Wednesday, December 19, 2012

Makanan Yang Menjadi Fenomena



Macaroon
  • Berasal dari Itali. Macaroon bermaksud rangup dan kenyal. Ia merupakan sejenis manisan yang diperbuat daripada serbuk badam, gula kastor dan putih telur. Ia mempunyai dua keping kulit luar yang diletakkan inti di tengah-tengahnya yang kelihatan seperti burger.


Kek Red Velvet
  • Merupakan kek berwarna merah gelap, terang atau merah coklat. Ia biasanya disediakan sebagai kek berlapis yang ditambah dengan gula aising vanila berkrim atau krim aising keju


Pavlova
  • Nama pavlova diambil sempena nama seorang penari ballet Russia, Anna Pavlova. Pavlova berkunjung ke sebuah hotel di New Zealand ketika makanan tersebut dihidangkan buat pertama kalinya di hotel tersebut pada tahun 1926. Ia merupakan sejenis kek meringue iaitu putih telur yang dicampur gula, tepung, cuka dan vanila. Kek itu dibakar pada suhu sederhana sehingga permukaan luarnya menjadi garing, tetapi bahagian dalamnya lembut dan kenyal. Pavlova dihias dengan krim dan buah-buahan.


Bubble Tea
  • Merupakan minuman berasaskan teh yang dicipta di Taichung, Taiwan sekitar tahun 1980-an. Bebola kecil bubble tea yang dikenali  sebagai mutiara diperbuat daripada tepung ubi kayu yang diletakkan di dalam air teh pelbagai perisa.

Bekas Sia


         Inilah dia bekas sia. Masa kecil-kecil dulu selalu nampak arwah nenek bawa bekas ni pergi kenduri. Tapi masa tu tak tau apa kegunaannya. Bekas ni untuk isi beras. Bila ada kenduri, penduduk kampung bawa beras seorang sedikit dalam bekas ni untuk diberi pada tuan rumah. Jadi banyaklah jadinya nanti. Itulah semangat tolong menolong orang dulu-dulu. Sebagai balasan, tuan rumah akan isi bekas tu dengan buah tangan kenduri macam manisan dan lain-lain.
Emoticon

Sunday, December 16, 2012

Sherbet & Sorbet


They're different!
Sherbet is a frozen fruit dessert that is made with milk, egg white, sugar and fruits. A sorbet on the other hand is a dessert made with the same ingredients but minus the dairy products.


Doraemon & Friends


Siap pun lagi satu jigsaw puzzle...1000 pieces...50cm x 75cm...beli kat TSC...RM5.30...Welcome to The Smiley Guide!

Thursday, December 6, 2012

Santai...


Secawan teh panas di waktu petang...menyegarkan badan yang kesejukan lepas mandi (air paip kat rumah ni sejuk macam ais wooo).... oke oke dua cawan laa... sedap ni Smiley


Lepas tu, tengok-tengok pulasan yang tengah masak kat tepi rumah....Smiley

Wednesday, November 21, 2012

Angel of Milky Way


Jigsaw puzzle...1000 pieces...buat sikit-sikit bila ada kelapangan....siap dalam 3 atau 4 hari...ambil gambar dulu sebagai kenangan sebelum leraikan balik....Smileys

Friday, October 26, 2012

Peristiwa Penting Yang Berlaku Dari 1 Hingga 10 Zulhijjah

  • 1 Zulhijjah - Allah mengampunkan Nabi Adam di Arafah
  • 2 Zulhijjah - Doa Nabi Yunus dimakbulkan lalu Allah mengeluarkannya dari perut ikan nun
  • 3 Zulhijjah - Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria
  • 4 Zulhijjah- Kelahiran Nabi Isa
  • 5 Zulhijjah - Nabi Musa a.s dilahirkan dan memuliakan munajatnya
  • 6 Zulhijjah- Allah membukakan pintu kebaikan untuk para Nabi-Nya
  • 7 Zulhijjah - Pintu neraka jahanam dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke 10 Zulhijjah
  • 8 Zulhijjah - Hari tersebut dinamakan tarwiyah (Hari Berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail
  • 9 Zulhijjah - Dikenali sebagai Hari Arafah (Hari Tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami. Di tempat itulah Nabi Adam a.s mengerti jati dirinya. Pada hari tersebut Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah daripada-Nya dan bukan syaitan. Ayat Al -Quran terakhir diturunkan.
  • 10 Zulhijjah - Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban dan hari nahar (menyembelih)

Tuesday, October 2, 2012

Pelengkap Hidupku


Pelengkap Hidupku
(Eren feat Romi)

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku, panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Kerana hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Saturday, June 2, 2012

Perkahwinan Termahal

  • PUTERA CHARLES dan PUTERI DIANA
Bakal Raja England ini mencipta sejarah tersendiri apabila memilih Puteri Diana menjadi permaisurinya dan melangsungkan perkahwinan yang mencatat rekod paling mahal di kalangan golongan diraja.
          Perkahwinan mereka yang dilangsungkan pada 29 Julai 1981 di Gereja St. Paul Cathedral disaksikan seramai 750 juta orang di seluruh dunia.
          Jumlah keseluruhan kos dikatakan mencecah AS48 juta (RM148 juta). Jika dibandingkan dengan nilai semasa, ia dianggarkan AS110 juta (RM341 juta).
          Ratusan pemimpin dunia hadir pada majlis perkahwinan yang diadakan kemudian di Istana Buckingham. Persediaan makanan dan keraian dibuat untuk tetamu seramai 3,500 orang.
          Malangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama berikutan skandal Putera Charles bersama 'kekasih gelapnya'. Mereka bercerai secara rasmi pada 1996.

  • VANISHA MITTAL dan AMIT BHATIA
Perkahwinan anak perempuan kepada taikun besi, Lakshmi Mittal ini berlangsung pada 18 November 2004. Ia diadakan di sebuah istana lama yang dibina pada kurun ke 17, Vaux le Viconte di Perancis.
          Menantu beliau ialah seorang ahli perbankan di Britain yang juga pemilik Swordfish Investment. Sebanyak 12 pesawat Boeing disewa khas untuk membawa tetamu dari India manakala penginapan mewah disedikan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.
           Lebih 10,000 kuntum bunga digunakan untuk majlis tersebut dan seramai 45 chef ternama diupah untuk menyediakan lebih 100 jenis hidangan kepada tetamu.
           Ketika perkahwinan berlangsung, Vanisha yang mendapat pendidikan di Universiti of London, berusia 23 tahun manakala pasangannya berusia 25 tahun. Kos keseluruhan perkahwinan dikatakan mencecah AS78 juta (RM242 juta).
  • SEEMANTO dan CHANDNI serta SUSHANTO dan RICHA
Perkahwinan ini mencecah kos AS128 juta (RM397 juta) namun ia dilangsungkan serentak untuk kedua-dua anak lelaki salah seorang orang terkaya India, Subrata Roy.
          Beliau yang dikatakan memiliki kekayaan sebanyak AS20 billion (RM60 billion) dan terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan di seluruh India, menjemput lebih 10,000 tetamu serta menyediakan lebih 120 jenis hidangan dari pelbagai negara.
          Pada majlis yang berlangsung pada 14 Februari 2004 ini, kumpulan orkestra dari Britain turut mengadakan persembahan.
          Perkahwinan tersebut dilangsungkan di Taj Residency di bandar Sahara, India selama seminggu. Subrata turut meraikan golongan miskin apabila menjamu makanan kepada mereka selain menganjurkan 100 perkahwinan khas untuk mereka yang ditanggung sepenuhnya.
  • SHEIKH MOHAMMED BIN RASHID AL MAKTOUM dan PUTERI SALAMA
Pewaris takhta kerajaan Dubai ini melangsungkan perkahwinan pada awal Mei 1981 yang melibatkan kos sebanyak AS45 juta (RM140 juta).
          Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dilangsungkan di hotel mewah mahupun di istana, tetapi di sebuah stadium baru yang dibina khusus untuk majlis tersebut yang mampu memuatkan lebih 20,000 orang.
          Majlis yang dilangsungkan selama 7 hari itu dihadiri kenamaan dari seluruh dunia yang dibawa menggunakan 34 jet peribadi yang disewa khas.
          Sempena perkahwinannya, Sheikh Mohammed melawat hampir setiap kampung di negaranya menggunakan kuda dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
          Berdasarkan nilai sekarang, kos perkahwinan itu bersamaan dengan AS100 juta (RM310 juta).
  • PUTERA WILLIAM dan KATE MIDDLETON
Pasangan yang dianggap secocok dan sering merendah diri ini menamatkan kisah percintaan antara dua darjat mereka pada 29 April 2011.
          Setelah 30 tahun perkahwinan ibu bapanya berlangsung, perkahwinan pasangan sebaya ini berlangsung meriah mengikut tradisi sama yang dilalui orang tuanya.
          Mereka bagaimanapun memilih untuk tidak keterlaluan apabila hanya menggunakan kereta berbanding kereta kuda mewah sebagai kenderaan rasmi.
          Kos perkahwinan Putera William juga tidak semahal ibu bapanya, hanya sekitar AS34 juta (RM105 juta) - lebih separuh daripadanya terpaksa diperuntukkan untuk tujuan keselamatan.
  • ANDREY MELNICHENKO dan ALEKSANDRA KOKOTOVIC
Bilionair Rusia yang menduduki tangga ke 14 orang terkaya dunia ini menghabiskan wang sebanyak AS30 juta (RM90.3 juta) untuk mengahwini kekasih hatinya yang juga model terkenal dan bekas ratu cantik Yugoslavia.
          Perkahwinan tersebut berlangsung di pusat peranginan mewah Cote D' Azur pada 3 September 2005.
          Ia dihadiri ratusan tetamu kehormat dan diserikan dengan persembahan artis terkenal antaranya mendiang Whitney Houston dan Christina Aguilera yang dikatakan masing-msing dibayar sebanyak AS3.6 juta (RM11.1juta) hanya untuk persembahan selama beberapa jam.
  • WAYNE ROONEY dan COLEEN MCLAUGHLIN
Pemain bolasepak terkenal ini mengahwini kekasihnya sejak remaja dan sanggup menghabiskan belanja sebanyak AS15 juta (RM46.5 juta) untuk majlis perkahwinan mereka.
          Majlis tersebut berlangsung selama 4 hari di Villa Durazzo,Portofina, Itali mulai 12 Jun 2008. Pasangan ini dikatakan menghabiskan AS4 juta (RM12.4 juta) hanya untuk busana perkahwinan yang direka oleh Georgia Chapman.
          Sungguhpun berhabis duit, pasangan ini masih dapat berjimat apabila majalah OK! dari Britain bersetuju membayar AS5 juta (RRM15.5 juta) untuk mendapatkan hak ekskusif gambar-gambar perkahwinan mereka.
  • VIKRAM CHATWAL dan PRIVA SACHDEY
Majlis perkahwinan melibatkan billionair hotel dan lelaki yang pernah digelar sebagai World Most Eligible Bachelor oleh BBC dengan pelakon serta model terkenal India ini dikatakan mencecah AS20 juta (RM60.2 juta) untuk majlis yang berlanjutan selama 10 hari.
           Ia turut dilangsungkan di 3 negeri berbeza iaitu Mumbai, Udaipur dan Delhi. Vikram yang mengikut jejak langkah bapanya Sant Singh Chatwal berkecimpung dalam perniagaan hotel di New York, menjemput lebih 1,000 tetamu dari 26 negara menggunakan jet peribadi yang disewa khas.
           Majlis pada 18 Februari 2006 ini turut dihadiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton.
           Sayangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai hanya selepas 3 tahun bergelar suami isteri.



Monday, May 7, 2012

Pekerjaan Pelik Di Dunia

  • Pengetuk Tingkap
Satu ketika dahulu, pekerjaan ini antara yang paling popular di Britain dan Ireland. Pada waktu ledakan revolusi industri sekitar awal abad ke 19, kebanyakan pekerja perlu bangun pada awal pagi, malangnya ketika itu masih belum terdapat jam loceng.
       Maka dengan upah hanya beberapa pence, seorang lelaki akan mengetuk tingkap pada awal pagi dengan menggunakan kayu panjang sehinggalah penghuni rumah berkenaan bangun
  • Penyelam Hendap
Kerjaya ini antara yang terpenting pada zaman Rom. Ini memandangkan dalam peperangan di laut pada zaman itu, penyelam ini antara orang yang berada di barisan hadapan. Mereka akan membuat tinjauan awal di mana kapal musuh berada dan sebaik sahaja mendapat arahan, akan mensabotaj kapal musuh dengan membuat lubang atau merosakkannya. Namun jika tidak ada peperangan, khidmat mereka akan digunakan sebagai penyelam harta karun.
  • Pengutip Teh Perawan
Ladang Teh Jiuhua di daerah Gushi, China hanya mengupah gadis perawan untuk mengutip teh di ladang mereka. Ini dikatakan bertujuan mengekalkan kualiti daun itu. Menambahkan lagi kepelikannya, gadis- gadis itu tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka. Daun teh yang sudah dipetik perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
       Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pemilik ladang itu menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar. Mereka perlu membersihkan diri sebelum mula bekerja selain perlu melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir. Ladang itu menawarkan gaji RM249 sehari yang dianggap sangat lumayan di China.
       Legenda tempatan menyatakan, dahulu daun teh dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
  • Penghidu Ketiak
Deodoran yang bersesuaian dengan bau badan seseorang yang digunakan setiap hari adalah  terhasil menerusi hasil usaha penghidu ketiak ini.
  • Pencuci Akuarium Jerung
Bayangkan bagaimana mencuci tangki akuarium gergasi yang mana penghuninya adalah jerung. Secara umumnya jerung tidak akan menyerang jika ia tidak diganggu selain jika ia lapar. Namun kerjaya ini amat memerlukan seseorang yang sangat mengetahui habitat dan tabii jerung.
      Selain mengelap cermin, pencuci juga perlu mengutip bangkai ikan yang menjadi makanan jerung selain menjadi sebahagian daripada aksi menarik untuk tontonan pengunjung.

Sunday, April 15, 2012

Info Titanic



Filem Titanic dalam versi 3D dah pun mula ditayangkan pada umum sejak 6 April lalu. Teringat pula masa tengok Titanic dulu kat wayang. Kalau tak silap dalam tahun 1998. Siap tengok 2 kali lagi tu. Sekali pergi dengan kawan, sekali lagi bawa mak. Mak nak tengok sangat filem tu yang jadi fenomena masa tu. Pergi tengok kat GSC Terminal One. Hehe naik bas. Masa tu memang nama Leonardo dengan Kate Winslet mendadak naik tiba- tiba. Teringat pula quote yang paling popular dari filem tu : 'You jump, I jump' 


              Dah 100 tahun kapal Titanic ni tenggelam di Lautan Pacific. Kapal mewah yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu berlanggar dengan bongkah ais pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh 2 jam 40 minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912). Berikut adalah info tentang Titanic :
  • Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line yang dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland.
  • Nama asalnya, Gigantic yang merujuk kepada kemunculan sebuah kapal paling mewah dan terbesar pernah dibina di dunia.
  • Projek pembinaan Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, JP Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co, bermula pada 31 Mac 1909.
  • Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukuran sepanjang 269 meter dan 28 meter lebar, seberat 4,633 megagram, dengan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter.
  • Selain boleh memuatkan sehingga 3,547 penumpang dan anak kapal, Titanic juga berfungsi sebagai pembawa surat-surat, sebab itu namanya diberikan penambahan awalan RMS (yang merujuk kepada Royal Mail Ship atau Royal Mail Steam) selain SS (Steam Ship).
  • Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang luas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan 3 buah lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama tetapi hanya sebuah lif bagi penumpang kelas dua.
  • Sebahagian daripada individu terkenal yang turut belayar sebagai penumpang kelas pertama termasuklah jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madelaine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik gedung Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Margaret Molly Brown; Sir Cosmo Duff- Gordon dan isterinya pereka fesyen Lady Lucille; wartawan, William Thomas Stead; pembantu presiden Amerika Syarikat, Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang, Jacques Futrealle dan isterinya May; pengarah bersama Broadway Henry dan Irene Harris serta pelakon wanita filem bisu, Dorothy Gibson. Turut sama ialah pengarah urusan White Star Line, J Bruce Ismay yang mencadangkan pembinaan Titanic dan pembina kapal itu, Thomas Andrews, yang bertugas untuk memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baharu tersebut.
  • Daripada 2,223 orang penumpang Titanic, hanya 706 yang terselamat, manakala 1517 meninggal dunia
  • Kapal Titanic dikatakan tidak akan tenggelam, tetapi ironinya ia tenggelam pada pelayaran sulungnya.

Friday, April 6, 2012

Fadhilat Sedekah

Menurut huraian Al- Quran, Al- Hadis dan huraian ulama, antaranya ialah :
  • Mengundang datangnya rezeki
  • Menolak datangnya bala atau malapetaka
  • Menyembuhkan penyakit
  • Mempercepatkan makbulnya hajat (perkara mulia)
  • Memanjangkan umur

Teknik Mengukus Yang Betul

  • Mengukus Kuih
Apabila air di dalam pengukus sudah mendidih, buka penutup pengukus. Lap terlebih dahulu wap air yang terdapat pada tudung pengukus. Balutkan loyang adunan kuih dengan kain muslin (kain putih) untuk mengelakkan air menitis di atas adunan kuih. Kemudian barulah masukkan loyang ke dalam pengukus. Ia bertujuan agar permukaan kuih tidak berkedut dan berair.

  • Mengukus Kek
Pastikan air didihan di dalam pengukus betul- betul panas. Balutkan loyang adunan kek dengan kertas aluminium terlebih dahulu. Kemudian kukuslah kek itu sekurang- kurangnya satu jam atau sehingga masak.

Sumber : majalah rasa/ http://www.mymesra.com.my/

Sunday, March 18, 2012

Petua Sihat Pak Ungku

          

 Menarik betul artikel dalam MM hari ni. Prof Diraja Ungku Abdul Aziz mendedahkan petua beliau masih sihat pada usia 90 tahun. Bukan dari segi fizikal sahaja, bahkan beliau masih mampu menulis dan mengeluarkan idea-idea bernas.
           Pak Ungku amat menitikberatkan soal pemakanan dan hanya mengambil makanan berkhasiat sahaja. Antaranya beliau mengamalkan makan bawang besar mentah sebiji sehari, nanas, petai, pegaga, bawang putih dan pisang yang masih hijau. Beliau mengambil nasi dari beras perang sekali sehari, tidak minum kopi, tidak merokok dan tidak mengambil gula.
          Selain itu seperti biasa Pak Ungku  bersenam, mendapatkan waktu tidur yang cukup dan menangani stress dengan baik. Untuk minda, beliau sentiasa menggunakan pemikirannya untuk membaca pelbagai genre buku. Beliau memiliki lebih 4,000 buah buku dan amat meminati karya karangan Ernest Hemingway dan buku Sejarah Melayu dan Hang Tuah.
         

Sunday, February 19, 2012

Panduan Asas Yang Harus Diketahui

  • Jangan gunakan bekas plastik sewaktu memukul putih telur kerana plastik akan menyerap lemak dan putih telur tidak kembang. Jika anda ingin memukul putih telur dengan gula, kalau boleh bubuhkan gula sedikit demi sedikit.
  • Jika putih telur sudah kembang dan adunannya tidak jatuh daripada pemukul jika diangkat, sebaiknya berhenti memukul. Jika diteruskan memukul, putih telur akan menjadi cecair.
  • Selain itu jika putih telur terlebih pukul, ia tidak akan sebati dengan bahan-bahan lain jika dicampurkan dalam satu bekas. Contohnya, mentega, tepung dan gula.
  • Untuk membuat tepung naik sendiri senang saja. Campurkan 4 cawan tepung, 2 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil serbuk penaik. Ayak dan simpan dalam bekas.
  • Untuk mengetahui kesegaran telur, rendamkan telur di dalam air sejuk yang bercampur garam. Kalau telur itu timbul bermakna ia tidak segar.
  • Jika ingin mendapatkan putih telur yang elok dan mudah kembang bila dipukul, gunakan bekas yang diperbuat daripada tembaga. Ini kerana tembaga akan bertindak balas dengan albumin dalam telur.
  • Sekiranya membuat sandwich, sapukan marjerin/butter pada roti. Ini untuk mengelakkan roti menyerap air dari inti sandwich yang seterusnya akan membuatkannya basah dan tidak tahan lama pada suhu bilik.

Saturday, February 18, 2012

Sabun Untuk Kucing





Err...kucing korang pernah kena kutu tak? Tak la kot kan. Lain la macam saya ni, kucing dok merayau je. Nama pun kucing kampung. Mmm ada gak kucing yang saya bawa balik dari mana-mana tu dah memang ada kutu.
           Dulu kalau kena macam ni, saya ada bawa pergi vet. Kucing ni akan disuntik dengan ubat kutu. Mekanismenya ialah ubat akan masuk dalam aliran darah, bila kutu gigit kucing tu, so ia akan termakan ubat tu and mati. Tapi cara ni lambat sikit nak berkesan. Saya tengok dekat seminggu lebih baru clear badan kucing ni dari kutu tu. 
           So nak senang saya beli je sabun antiseptik Fido. Ala-ala Dettol la tapi ni untuk kucing dan anjing. Sabun ni banyak buih. Budak-budak ni kalau mandi dengan air suam. Biarkan buih sabun tu dalam beberapa minit lepas tu bilas. Haa, bila lap badan kucing tu dengan towel, habis bangkai-bangkai kutu tu melekat kat towel tu. Kan senang tu. Sekali mandi je terus hilang masalah kutu ni. Selain untuk hapuskan kutu, sabun ni untuk elak kegatalan. Sabun ni ada je jual kat mana-mana. Saya pun beli kat Tesco je. Harga kalau tak silap RM4.20. Hihu

Sunday, February 5, 2012

Bergaya Walau Budget Tiada


          
           Masa kerja lama dulu, suka tengok penampilan my colleague Cindy. Dia ni simple je cara berpakaian dia. Standard la kerja ofis, blaus dengan skirt/slack. Tapi ada sesuatu yang menarik tentang dia. Yup, aksesori. Brooch yang berkilau disematkan pada skarf leher, atau rantai, tak pun bracelet watch. Memang benda-benda macam ni mampu menambahkan impak pada penampilan. Yang pasti jangan berlebihan.
           Lagi satu hari tu terbaca dalam Utusan. Wartawan ni pergi luar negara, dan dia perhatikan yang imigran di sana sentiasa kelihatan up to date walau berpendapatan rendah. Jawapannya? Mix and match. Suai padan. Dia lihat walaupun mereka kerap mengenakan baju yang sama, tapi setiap kali akan dipadankan dengan seluar, skirt atau kasut yang berlainan. Gaya rambut yang sentiasa berubah juga membuatkan penampilan mereka ni sentiasa nampak menarik.
          So, walaupun takde budget nak beli baju baru buat masa ni, rasanya boleh la kot ikut contoh diorang ni. Pakai brooch bling bling sikit, pas tu tukar-tukar tudung walaupun dok ulang baju kurung yang sama. Ok jugak kan idea ni..huhuhu

Saturday, February 4, 2012

Dah Selamat..

Yea..yea...anak buaya kat Citypark tu dah berjaya ditangkap oleh Perhilitan. Hoh nasib baik dia tak sempat membesar. So sekarang Uya-uya boleh la tinggal dengan aman. Insya Allah nanti bila ada kelapangan saya lawat Uya-uya ye. Ingat jaga diri baik-baik tau. hehehe

Sunday, January 22, 2012

Uya-uya...Jaga Diri...

            Semalam baca dalam metro, ada anak buaya kat Citypark. Biar betul???? Betul la tu sebab ramai dah nampak anak buaya tu berjemur kat tepi tasik tu. Disyaki ada orang lepaskan buaya tu sebab takut dikenakan tindakan bela haiwan tu tanpa lesen. Cepat-cepatla tangkap binatang tu. Bahaya la. Huu...kita risaukan Uya-uya. Mesti Uya-uya terkejut ada buaya dalam tasik tu... Uya-uya, jaga diri baik-baik. Kita rindu Uya-uya..
  p/s   pada yang belum kenal Uya-uya, boleh tengok post pada April 2011. huhuhu

Monday, January 2, 2012

Fakta Osteoporosis

            Osteoporosis adalah penyakit yang melemahkan tulang- tulang, meningkatkan risiko keretakan tulang secara tiba- tiba dan tidak dijangka.
           Tulang manusia diperbuat daripada tisu- tisu yang membesar. Cengkerang luar korteks atau tulang tebal menyalut tulang trabekular, tulang seperti span. Apabila tulang dilemahkan melalui osteoporosis, lubang- lubang dalam span tumbuh membesar dan melemahkan struktur dalaman tulang.

          Faktor- faktor risiko berlakunya osteoporosis:
  • Usia - selepas ketumpatan dan kekuatan tulang mencapai maksimanya (biasanya sekitar usia 30), jisim tulang mula merosot seiring dengan peningkatan usia .
  • Jantina - wanita berusia lebih 50 tahun memiliki risiko besar untuk mendapat osteoporosis. Hakikatnya wanita lebih banyak mengalami osteoporosis jika dibandingkan dengan lelaki disebabkan oleh tulang wanita yang lebih  ringan dan nipis
  • Bangsa - kajian menunjukkan wanita bangsa Asia lebih mudah mendapat osteoporosis.
  • Struktur tulang dan berat tubuh - wanita kecil dan kurus berisiko besar untuk mendapat  osteoporosis kerana mereka memiliki ketumpatan tulang yang kurang daripada wanita yang lebih berat dan memiliki rangka besar. Begitu juga lelaki yang kurus dan kecil.
  • Sejarah keturunan - keturunan adalah salah satu daripada faktor penting risiko mendapat osteoporosis. Jika ibu bapa atau datuk nenek memiliki sebarang tanda- tanda osteoporosis seperti keretakan pinggul selepas kejatuhan kecil, anda mungkin berisiko besar mendapat penyakit ini.
  • Ubatan tertentu - penggunaan ubatan tertentu seperti penggunaan steroid dalam jangka masa lama juga boleh meningkatkan risiko mendapat osteoporosis.
Langkah- langkah pencegahan :
  • Senaman - senaman membuatkan tulang dan otot lebih kuat dan membantu mencegah kehilangan tulang.
  • Makan makanan yang tinggi kalsium - sumber terbaik kalsium adalah susu dan produk tenusu, ikan seperti sardin, sayuran hijau seperti brokoli, dan roti yang diperbuat daripada tepung yang diperkaya dengan kalsium.
  • Makanan tambahan atau vitamin - pastikan mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu
  • Vitamin D - tubuh menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium. Selain dari cahaya matahari pagi, vitamin D boleh didapati daripada telur, ikan berlemak seperti salmon, bijirin dan susu yang diperkaya dengan vitamin D.
  • Estrogen - estrogen adalah hormon yang dihasilkan ovari, membantu melindungi daripada kehilangan tulang. Penggantian estrogen yang hilang selepas menopous memperlahankan kehilangan tulang dan memperbaiki penyerapan kalsium. Tetapi kerana terapi estrogen memembawa risiko, ia hanya dicadangkan kepada wanita yang berisiko tinggi untuk osteoporosis atau mempunyai gejala menopous yang teruk.
  • Hindari rokok dan alkohol - merokok menyebabkan tubuh kurang menghasilkan estrogen yang melindungi tulang. Alkohol pula meningkatkan risiko untuk terjatuh dan mematahkan tulang.

Adab Berdoa

Semasa kita berdoa, hendaklah mengikuti cara atau adab berdoa agar doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT, perhatikanlah hal-hal seperti berikut:

  • Doa hendaklah disampaikan kepada Allah dengan merendah diri dan suara yang lemah lembut, sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT dalam surah al- A'raf ayat 55, seperti berikut :
 "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- orang yang melampaui batas".

  • Doa hendaklah berasal dari hati yang ingat akan Allah dan harus yakin bahawa doa akan dikabulkan oleh-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berdoalah kepada Allah dan kamu meyakini untuk dikabulkan, dan ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lupa dan sunyi (dari mengingati Allah)"

  • Doa hendaklah dimulakan dengan memuji Allah dan membaca selawat kepada Nabi s.a.w :
Bersabda Nabi s.a.w : "Apabila salah seorang daripada kamu sekalian berdoa, maka mulailah dengan membaca tahmid serta memuji kepada Allah, kemudian membaca selawat kepada Nabi, baru kemudian berdoa dengan apa yang dikehendakinya."

  • Membaca selawat kepada Nabi di tengah dan akhir doa, seperti dijelaskan dalam hadis berikut :
Bersabda Nabi s.a.w : " Setiap doa terhalang (tidak dikabulkan) sehingga dibacakan atasnya selawat kepada Nabi s.a.w."

  • Mengakhiri membaca doa dengan Aamin, sekalipun hanya sendiri, sebagaimana hadis Abu Hurairah r.a :
Bersabda Nabi s.a.w : "Apabila salah  seorang dari kamu berdoa, maka hendaklah dia mengaminkan atas doanya sendiri".

  • Mengangkat kedua tangan selama berdoa, seperti disebut dalam hadis Salman riwayat Abu Daud :
Bersabda Nabi s.a.w : " Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Pemurah dan berasa malu kepada hambanya apabila ia mengangkat kedua tangannya (berdoa) kepada-Nya, kemudian Allah mengembalikannya (menolaknya) tanpa hasil."

  •  Menyapu muka (wajah) dengan kedua tapak tangan selepas berdoa.
Sahabat Umar r.a berkata : "Rasulullah s.a.w apabila mengangkat kedua tangannya dalam berdoa, tidak akan melepas dan mengembalikannya sehingga menyapu wajahnya dengan kedua tangannya".

  • Menengadahkan (membuka) kedua tapak tangan, apabila memohon perkara positif, dan menelungkupkan tapak tangan apabila memohon untuk menolak perkara negatif :
"Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila memohon perkara positif menengadahkan kedua tapak tangannya ke langit, dan apabila memohon perlindungan dari perkara negatif menelungkupkan kedua tapak tangannya dari langit".

'USAHA, DOA dan TAWAKAL'

Jika doa terus dimakbulkan ianya bukti kasih Allah S.W.T kepada kita, doa kita yang ditangguhkan tanda Allah suka mendengar rintihan kita dan menjadi tanda kasih-Nya jua. Doa yang tidak dimakbul pula hakikatnya Dia sedang merancang yang lebih baik untuk kita dan itu pun isyarat kasih-Nya kepada kita.

Sunday, January 1, 2012

Filem- Filem James Bond

Minat filem James Bond tak? Saya biasa-biasa je. Layan je kalau ada yang tayang kat tv tu. Tapi yang bestnya saya paling suka theme musicnya, dan lagi satu part bila dia sebut "Bond, James Bond" rasa macam macho je hehehe
          So, watak James Bond ni telah dipegang oleh 6 pelakon. Sean Connery, George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan yang terbaru Daniel Craig. Kat bawah ni adalah senarai filem-filem mereka:
                                                               
  • Dr No    (  Sean Connery) -  1962                                      
  • From Russia With Love  ( Sean Connery) -  1963                              
  • Goldfinger   (  Sean Connery) - 1964                                    
  • Thunderball  (  Sean Connery) -   1965                                      
  • You Only Live Twice  (  Sean Connery ) - 1967                                       
  • On Her Majesty's Secret Service (  George Lazenby) - 1969
  • Diamonds Are Forever   ( Sean Connery) - 1971
  • Live and Let Die     (Roger Moore) -  1973                                        
  • The Man With The Golden Gun   (Roger Moore) - 1974                                      
  • The Spy Who Loved Me (Roger Moore) - 1977                                      
  • Moonraker    (Roger Moore)  -  1979                                    
  • For Your Eyes Only   (Roger Moore)  - 1981                                                              
  • Octopussy  (Roger Moore)   - 1983                                          
  • A View To A Kill  (Roger Moore)  - 1985                                                              
  • The Living Daylights  (Timothy Dalton)  - 1987                                                          
  • License To Kill  (Roger Moore)   - 1989                                   
  • Goldeneye   (Pierce Brosnan) - 1995                                        
  • Tomorrow Never Dies    (Pierce Brosnan) - 1997                                       
  • The World Is Not Enough  (Pierce Brosnan) - 1999                                        
  • Die Another Day  (Pierce Brosnan) -  2002                                 
  • Casino Royale  (Daniel Craig)   -  2006                                     
  • Quantum Of Solace   (Daniel Craig)   -  2008                                       
  • Skyfall   (Daniel Craig)  -  2012                                        
             Sean Connery


                  Roger Moore


         George Lazenby

     
                Timothy Dalton

            Pierce Brosnan

              Daniel Craig