Saturday, January 29, 2011

Tips berjimat cermat

Assalamualaikum...ini adalah catatan saya yang pertama.Memandangkan kita masih berada dalam bulan Januari,jadi mood tahun baru itu rasanya masih ada lagi.Jadi apa kata saya menulis tentang tips berjimat cermat.
Seelok-eloknya pada awal tahun ini kita senaraikan perbelanjaan yang perlu disediakan sepanjang tahun.Contohnya perbelanjaan hari raya,insurans kereta,servis kereta dan lain-lain lagi.Peningkan...harap-harap dapatla bonus tahun ni...tapi ada juga beberapa cara mudah untuk berjimat...

1) Apabila makan di luar,daripada memesan air manis apa kata tukar sahaja kepada air suam atau ais kosong.Bukan sahaja jimat,malahan baik untuk kesihatan.Bukankah elok kurangkan pengambilan gula yang kita ambil..Bayangkan jika setiap kali makan tengahari kita memesan air sirap yang berharga RM1 contohnya,kalau seminggu?sebulan?haa kan banyak boleh jimat tu..

2) Rancang perjalanan anda.Selain dapat menjimatkan petrol, dapat juga menjimatkan masa.Contohnya pada hari Ahad, bolehlah ke bank untuk bayar duit kereta bulan itu sebelum ke pasar.Atau dalam perjalanan balik kerja,bolehlah singgah sebentar di pasaraya untuk membeli barang keperluan. Jadi tidaklah perlu keluarkan kereta banyak kali.

3) Belilah barang keperluan dalam pek besar dan banyak. Contohnya pelembut kain, sabun basuh,ubat gigi,shampu,shower gel..Ini kerana barang-barang seperti ini lebih murah jika dibeli dalam pek besar. Silap-silap ada hadiah percuma lagi. Jika dibeli dalam pek besar sudah tentu tahan lebih lama dan ini akan mengelakkan kita daripada kerap ke pasaraya untuk membeli. Bayangkan jika kita keluar untuk membeli sabun basuh yang dah habis, tapi bila balik barang-barang penuh di kiri kanan tangan...maklumlah dah nampak macam-macam di pasaraya tu...

4) Sediakan tabung untuk menyimpan duit syiling. Setiap hari, simpan baki duit syiling yang ada. Tapi asingkanlah untuk duit parking dan sebagainya. Kalau semua disimpan susah juga...Dua bulan sekali misalnya,cuba kira duit dalam tabung tu...tentu anda tak sangka banyak sebenarnya...haa bolehlah disimpan dalam bank. Tapi sebelum ke bank, pastikan duit syiling itu diasingkan mengikut jenis dan diletak dalam plastik (contohnya syiling 50 sen dalam satu plastik, syiling 20 sen dalam plastik lain) dalam kiraan genap.Ini untuk memudahkan ia dimasukkan ke dalam mesin untuk dikira.



Inilah antara cara-cara mudah untuk berjimat. Kalau diamalkan satu atau dua cara di atas, memang akan nampak hasilnya. Tak percaya cuba dulu, paling tidak pasti ada berlebih duit RM20 atau RM30 sebulan...=D