Tuesday, June 28, 2011

Aturan Menjenguk Orang Sakit

Artikel ni dipetik dari buku 'Malam Pertama di Alam Syurga' karya Abu Zarif Zihan...

Bila kita melawat orang yang sakit, apa yang boleh kita buat adalah:

  • jangan duduk terlalu lama kerana perbuatan ini boleh mengganggunya
  • ketika berada di sisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya, kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang
  • hendaklah kita doakan agar sembuh dengan menyebut: "semoga Allah menyembuhkan...."(sebutkan namanya)
  • doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang yang beriman supaya yang sakit itu tidak merasa gelisah terhadap sakit yang dialaminya
  • berikan nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, 'Sabarlah....sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata kerana ketakwaan seseorang terhadap Allah, kerana sakit ini juga seseorang memperoleh pahala yang banyak
  • jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang dihidangkan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala menjenguk itu.
  • sunat dibacakan doa untuknya seperti berikut: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang meyembuhkan tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu juga, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga."
 (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)