satu, ianya ada dijual di Mydin, jadi senang nak membelinya bila-bila masa. Parking pun senang :)

Monday, January 21, 2013

Sonata Musim Salju


Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera
Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti
Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi
Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama

Monday, January 7, 2013

Nivea Lotion



Akhirnya jumpa juga dengan losyen yang sesuai dengan diriku... Nivea Express Hyration Body Lotion memang best. Tak berminyak, cepat meresap dan kelembapan kulit tahan lebih lama. Bau lembut dan memang wangi (yang saya beli ni jenis 'Sea Minerals' for normal to dry skin) dan harga berpatutan. RM6.90 bagi botol 125ml. Lepas ni tak nak tukar jenama lain dah.
Emoticon