Sunday, February 27, 2011

Cara sebutan yang betul untuk jenama terkenal

            Bila membaca majalah atau pergi ke pasaraya, kadang-kadang saya sukar untuk menyebut (pronounced) sesuatu jenama terkenal. Bukanlah maknanya saya ni membeli barangan berjenama, tapi untuk pengetahuan am aje. Sebutan  bagi sesetengah jenama adalah berlainan dengan ejaan sebenarnya. Kalau salah sebut, segan juga...Jadi sebutan yang betul untuk jenama di bawah (dari majalah CLEO) sebenarnya ialah:

  • Herme's                      =         air-mez
  • Christian Louboutin     =         kree-styaan lu-bu-tahn
  • Yves Saint Laurent      =         eef-song lor-hon
  • Lanvin                         =         lon-vahn
  • Louis Vuitton               =         loo-wee vee-thon
Haa...tak sangka kan...tapi yang Yves Saint Laurent tu kalau susah sangat sebut YSL saja boleh kot...jadi lepas ni tak ada masalah lagi lah kan  : )

Sunday, February 13, 2011

Amalan Pemakanan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum...
hari ni semasa sedang mengemas,saya terjumpa buku 'Memasak Itu Mudah' karya Rohayati Bakri. Dah lama saya beli buku ni dalam 2 tahun lepas. Jadi saya nak berkongsi artikel dalam buku ni iaitu amalan pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Antara perkara yang baginda elakkan dalam pemakanan seharian adalah elakkan makan:

a) SUSU bersama DAGING
b) SUSU bersama IKAN
c) SUSU bersama AYAM
d) SUSU bersama CUKA
e) SUSU bersama BUAH
f)  IKAN bersama TELUR
g) IKAN bersama DAUN SALAD
h) IKAN bersama DAGING

         Nabi melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Ahli sains menemui dalam badan ayam tedapat ion positif, manakala dalam ikan terdapat ion negatif. Apabila dalam satu suapan terdapat ayam bercampur dengan ikan, tindak balas kimia yang berlaku boleh merosakkan usus.
        Bila saya membaca buku ni, barulah saya sedar apa yang elok dan tidak elok diamalkan dalam pemakanan kita. Tapi kadang-kadang terlupa juga. Walau bagaimanapun, cuba elakkan sedapat yang boleh. Sebab  kalau tidak serta merta, takut bila kita dah berusia nanti akan terlihat kesannya. Oleh itu, eloklah kita menjaga kesihatan dari sekarang.