Friday, December 23, 2011

Dah Jadi Ahli MNS

           Baru-baru ni, saya daftar jadi ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society). Saya memang interested dengan aktiviti yang berkaitan alam sekitar ni. Macam tanam pokok ke, bersihkan pantai ke...so dah lama survey persatuan mana yang sesuai, saya pun pilih mns ni. Bila buka laman webnya, memang sentiasa update dan  banyak sangat aktiviti, tinggal lagi terpulang pada kita nak join atau tak.
            Tapi, tahun depan saya tak banyak masa lapang sangat. So, rasanya yang dapat pergi, maybe 'Raptor Watch' yang akan diadakan Mac tahun depan kat PD. Yang lain tu, kena tengok masa dan tempatlah jawabnya. huu

        Tampal sticker kat si bujang hehehe Smiley

Sunday, December 11, 2011

Pilih Yang Mana?

Ni ada kuiz cinta dari majalah REMAJA. Cewahhh...So sebelum majalah ni dijual untuk di 'recycle', lebih baik selamatkan tulisan yang menarik ni. Tapi kuiz ni untuk yang single je ek hehehe

Baca situasi di bawah :

Ada 5 perkara yang berlaku secara serentak iaitu :

A. Cerek air berbunyi tanda air yang dimasak sedang mendidih di dapur
B. Air di dalam mesin basuh melimpah
C. Adik kamu yang masih bayi menangis
D. Telefon bimbit berdering
E. Ada orang menekan loceng rumah
F. Hujan turun membasahi pakaian di ampaian

Soalan :
Antara 5 situasi berikut, yang mana kamu akan lakukan terlebih dahulu? Jawapan kamu akan memcerminkan pasangan yang kamu inginkan.


Jawapan A
  • Jika keutamaan kamu adalah A, ertinya kamu amat mementingkan keselamatan dan suka menyelesaikan masalah di peringkat awal. Lantaran itu kamu memilih untuk menutup air di dapur kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini seperti kebakaran. Sikap ini mencerminkan keinginan kamu yang mendambakan pasangan yang boleh melindungi agar kamu berasa selamat berada di sisinya. Kamu juga amat mengharapkan kekuatan atau kelebihan dirinya untuk membimbing kamu di masa hadapan. Dalam erti kata lain, kamu memerlukan sokongan dan kata- kata semangat yang tidak berbelah bagi daripadanya. Andai berlaku pertengkaran, kamu harapkan pasangan segera memujuk dan menyelesaikan masalah bersama, malah kamu tidak suka pasangan membuatkan kamu terluka atau memendam rasa.
Jawapan B
  • Pilihan B membawa maksud kamu tidak suka membazir. Bagi kamu, harta dan wang ringgit perlu dijaga dan diguna sebaik mungkin. Begitu juga prinsip kamu dalam percintaan, kamu seorang yang mementingkan materialistik, bagi kamu wang serta harta dapat menjamin masa depan yang cerah dan membahagiakan kamu. Lantaran itu, kamu amat mengharapkan pasangan kamu dapat memenuhi keperluan dan kehendak kamu dengan menyediakan segala kemudahan serta kesenangan hidup. Kamu jenis yang tidak mahu hidup susah dan amat bergantung kepada pasangan. Walaupun begitu golongan ini mempunyai kelebihan kerana bijak merancang perbelanjaan, berjimat cermat dan menyimpan wang.
Jawapan C
  • Golongan yang memilih untuk memujuk adik agar berhenti menangis menunjukkan kamu sangat prihatin dan mementingkan kasih sayang dalam sesebuah perhubungan. Dalam hubungan percintaan, kamu dikategorikan seorang yang manja dan suka dibelai. Kamu sangat berharap pasangan sentiasa mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang kepada kamu. Bagi kamu, cinta adalah kunci kebahagiaan dan kamu tidak jemu menyemai kasih sayang bersama si dia. Pasangan yang menjadi pilhan kamu semestinya individu yang mementingkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan.
Jawapan D
  • Ia mewakili sikap kamu yang peka dan mementingkan budi bahasa. Kamu juga mempunyai kelebihan dalam komunikasi, pandai bergaul dan mudah didekati. Jelas di sini, kamu amat mengambil berat tentang tujuan pemanggil dan tidak suka membuatkan orang lain tertunggu- tunggu. Dalam percintaan, kamu mendambakan pasangan yang bijak berkomunikasi, menjaga perlakuan serta berbudi bahasa. Kamu percaya komunikasi yang baik adalah rahsia mengekalkan keharmonian dalam hubungan istimewa. Sikap ini juga membongkar hasrat tersirat kamu yang inginkan pasangan bersikap terbuka dan sentiasa berdiplomasi dalam segala hal.
Jawapan E
  • Kamu amat memikirkan tentang diri orang lain berbanding diri sendiri. Kamu juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan cenderung menilai orang dari luaran. Kamu amat mementingkan rupa paras, personaliti dan penampilan pasangan. Pertama kali bertemu, kamu akan menilai luaran si dia dari cara dia berpakaian, berdandan dan membawa diri. Rupa paras pasangan menjadi keutamaan kamu sebagai teman hidup. Semestinya kamu menaruh harapan tinggi agar pasangan berpenampilan dan berpewatakan menarik. Kamu juga akan bangga jika pasangan memiliki rupa yang menawan.
Jawapan F
  • Golongan yang tidak suka melakukan kerja sia- sia akan bergegas mengangkat pakaian di ampaian. Kamu tidak rela melihat pakaian basah dalam sekelip mata kerana kamu berusaha keras membasuh, membilas dan menjemurnya sejak pagi. Kamu seorang yang bekerja keras dan aktif. Sesuai dengan personaliti kamu yang gigih berusaha dan tangkas, kamu juga mahukan pasangan yang ringan tulang dan sedia membantu di kala kamu susah serta senang. Kamu setia memberi sokongan padu kepada pasangan dengan harapan pasangan kamu akan bekerja keras merealisasikan impian bersama. Kamu juga mahukan pasangan yang kuat dari segi mental agar kamu dapat mengharungi dugaan demi dugaan.


Panduan Pemilihan Pakaian

Setiap pakaian akan memberikan impak berlainan di mana pemilihan corak, warna dan jenis baju memainkan peranan dalam menyerlahkan penampilan.
  • Kamu yang kurang tinggi - corak yang sesuai ialah corak menegak yang akan memberikan kesan tubuh kelihatan lebih tinggi. Leher juga seeloknya bebas dari aksesori untuk menjadikan tubuh nampak lebih tinggi. 
  • Kamu si tinggi lampai - lebih sesuai jika memakai baju yang bermotifkan bunga dan corak yang agak besar supaya nampak lebih cantik dan menarik.
  • Kamu yang badan berisi - elakkan memilih fesyen bercorak sarat kerana itu akan menampakkan bentuk badan yang lebih besar. Sebaiknya pilihlah corak berjalur lurus atau menegak yang akan membuatkan badan nampak lebih langsing.
  • Kamu si kecil molek - jangan memakai aksesori yang sarat kerana ia akan menenggelamkan tubuh. Warna cerah adalah sesuai kerana warna gelap akan membuatkan kamu kelihatan kecil. Pilihlah juga baju yang bermotifkan bunga atau corak yang besar.
  • Kamu yang berkulit gelap - hindari warna-warna kusam seperti hitam dan coklat gelap. Pilihlah warna-warna lebih cerah seperti biru atau ungu muda untuk lebih menarik.
  • Kamu yang berkulit putih - sesuai menggayakan apa jenis warna, terutamanya warna- warna yang terang dan ceria.

Kelebihan Bersujud



Kelebihan yang diperolehi ketika bersujud:
  • Melegakan sistem pernafasan
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan
  • Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
  • Memudahkan tidur
  • Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba