Friday, April 29, 2011

Hero Baru Kak Azi

           Emm dalam dua hari lepas, saya ada melawat ex colleague saya Kak Aziah yang baru je melahirkan anak ketiga 27 Januari lalu. Kak Azi ni dah ada dua anak lelaki sebelum ni, Khairul Ismail ,4 tahun dan Khairul Irsyad ,2 tahun. Anak yang ketiga ni pun lelaki juga, namanya Khairul Imran. Memang la comel sangat-sangat. Kawan saya Siti Shazalina pun ada sama. Dia ni la Shaz Alina yang rajin bagi komen dalam blog saya ni =D . Tapi yang sedihnya masa ni la kamera saya buat hal, nak kena tukar bateri pula. Jadi foto yang dapat diambil sikit je la. Foto saya pun tak ada...
           Imran ni tak meragam pun bila Shaz ambil dia. Relax aje. Suka tengok dia senyum senyum bila kena agah. Wah meriah rumah Kak Azi ada tiga hero ni. Sesekali dapat jumpa Kak Azi dan Shaz ni memang la seronok ...banyak rasanya nak dibualkan...Insya Allah ada masa kita jumpa lagi ye...


      Kak Azi tetap cun..dulu,kini dan selamanya
                                          

Senyap je Imran dalam pangkuan Acik Shaz


Acik Shaz, bila nak bawa saya jalan-jalan naik Avanza...


Ni Ismail, hero yang sulung


Ni Icad, yang nombor dua


Shaz, raya tahun ni budget duit raya tu kena lebih sikit ye...dah ada si kecik yang baru ni  =D


Thursday, April 28, 2011

Kad Kredit Oh Kad Kredit

           Kepada sesiapa yang nak memohon kad kredit tu, ini adalah garis panduan dan syarat baru melibatkan kad kredit oleh Bank Negara :

  1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini
  2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja 
  3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan 
  4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan
  5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar. Contoh, jika pendapatan tahunan anda RM36,000, maka pendapatan bulanan anda adalah RM3000, had maksimum kredit anda adalah RM3000 sahaja
  6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan, diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baru ini
Sumber: Mingguan Wanita.

Saya kad kredit ni memang tak ada, yang ada kad Tesco  =D

Sunday, April 24, 2011

Nasi Arab Damsyik

          Ahad lepas kami pergi makan di Nasi Arab Damsyik. Kakak ipar saya, Kak Liana yang belanja sebab dapat bonus. Alhamdulillah...nak harap saya belanja entah bila...lagipun nak keluar malam ni memang malas..sebab bila malam macam kurang nampak bila memandu...ala ala silau pun ye...sudahnya bawa perlahan je...tapi tempatnya pun tak jauh...dekat dengan Pusat Dakwah Paroi...sebelah kiri jalan yang menghala ke Senawang tu...emm ok la sedap juga masakannya....makan nasi arab ayam, nasi arab kambing, sate...layanan pun bagus..
.

Dah sampai

Muhammad

Ni Kak Liana yang baik hati membelanja

Nasi Arab Ayam. Yang kambing belum sampai

Ni abang

Nini yang paling akhir habis makan...kenyang tahap sepuluh

Sabrina boring je...dia tak minat makan ni..dia kalau fast food suka la..

Lain kali boleh pergi lagi... : )







Friday, April 22, 2011

Personaliti Diri

Jom lihat jenis personaliti kita yang berkaitan dengan unsur alam semula jadi...

AIR
  • tenang dan bijak. Walaupun kadang-kadang kamu agak keras kepala, namun kamu sebenarnya adalah seorang yang kreatif.
BUMI
  • easygoing, supportive, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Sahabat yang baik dan setia. Ada kalanya kamu takut membuat keputusan kerana ingin menjaga hati banyak pihak
KAYU
  • dramatik dan berani. Ada kalanya orang menilai kamu sebagai seorang yang outspoken dan gemar melawan.
API
  • mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi serta yakin pada diri. Kadangkala kamu seorang yang sukar untuk  diduga dan selalu bersedia menghadapi segala kemungkinan.
BESI
  • elegan dan well-mannered. Ada kalanya kamu dilihat dingin dan ada kalanya hangat. Kombinasi ini menjadikan personaliti kamu menarik.

Monday, April 18, 2011

Kucingku Sayang

      Walaupun saya tak pernah menulis tentang kucing, tapi ada juga ye peminat kucing yang lawat blog saya ni. Terima kasih ye...mana tau saya pun peminat kucing? mesti dari shaz alina ni... : )
      Sebenarnya saya sayang semua haiwan...bagi saya mereka pun berhak hidup selesa di muka bumi ni...kesian juga tengok haiwan liar yang hilang tempat tinggal sebab hutan ditebang...penyu yang nak pupus...isk isk...tapi kucing paling istimewa la sebab dari kecilk bela mereka..
       Mmm mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak tulis pasal kucing...kalau tulis secara umum contohnya tentang penjagaan kucing mungkinla nanti, tapi kalau cerita tentang kucing peliharaan tak laa...saya tak nak cerita pasal kucing peliharaan saya, takut kalau jadi apa apa pada mereka, sedih nanti...


       Bagi saya kucing ni teman yang setia, walaupun saya ni banyak kekurangan tapi mereka tak kisah, sayang juga kat saya...rasa terharu bila balik kerja disambut mereka, rasa ada la yang sayang kat saya ni..huu..  setiap kucing yang pernah saya bela adalah istimewa, ada kenangan masing-masing...semuanya tak boleh dinilai dengan wang ringgit..     
        Ada juga kucing yang saya bawa balik rumah. Kalau kat rumah, mana-mana kucing yang singgah, jenguk-jenguk kat pintu tu akan diberi makan jugak. ...harap-harap murah la rezeki, dapat juga ktolong budak-budak terbiar ni... meow meow  : )

Saturday, April 16, 2011

Aktiviti Masa Lapang

         Wahh...lamanya tak dapat buka internet...dekat sini dah dekat seminggu bila petang je dah mula hujan renyai-renyai..kalau tak hujan pun angin kencang...memang tak ada signal broadband ni. Tak dapatla buka internet nak update blog ni..emm  bila dah tak dapat surf internet, nak buat apa ye selain membaca dan dengar radio...lagipun sekarang dah jarang tengok tv...jadi 4 hari lepas pergi MPH dan beli buku ni...tadaa...BRAIN TRAINER...



memang best buku ni...dalamnya ada segala macam teka-teki, silang kata, sudoku, apa lagi... cari perkataan, tafsir kod...kira semua ada la...ralit je bila buat benda ni...rasa bergerak la juga otak ni...





Kadang-kadang sampai tertidur dibuatnya..tapi ok la terisi juga masa kan : )

Friday, April 8, 2011

Saiz Hidangan Makanan

       
         Kali ni saya nak kongsi panduan tentang pemakanan.  Kita telah disarankan supaya makan mengikut panduan piramid makanan. Karbohidrat kena makan 8-12 hidangan sehari, protein 2-3 hidangan sehari, buah dan sayur 5 hidangan (makan banyak), dan produk tenusu 1-2 hidangan sehari. Tapi terfikir jugak banyak mana sebenarnya yang dimaksudkan dengan '1 hidangan' tu? Jom kita tengok contohnya:


Bijirin dan hasil bijirin
  • 1 keping roti
  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 cawan bihun/mi
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 1 biji kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut krim kraker
Sayur-sayuran dan buah-buahan
  • 1/2 cawan sayur berdaun hijau
  • 1/2 biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 biji pisang saiz sederhana
  • 1 hiris betik/ nanas/tembikai

Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung saiz sederhana
  • 5 sudu besar ikan bilis tanpa kepala
  • 1 cawan kekacang kering
Susu dan hasil tenusu
  • 1 gelas susu segar
  • 1 keping keju


Jadi harap-harap boleh jadi panduan buat kita semua...
       

Tuesday, April 5, 2011

Port Dickson

           Bulan lepas saya, abah, mak dan keluarga abang ada pergi Port Dickson. Tapi baru sekarang rasa nak tulis di sini. Tak banyak ambil gambar pun sebab rasa tak selesa. Sebab sepanjang pantai Teluk Kemang tu diletak kerusi untuk disewa jadi kami pun tercari-cari tempat nak bentang tikar. Takkan nak berkelah dalam laut kot. Nasib baik ada ruang kosong sikit dapat la duduk situ. Cuma rasa tak seronok la sebab ingat nak berehat tengok laut tapi penuh dengan kerusi aje.  Hmm...nampaknya lepas ni tak datang sini lagi la...sebab kita datang jauh-jauh takkan nak bayar pula untuk berehat kat pantai kan...Kalau datang PD lagi lepas ni  kena cari port lain la...


Muaz dan Muhammad yang sentiasa happy


Ceria lepas mandi laut


Pose istimewa dari Aisyah : )






















        Ambil gambar dari tempat yang sama aje...tak pandai ambil pun sebenarnya...main snap aje...masa datang kami ikut tol tapi masa balik ikut jalan Pengkalan Kempas. Abah saja nak tengok-tengok pemandangan kampung tepi jalan. Jalan tu bengkang- bengkok, tapi okeylah boleh juga tajamkan kemahiran memandu...best juga ikut jalan tu sebab tak banyak kenderaan pun... Tapi abang balik ikut tol la sebab dia bawa anak-anak kan... yang penting budak-budak tu happy dapat mandi laut  : )



Sunday, April 3, 2011

Melawat Uya-Uya di Citypark

        Hmm..rasanya dah lama tak menulis di sini..sebenarnya dilanda stress sikit..biasalah bila fikir pasal masa depan ni memang hati tu rasa sayu aje...lepas tu tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat pada Uya-Uya. Jadi semalam ajak Ain pergi Citypark sekejap.
        Pada yang tak tau, Uya-Uya tu ialah kura-kura yang pernah saya bela masa menyewa dulu. Masa tu tuan sebenarnya ialah An housemate saya. Tapi sebab An selalu balik lambat sebab kerja jauh jadi saya pun tolong jaga Uya-Uya ni. Bagi makan, mandikan hari-hari dan main dengan dia. Ain pun tolong juga. Bila An bagi betul-betul Uya-Uya ni kat saya sebab dia nak pindah, saya pun lepaskan Uya-Uya kat Citypark ni. Sebab rasanya itulah yang terbaik...biar dia hidup bebas kat habitat semulajadi...


Mungkinkah yang ini Uya-Uya?


Yang dua ekor ni bergaduh ke? pandang lain arah : )


Besarnya ikan ni...


Ain setelah selesai misi bagi ikan dan kura-kura makan









      Tak taulah yang mana satu Uya-Uya. Banyak sangat kura-kura kat sini. Tapi yang penting rasanya
 Uya-Uya pun bahagia kat sini. Kawan-kawan pun ramai, lagipun dapat berenang puas-puas. Mesti dia pun dah besar sebab dah setahun lepaskan dia. Semoga Uya-Uya selamat,sihat dan gembira selalu...Aminn : )