Sunday, March 18, 2012

Petua Sihat Pak Ungku

          

 Menarik betul artikel dalam MM hari ni. Prof Diraja Ungku Abdul Aziz mendedahkan petua beliau masih sihat pada usia 90 tahun. Bukan dari segi fizikal sahaja, bahkan beliau masih mampu menulis dan mengeluarkan idea-idea bernas.
           Pak Ungku amat menitikberatkan soal pemakanan dan hanya mengambil makanan berkhasiat sahaja. Antaranya beliau mengamalkan makan bawang besar mentah sebiji sehari, nanas, petai, pegaga, bawang putih dan pisang yang masih hijau. Beliau mengambil nasi dari beras perang sekali sehari, tidak minum kopi, tidak merokok dan tidak mengambil gula.
          Selain itu seperti biasa Pak Ungku  bersenam, mendapatkan waktu tidur yang cukup dan menangani stress dengan baik. Untuk minda, beliau sentiasa menggunakan pemikirannya untuk membaca pelbagai genre buku. Beliau memiliki lebih 4,000 buah buku dan amat meminati karya karangan Ernest Hemingway dan buku Sejarah Melayu dan Hang Tuah.