Sunday, October 23, 2011

Lelaki Yang Dipastikan Masuk Syurga

            Pada suatu malam Rasulullah S.A.W telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal Madinah.

" Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga." kata Nabi Muhammad S.A.W.

" Lelaki ini penghuni syurga tersebut," kata Nabi Muhammad  pada jemaah yang hadir untuk sembahyang Isyak. Di antara yang hadir itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadah lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bukanlah orang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak terlihat hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi memperkenalkannya dia sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Adakah Rasullullah hendak bergurau?

Malah yang lebih mengagumkan lagi, bukan pada malam itu sahaja Rasulullah mengatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. Sebab esoknya baginda masih berbuat demikian.

Maka para sahabat semakin tertarik untuk menyelidiki ibadah lelaki tersebut. Apakah dia hanya berlagak biasa di masjid tapi di rumah dia selalu berzikir dan berdoa? Atau dia begitu tulus sehingga ibadahnya tidak diketahui orang lain.

Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan keinginannya apabila Rasulullah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi. Selesai solat Isyak berjemaah, Abdullah segera keluar dan mengikuti lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat tingkah laku Abdullah lalu bertanya :

" Kenapa engkau tergesa- gesa?"

" Jika engkau mengizinkan, aku ingin menjadi tamumu malam ini," kata Abdullah.

" Sungguh senang hati saya kerana saudara mahu bermalam di rumah saya," jawab lelaki tersebut hairan.

" Saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasulullah memperkenalkan sebagai orang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadah saudara kerana saya ingin masuk syurga'" jawab Abdullah.

" Tapi saya tidak melakukan ibadah lain selain ibadah yang saudara lihat," jelas lelaki itu.

" Tapi saya ingin menginap di rumah saudara."

" Kalau begitu silakan ke rumah saya," jawab lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dapat menyelidiki ibadah lelaki tersebut. Apabila sampai di rumah lelaki tersebut, Abdullah telah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadah lelaki tersebut. Dia ingin mengintai dan memasang telinga dengan berhati- hati.

Menurut Anas bin Malik, setelah tiga hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut, tidak ada hal istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tidak pernah berzikir dan sembahyang tahajud pun tidak.

Pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia pura- pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyenyak...tapi dia terjaga tengah malam. Namun tidak ada ibadah yang dilakukan lelaki itu selain memusing badan dan mengucap kalimat 'Ya Allah' kemudian meneruskan tidurnya.

Begitulah yang terjadi pada malam seterusnya hingga tiga malam berturut- turut. Kerana Abdullah tidak melihat lelaki itu melakukan berbagai ibadah khusus pada malam hari, maka Abdullah berfikir mungkin ada kelebihan tertentu yang dimiliki lelaki tersebut sampai membuatnya mulia. Abdullah lalu bertanya kepada lelaki tersebut sebelum dia meninggalkan rumah.

" Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui kelebihanmu. Sudilah saudara memberitahu supaya saya juga boleh ke syurga," kata Abdullah.

" Tidak ada ibadah lain melainkan apa yang saudara lihat," jawab lelaki itu bersungguh- sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, Abdullah pun tidak bertanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut. Sebelum Abdullah pergi, lelaki itu memanggilnya seraya berkata :

" Saudara....memang tidak ada ibadah lain melainkan apa yang engkau lihat. Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun," jelas lelaki itu.

" Inilah sikap terpuji pada dirimu. Maka aku tidak akan mencela sesiapa pun. Terima kasih kerana telah memberi petunjuk yang berguna kepadaku," ujar Abdullah dengan gembira sambil pergi meninggalkan lelaki ahli syurga tersebut.

Sunday, October 9, 2011

Teringat Masa Dulu

           Sekarang ni tengah demam K-Pop...Beast, Super Junior...anak-anak buah saya suka sangat la tu lagu-lagu Korea ni.. bila diorang bercerita tu, saya angguk je la...hehehe
           So teringat pula demam boyband yang melanda time sekolah dulu...yang saya minat Backstreet Boys, Boyzone, 911, Five, ..pas tu kat U pulak Westlife la yang paling famous...malam-malam asal boring je study dok ngadap video klip diorang lak...ohh saya suka lagu2 Blue gak..
           Lagu-lagu yang best, tak jemu didengar...paling best suara Ronan Keating (Boyzone) dengan suara Gary Barlow (Take That)...
          Rasanya sah bebudak sekarang tak kenal diorang...bila saya tunjuk dua tiga lagu kat youtube tu, Sabrina pun bertanya ' abis tu sekarang ni diorang dah tua la ye?'
           Huh?????

Boyzone

Westlife

Blue