Sunday, April 15, 2012

Info Titanic



Filem Titanic dalam versi 3D dah pun mula ditayangkan pada umum sejak 6 April lalu. Teringat pula masa tengok Titanic dulu kat wayang. Kalau tak silap dalam tahun 1998. Siap tengok 2 kali lagi tu. Sekali pergi dengan kawan, sekali lagi bawa mak. Mak nak tengok sangat filem tu yang jadi fenomena masa tu. Pergi tengok kat GSC Terminal One. Hehe naik bas. Masa tu memang nama Leonardo dengan Kate Winslet mendadak naik tiba- tiba. Teringat pula quote yang paling popular dari filem tu : 'You jump, I jump' 


              Dah 100 tahun kapal Titanic ni tenggelam di Lautan Pacific. Kapal mewah yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu berlanggar dengan bongkah ais pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh 2 jam 40 minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912). Berikut adalah info tentang Titanic :
  • Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line yang dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland.
  • Nama asalnya, Gigantic yang merujuk kepada kemunculan sebuah kapal paling mewah dan terbesar pernah dibina di dunia.
  • Projek pembinaan Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, JP Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co, bermula pada 31 Mac 1909.
  • Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukuran sepanjang 269 meter dan 28 meter lebar, seberat 4,633 megagram, dengan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter.
  • Selain boleh memuatkan sehingga 3,547 penumpang dan anak kapal, Titanic juga berfungsi sebagai pembawa surat-surat, sebab itu namanya diberikan penambahan awalan RMS (yang merujuk kepada Royal Mail Ship atau Royal Mail Steam) selain SS (Steam Ship).
  • Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang luas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan 3 buah lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama tetapi hanya sebuah lif bagi penumpang kelas dua.
  • Sebahagian daripada individu terkenal yang turut belayar sebagai penumpang kelas pertama termasuklah jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madelaine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik gedung Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Margaret Molly Brown; Sir Cosmo Duff- Gordon dan isterinya pereka fesyen Lady Lucille; wartawan, William Thomas Stead; pembantu presiden Amerika Syarikat, Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang, Jacques Futrealle dan isterinya May; pengarah bersama Broadway Henry dan Irene Harris serta pelakon wanita filem bisu, Dorothy Gibson. Turut sama ialah pengarah urusan White Star Line, J Bruce Ismay yang mencadangkan pembinaan Titanic dan pembina kapal itu, Thomas Andrews, yang bertugas untuk memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baharu tersebut.
  • Daripada 2,223 orang penumpang Titanic, hanya 706 yang terselamat, manakala 1517 meninggal dunia
  • Kapal Titanic dikatakan tidak akan tenggelam, tetapi ironinya ia tenggelam pada pelayaran sulungnya.

Friday, April 6, 2012

Fadhilat Sedekah

Menurut huraian Al- Quran, Al- Hadis dan huraian ulama, antaranya ialah :
  • Mengundang datangnya rezeki
  • Menolak datangnya bala atau malapetaka
  • Menyembuhkan penyakit
  • Mempercepatkan makbulnya hajat (perkara mulia)
  • Memanjangkan umur

Teknik Mengukus Yang Betul

  • Mengukus Kuih
Apabila air di dalam pengukus sudah mendidih, buka penutup pengukus. Lap terlebih dahulu wap air yang terdapat pada tudung pengukus. Balutkan loyang adunan kuih dengan kain muslin (kain putih) untuk mengelakkan air menitis di atas adunan kuih. Kemudian barulah masukkan loyang ke dalam pengukus. Ia bertujuan agar permukaan kuih tidak berkedut dan berair.

  • Mengukus Kek
Pastikan air didihan di dalam pengukus betul- betul panas. Balutkan loyang adunan kek dengan kertas aluminium terlebih dahulu. Kemudian kukuslah kek itu sekurang- kurangnya satu jam atau sehingga masak.

Sumber : majalah rasa/ http://www.mymesra.com.my/