Monday, September 26, 2011

Penilaian Akhir Tahun

           

           Hmm...bunyinya macam nak ambil exam je kan...hehe tak la....actually dalam seminggu ni busy menilai budget...huks....duit insurans ngan road tax ' si bujang' kena disiapkan hujung tahun ni...ada la dalam RM700 lebih...nampak gayanya kena berjimat cermat tahap extra ni...
           Pas tu dok kira segala hutang-hutang yang ada...alahaii...loan kereta and loan ptptn ni aje pun dah cukup buat nafas ni sesak...bertahun-tahun lagi baru nak langsai....tu belum masuk segala macam bil ngan perbelanjaan lain lagi...ish...pening...pening...Kadang-kadang ada gak berangan kot la dapat menang peraduan hadiah cash RM50,000.. hmm senang dah hidup ni 
           Takpe la..macam mana pun hutang tetap kena bayar ye tak? pandai-pandai la live within the budget...yang penting kita tak ambil duit orang, tak susahkan sesiapa kan? kan?
          

Sunday, September 25, 2011

Lagu Best

Khasiat Buah Kiwi


           Buah kiwi ni asalnya banyak tumbuh di negara China. Di sana ia lebih dikenali sebagai Yantao/ Chinese Gooseberry. Kini ia banyak tumbuh di New Zealand dan diberi nama kiwi berdasarkan burung kiwi. Kulitnya berbulu halus berwarna coklat, manakala isinya berwarna hijau muda dan berbiji hitam halus membulat di bahagian tengahnya membentuk corak bunga.

           Disebabkan kecantikannya, buah kiwi sering dijadikan hiasan untuk manisan, kek, puding dan agar-agar. Boleh juga dimakan segar seperti buah-buahan yang lain atau sebagai hidangan salad. Kulitnya perlu dikupas terlebih dahulu atau pun belah sahaja dan ceduk dengan sudu.
           Selain cantik sebagai hiasan buah kiwi juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Kandungan seratnya 4 kali ganda lebih banyak daripada anggur untuk mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Secawan buah kiwi mampu membekalkan magnesium, potassium dan serat. Gabungan ketiga-tiganya menjadi kunci untuk mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Selain itu ia juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi di mana buah kiwi yang bersaiz sederhana boleh membekalkan sebanyak 75mg vitamin C.

Istilah Memotong Bahan Dalam Masakan

            Entry kali ni pasal maksud istilah memotong bahan dalam masakan...bukan istilah bercinta ye...hehe..
  • Julienne - hiris panjang atau berjurai
  • Brunoise - potongan segi empat kecil-kecil
  • Kiub/dadu - potongan segi empat besar sedikit
  • Potong gelang - biasanya digunakan untuk memotong bawang besar secara membulat kemudian diceraikan hingga menjadi bentuk gelang
  • Potong baji - biasanya digunakan untuk memotong sayuran buah yang bulat seperti tomato dan kentang dengan cara membelahnya kepada 4 atau 8 bahagian dan setiap keping berbentuk seperti mata kapak atau baji
  • Mayang - dihiris
  • Potong bulat/ hiris bulat - sering digunakan untuk memotong kentang, tomato atau bawang besar yang dipotong secara membulat. Kalau dikatakan potong bulat bermakna tebal sedikit dan hiris bulat pula agak nipis sedikit
  • Diketuk - biasanya digunakan pada serai, halia dan lengkuas cuma untuk mengambil baunya di dalam masakan, dengan cara diletakkan dalam lesung batu kemudian diketuk sekali dua dengan anak lesung sekadar pecah tetapi tidak sampai hancur
  • Dicincang - dalam hidangan cina atau seseparuh hidangan barat mereka tidak menggunakan lesung batu untuk menumbuk bawang tetapi dicincang-cincang dengan pisau berat memanjang dan melintang hingga hancur atau ditekan dengan pisau lebar hingga pecah-pecah kasar

Sunday, September 4, 2011

Mudarat Makan Berlebihan

           Actually masa bulan puasa itu hari dah ada dah artikel ni, dapat dari Utusan Malaysia. Rasanya ni masa yang sesuai kot nak share artikel ni, hehe maklumlah sekarang kan musim raya...kita pun banyak ziarah menziarahi dan menghadiri open house...yang sebenarnya ni untuk peringatan diri saya sendiri gak...huhu

10 kemudaratan berpunca dari makan berlebihan :

 1) Hati menjadi keras
          Makan banyak bukan sahaja akan menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

2) Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
          Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.
          Sebaliknya apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya rangsangan makanan.

3) Melemahkan fikiran
          Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang dismpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al- Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.

4) Mengurangkan ibadat
          Perut yang berlebihan kenyang akan menjadikan badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

5) Menghilangkan kemanisan beribadat
           Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
           Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

6) Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
          Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al- Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
          Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras , tanpa penat lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

7) Menyibukkan hati dan badan
         Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediannya sehinggalah selesai.
         Imam al- Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai  menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadhan, suasana pada siang harinya tenang.

8) Bebanan urusan akhirat
         Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
         Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

9) Kurangnya ganjaran pahala di akhirat
         Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan d dunia.
         Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

10) Tertahan di Padang Mahsyar
       Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di Padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

So kesimpulannya...bersederhanalah kita....