Monday, May 7, 2012

Pekerjaan Pelik Di Dunia

  • Pengetuk Tingkap
Satu ketika dahulu, pekerjaan ini antara yang paling popular di Britain dan Ireland. Pada waktu ledakan revolusi industri sekitar awal abad ke 19, kebanyakan pekerja perlu bangun pada awal pagi, malangnya ketika itu masih belum terdapat jam loceng.
       Maka dengan upah hanya beberapa pence, seorang lelaki akan mengetuk tingkap pada awal pagi dengan menggunakan kayu panjang sehinggalah penghuni rumah berkenaan bangun
  • Penyelam Hendap
Kerjaya ini antara yang terpenting pada zaman Rom. Ini memandangkan dalam peperangan di laut pada zaman itu, penyelam ini antara orang yang berada di barisan hadapan. Mereka akan membuat tinjauan awal di mana kapal musuh berada dan sebaik sahaja mendapat arahan, akan mensabotaj kapal musuh dengan membuat lubang atau merosakkannya. Namun jika tidak ada peperangan, khidmat mereka akan digunakan sebagai penyelam harta karun.
  • Pengutip Teh Perawan
Ladang Teh Jiuhua di daerah Gushi, China hanya mengupah gadis perawan untuk mengutip teh di ladang mereka. Ini dikatakan bertujuan mengekalkan kualiti daun itu. Menambahkan lagi kepelikannya, gadis- gadis itu tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka. Daun teh yang sudah dipetik perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
       Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pemilik ladang itu menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar. Mereka perlu membersihkan diri sebelum mula bekerja selain perlu melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir. Ladang itu menawarkan gaji RM249 sehari yang dianggap sangat lumayan di China.
       Legenda tempatan menyatakan, dahulu daun teh dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
  • Penghidu Ketiak
Deodoran yang bersesuaian dengan bau badan seseorang yang digunakan setiap hari adalah  terhasil menerusi hasil usaha penghidu ketiak ini.
  • Pencuci Akuarium Jerung
Bayangkan bagaimana mencuci tangki akuarium gergasi yang mana penghuninya adalah jerung. Secara umumnya jerung tidak akan menyerang jika ia tidak diganggu selain jika ia lapar. Namun kerjaya ini amat memerlukan seseorang yang sangat mengetahui habitat dan tabii jerung.
      Selain mengelap cermin, pencuci juga perlu mengutip bangkai ikan yang menjadi makanan jerung selain menjadi sebahagian daripada aksi menarik untuk tontonan pengunjung.