Wednesday, November 23, 2011

Info Tentang Laut Mati





  • Terletak 423 meter di atas paras laut dan diiktiraf yang terendah di dunia
  • Mempunyai kedalaman sehingga 377 meter
  • Diiktiraf air termasin di dunia selain daripada Tasik Assal, Djibouti; Teluk Garabogazkol, Turkmenistan dan McMurdo Dry Valleys, Antartika
  • Mempunyai kandungan garam sehingga 33.7 peratus, iaitu 8 kali ganda air laut biasa
  • Kandungan garam yang tinggi menyebabkan tiada hidupan laut di dalamnya
  • Ketumpatan garam yang tinggi juga menyebabkan sesiapa sahaja akan terapung jika berenang di dalamnya
  • Pada tahun 2009, dianggarkan 1.2 juta pelancong telah melawat Laut Mati

Thursday, November 17, 2011

Minyak Zaitun

          

            Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resepi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun 'light' (ringan), 'virgin' (dara) dan 'pure' (tulen).
           Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tinggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.
           Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tapi pada suhu sederhana.
            Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.

Saturday, November 12, 2011

Fakta Haji 1432 Hijrah




         Ibadat haji di Tanah Suci Mekah disifatkan sebagai perhimpunan tahunan yang paling besar di dunia. Berikut adalah beberapa fakta tentang ibadat tersebut :
  • Dianggarkan 2.5 juta jemaah berhimpun untuk menunaikan haji di Mekah pada tahun ini dengan 1.8 juta jemaah adalah jemaah luar dari seluruh dunia. Sementara 700,000 hingga 800,000 jemaah lagi adalah dari Arab Saudi sendiri.
  • Setiap negara Islam mempunyai kuota haji, iaitu 1,000 jemaah bagi setiap sejuta penduduk dengan jumlah yang paling ramai iaitu 200,000 orang jemaah adalah dari Indonesia sebagai negara yang paling ramai jumlah penduduk Islam di dunia.
  • Kerajaan Arab Saudi mengerah seramai 63,000 anggota keselamatan untuk mengawal sepanjang musim haji. Ini termasuklah 3,500 polis anti rusuhan, 450 buah kereta kebal, 22,000 orang anggota tentera dan 6,000 buah kenderaan polis dan tentera.
  • Sebanyak 1,500 sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kebanyakan lokasi di Masjidil Haram dan 29 buah stesen polis dibuka di sekitar masjid itu.
  • Seramai 20,000 orang pekerja kesihatan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian kecemasan dan 5 buah helikopter penyelamat turut disediakan bagi membantu para jemaah.
  • Terdapat lebih dari 12,000 pembimbing haji lelaki dan wanita atau lebih dikenali sebagai mutawwif bertugas membantu para jemaah sepanjang musim haji.
  • Masjidil Haram yang terletak di tengah-tengah Kota Mekah dan terdapat bangunan Kaabah di tengah-tengah masjid yang berukuran saiz 368,000 meter padu, dapat menampung sehingga 1.5 juta jemaah untuk beribadat di situ.
  • Bangunan Kaabah yang dibina di atas batu jubin dan diperbuat daripada batu granit mempunyai pintu yang bersadurkan 280 kg emas padu. Bangunan Kaabah itu dilitupi dengan kelambu (kiswah) yang diperberbuat dari fabrik sutera. Ia diperbaharui setiap tahun setiap kali tiba musim haji, bersulamkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menggunakan 150 kg benang emas dan perak.

Thursday, November 3, 2011

Tip Penjimatan Petrol

           Hehehe...hari ni rasa dah okey sikit. Fikiran dah jelas balik dan hati pun dah tenang sikit. Sikit la...Okey la tu...letih pulak nak sedih lama-lama. Sebenarnya kesibukan pun banyak membantu. Bila macam-macam kerja yang dibuat takde la nak fikir yang bukan-bukan ni.
           Mmm ni ada tip untuk jimatkan petrol. Rasanya ramai yang dah tau ni, tapi takpe la...saja-saja nak kongsi...

  • Isi petrol ketika suhu tidak panas - waktu yang ideal adalah waktu pagi dan malam. Ini kerana pada suhu ini , isipadu petrol lebih padat kerana pam petrol hanya mengukur isipadu bahan bakar dan bukan ketumpatannya. Jadi secara teknikalnya, petrol yang didapati lebih banyak berbanding pada waktu tengahari
  • Periksa tekanan tayar kenderaan - keadaan tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk setiap PSI di bawah tekanan sebenar.
  • Memperlahankan kenderaan - Kenderaan yang dipandu pada atau lebih dari 110km/jam akan menggunakan 20% lebihan petrol berbanding kelajuan 90 sehingga 100km/jam.
  • Elakkan penggunaan pendingin udara yang kerap - pendingin hawa mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 10% sehingga 20%
  • Jangan memandu dengan cermin terbuka - ketika memandu pada kelajuan yang tinggi seperti di lebuh raya, jangan buka cermin kenderaan kerana ia mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 10% akibat rintangan angin.
  • Jangan membiarkan enjin hidup terlalu lama tanpa bergerak - walaupun pada suhu sejuk, jangan membiarkan enjin hidup terlalu lama tanpa gerakan kerana ia akan menyebabkan penggunaan lebihan petrol.
  • Elakkan menggunakan gear rendah - Tingkatkan had laju dengan segera, jangan hanya menggunakan gear lima di lebuh raya sahaja.
  • Kurangkan bebanan pada kereta - Tinggalkan barang-barang yang tidak diperlukan. Bebanan hanya akan mengurangkan tahap kecekapan kenderaan dan mengakibatkan penggunaan petrol berlebihan.