Saturday, June 2, 2012

Perkahwinan Termahal

  • PUTERA CHARLES dan PUTERI DIANA
Bakal Raja England ini mencipta sejarah tersendiri apabila memilih Puteri Diana menjadi permaisurinya dan melangsungkan perkahwinan yang mencatat rekod paling mahal di kalangan golongan diraja.
          Perkahwinan mereka yang dilangsungkan pada 29 Julai 1981 di Gereja St. Paul Cathedral disaksikan seramai 750 juta orang di seluruh dunia.
          Jumlah keseluruhan kos dikatakan mencecah AS48 juta (RM148 juta). Jika dibandingkan dengan nilai semasa, ia dianggarkan AS110 juta (RM341 juta).
          Ratusan pemimpin dunia hadir pada majlis perkahwinan yang diadakan kemudian di Istana Buckingham. Persediaan makanan dan keraian dibuat untuk tetamu seramai 3,500 orang.
          Malangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama berikutan skandal Putera Charles bersama 'kekasih gelapnya'. Mereka bercerai secara rasmi pada 1996.

  • VANISHA MITTAL dan AMIT BHATIA
Perkahwinan anak perempuan kepada taikun besi, Lakshmi Mittal ini berlangsung pada 18 November 2004. Ia diadakan di sebuah istana lama yang dibina pada kurun ke 17, Vaux le Viconte di Perancis.
          Menantu beliau ialah seorang ahli perbankan di Britain yang juga pemilik Swordfish Investment. Sebanyak 12 pesawat Boeing disewa khas untuk membawa tetamu dari India manakala penginapan mewah disedikan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.
           Lebih 10,000 kuntum bunga digunakan untuk majlis tersebut dan seramai 45 chef ternama diupah untuk menyediakan lebih 100 jenis hidangan kepada tetamu.
           Ketika perkahwinan berlangsung, Vanisha yang mendapat pendidikan di Universiti of London, berusia 23 tahun manakala pasangannya berusia 25 tahun. Kos keseluruhan perkahwinan dikatakan mencecah AS78 juta (RM242 juta).
  • SEEMANTO dan CHANDNI serta SUSHANTO dan RICHA
Perkahwinan ini mencecah kos AS128 juta (RM397 juta) namun ia dilangsungkan serentak untuk kedua-dua anak lelaki salah seorang orang terkaya India, Subrata Roy.
          Beliau yang dikatakan memiliki kekayaan sebanyak AS20 billion (RM60 billion) dan terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan di seluruh India, menjemput lebih 10,000 tetamu serta menyediakan lebih 120 jenis hidangan dari pelbagai negara.
          Pada majlis yang berlangsung pada 14 Februari 2004 ini, kumpulan orkestra dari Britain turut mengadakan persembahan.
          Perkahwinan tersebut dilangsungkan di Taj Residency di bandar Sahara, India selama seminggu. Subrata turut meraikan golongan miskin apabila menjamu makanan kepada mereka selain menganjurkan 100 perkahwinan khas untuk mereka yang ditanggung sepenuhnya.
  • SHEIKH MOHAMMED BIN RASHID AL MAKTOUM dan PUTERI SALAMA
Pewaris takhta kerajaan Dubai ini melangsungkan perkahwinan pada awal Mei 1981 yang melibatkan kos sebanyak AS45 juta (RM140 juta).
          Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dilangsungkan di hotel mewah mahupun di istana, tetapi di sebuah stadium baru yang dibina khusus untuk majlis tersebut yang mampu memuatkan lebih 20,000 orang.
          Majlis yang dilangsungkan selama 7 hari itu dihadiri kenamaan dari seluruh dunia yang dibawa menggunakan 34 jet peribadi yang disewa khas.
          Sempena perkahwinannya, Sheikh Mohammed melawat hampir setiap kampung di negaranya menggunakan kuda dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
          Berdasarkan nilai sekarang, kos perkahwinan itu bersamaan dengan AS100 juta (RM310 juta).
  • PUTERA WILLIAM dan KATE MIDDLETON
Pasangan yang dianggap secocok dan sering merendah diri ini menamatkan kisah percintaan antara dua darjat mereka pada 29 April 2011.
          Setelah 30 tahun perkahwinan ibu bapanya berlangsung, perkahwinan pasangan sebaya ini berlangsung meriah mengikut tradisi sama yang dilalui orang tuanya.
          Mereka bagaimanapun memilih untuk tidak keterlaluan apabila hanya menggunakan kereta berbanding kereta kuda mewah sebagai kenderaan rasmi.
          Kos perkahwinan Putera William juga tidak semahal ibu bapanya, hanya sekitar AS34 juta (RM105 juta) - lebih separuh daripadanya terpaksa diperuntukkan untuk tujuan keselamatan.
  • ANDREY MELNICHENKO dan ALEKSANDRA KOKOTOVIC
Bilionair Rusia yang menduduki tangga ke 14 orang terkaya dunia ini menghabiskan wang sebanyak AS30 juta (RM90.3 juta) untuk mengahwini kekasih hatinya yang juga model terkenal dan bekas ratu cantik Yugoslavia.
          Perkahwinan tersebut berlangsung di pusat peranginan mewah Cote D' Azur pada 3 September 2005.
          Ia dihadiri ratusan tetamu kehormat dan diserikan dengan persembahan artis terkenal antaranya mendiang Whitney Houston dan Christina Aguilera yang dikatakan masing-msing dibayar sebanyak AS3.6 juta (RM11.1juta) hanya untuk persembahan selama beberapa jam.
  • WAYNE ROONEY dan COLEEN MCLAUGHLIN
Pemain bolasepak terkenal ini mengahwini kekasihnya sejak remaja dan sanggup menghabiskan belanja sebanyak AS15 juta (RM46.5 juta) untuk majlis perkahwinan mereka.
          Majlis tersebut berlangsung selama 4 hari di Villa Durazzo,Portofina, Itali mulai 12 Jun 2008. Pasangan ini dikatakan menghabiskan AS4 juta (RM12.4 juta) hanya untuk busana perkahwinan yang direka oleh Georgia Chapman.
          Sungguhpun berhabis duit, pasangan ini masih dapat berjimat apabila majalah OK! dari Britain bersetuju membayar AS5 juta (RRM15.5 juta) untuk mendapatkan hak ekskusif gambar-gambar perkahwinan mereka.
  • VIKRAM CHATWAL dan PRIVA SACHDEY
Majlis perkahwinan melibatkan billionair hotel dan lelaki yang pernah digelar sebagai World Most Eligible Bachelor oleh BBC dengan pelakon serta model terkenal India ini dikatakan mencecah AS20 juta (RM60.2 juta) untuk majlis yang berlanjutan selama 10 hari.
           Ia turut dilangsungkan di 3 negeri berbeza iaitu Mumbai, Udaipur dan Delhi. Vikram yang mengikut jejak langkah bapanya Sant Singh Chatwal berkecimpung dalam perniagaan hotel di New York, menjemput lebih 1,000 tetamu dari 26 negara menggunakan jet peribadi yang disewa khas.
           Majlis pada 18 Februari 2006 ini turut dihadiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton.
           Sayangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai hanya selepas 3 tahun bergelar suami isteri.