Friday, December 23, 2011

Dah Jadi Ahli MNS

           Baru-baru ni, saya daftar jadi ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society). Saya memang interested dengan aktiviti yang berkaitan alam sekitar ni. Macam tanam pokok ke, bersihkan pantai ke...so dah lama survey persatuan mana yang sesuai, saya pun pilih mns ni. Bila buka laman webnya, memang sentiasa update dan  banyak sangat aktiviti, tinggal lagi terpulang pada kita nak join atau tak.
            Tapi, tahun depan saya tak banyak masa lapang sangat. So, rasanya yang dapat pergi, maybe 'Raptor Watch' yang akan diadakan Mac tahun depan kat PD. Yang lain tu, kena tengok masa dan tempatlah jawabnya. huu

        Tampal sticker kat si bujang hehehe Smiley

Sunday, December 11, 2011

Pilih Yang Mana?

Ni ada kuiz cinta dari majalah REMAJA. Cewahhh...So sebelum majalah ni dijual untuk di 'recycle', lebih baik selamatkan tulisan yang menarik ni. Tapi kuiz ni untuk yang single je ek hehehe

Baca situasi di bawah :

Ada 5 perkara yang berlaku secara serentak iaitu :

A. Cerek air berbunyi tanda air yang dimasak sedang mendidih di dapur
B. Air di dalam mesin basuh melimpah
C. Adik kamu yang masih bayi menangis
D. Telefon bimbit berdering
E. Ada orang menekan loceng rumah
F. Hujan turun membasahi pakaian di ampaian

Soalan :
Antara 5 situasi berikut, yang mana kamu akan lakukan terlebih dahulu? Jawapan kamu akan memcerminkan pasangan yang kamu inginkan.


Jawapan A
  • Jika keutamaan kamu adalah A, ertinya kamu amat mementingkan keselamatan dan suka menyelesaikan masalah di peringkat awal. Lantaran itu kamu memilih untuk menutup air di dapur kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini seperti kebakaran. Sikap ini mencerminkan keinginan kamu yang mendambakan pasangan yang boleh melindungi agar kamu berasa selamat berada di sisinya. Kamu juga amat mengharapkan kekuatan atau kelebihan dirinya untuk membimbing kamu di masa hadapan. Dalam erti kata lain, kamu memerlukan sokongan dan kata- kata semangat yang tidak berbelah bagi daripadanya. Andai berlaku pertengkaran, kamu harapkan pasangan segera memujuk dan menyelesaikan masalah bersama, malah kamu tidak suka pasangan membuatkan kamu terluka atau memendam rasa.
Jawapan B
  • Pilihan B membawa maksud kamu tidak suka membazir. Bagi kamu, harta dan wang ringgit perlu dijaga dan diguna sebaik mungkin. Begitu juga prinsip kamu dalam percintaan, kamu seorang yang mementingkan materialistik, bagi kamu wang serta harta dapat menjamin masa depan yang cerah dan membahagiakan kamu. Lantaran itu, kamu amat mengharapkan pasangan kamu dapat memenuhi keperluan dan kehendak kamu dengan menyediakan segala kemudahan serta kesenangan hidup. Kamu jenis yang tidak mahu hidup susah dan amat bergantung kepada pasangan. Walaupun begitu golongan ini mempunyai kelebihan kerana bijak merancang perbelanjaan, berjimat cermat dan menyimpan wang.
Jawapan C
  • Golongan yang memilih untuk memujuk adik agar berhenti menangis menunjukkan kamu sangat prihatin dan mementingkan kasih sayang dalam sesebuah perhubungan. Dalam hubungan percintaan, kamu dikategorikan seorang yang manja dan suka dibelai. Kamu sangat berharap pasangan sentiasa mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang kepada kamu. Bagi kamu, cinta adalah kunci kebahagiaan dan kamu tidak jemu menyemai kasih sayang bersama si dia. Pasangan yang menjadi pilhan kamu semestinya individu yang mementingkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan.
Jawapan D
  • Ia mewakili sikap kamu yang peka dan mementingkan budi bahasa. Kamu juga mempunyai kelebihan dalam komunikasi, pandai bergaul dan mudah didekati. Jelas di sini, kamu amat mengambil berat tentang tujuan pemanggil dan tidak suka membuatkan orang lain tertunggu- tunggu. Dalam percintaan, kamu mendambakan pasangan yang bijak berkomunikasi, menjaga perlakuan serta berbudi bahasa. Kamu percaya komunikasi yang baik adalah rahsia mengekalkan keharmonian dalam hubungan istimewa. Sikap ini juga membongkar hasrat tersirat kamu yang inginkan pasangan bersikap terbuka dan sentiasa berdiplomasi dalam segala hal.
Jawapan E
  • Kamu amat memikirkan tentang diri orang lain berbanding diri sendiri. Kamu juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan cenderung menilai orang dari luaran. Kamu amat mementingkan rupa paras, personaliti dan penampilan pasangan. Pertama kali bertemu, kamu akan menilai luaran si dia dari cara dia berpakaian, berdandan dan membawa diri. Rupa paras pasangan menjadi keutamaan kamu sebagai teman hidup. Semestinya kamu menaruh harapan tinggi agar pasangan berpenampilan dan berpewatakan menarik. Kamu juga akan bangga jika pasangan memiliki rupa yang menawan.
Jawapan F
  • Golongan yang tidak suka melakukan kerja sia- sia akan bergegas mengangkat pakaian di ampaian. Kamu tidak rela melihat pakaian basah dalam sekelip mata kerana kamu berusaha keras membasuh, membilas dan menjemurnya sejak pagi. Kamu seorang yang bekerja keras dan aktif. Sesuai dengan personaliti kamu yang gigih berusaha dan tangkas, kamu juga mahukan pasangan yang ringan tulang dan sedia membantu di kala kamu susah serta senang. Kamu setia memberi sokongan padu kepada pasangan dengan harapan pasangan kamu akan bekerja keras merealisasikan impian bersama. Kamu juga mahukan pasangan yang kuat dari segi mental agar kamu dapat mengharungi dugaan demi dugaan.


Panduan Pemilihan Pakaian

Setiap pakaian akan memberikan impak berlainan di mana pemilihan corak, warna dan jenis baju memainkan peranan dalam menyerlahkan penampilan.
  • Kamu yang kurang tinggi - corak yang sesuai ialah corak menegak yang akan memberikan kesan tubuh kelihatan lebih tinggi. Leher juga seeloknya bebas dari aksesori untuk menjadikan tubuh nampak lebih tinggi. 
  • Kamu si tinggi lampai - lebih sesuai jika memakai baju yang bermotifkan bunga dan corak yang agak besar supaya nampak lebih cantik dan menarik.
  • Kamu yang badan berisi - elakkan memilih fesyen bercorak sarat kerana itu akan menampakkan bentuk badan yang lebih besar. Sebaiknya pilihlah corak berjalur lurus atau menegak yang akan membuatkan badan nampak lebih langsing.
  • Kamu si kecil molek - jangan memakai aksesori yang sarat kerana ia akan menenggelamkan tubuh. Warna cerah adalah sesuai kerana warna gelap akan membuatkan kamu kelihatan kecil. Pilihlah juga baju yang bermotifkan bunga atau corak yang besar.
  • Kamu yang berkulit gelap - hindari warna-warna kusam seperti hitam dan coklat gelap. Pilihlah warna-warna lebih cerah seperti biru atau ungu muda untuk lebih menarik.
  • Kamu yang berkulit putih - sesuai menggayakan apa jenis warna, terutamanya warna- warna yang terang dan ceria.

Kelebihan Bersujud



Kelebihan yang diperolehi ketika bersujud:
  • Melegakan sistem pernafasan
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan
  • Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
  • Memudahkan tidur
  • Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba

Wednesday, November 23, 2011

Info Tentang Laut Mati





  • Terletak 423 meter di atas paras laut dan diiktiraf yang terendah di dunia
  • Mempunyai kedalaman sehingga 377 meter
  • Diiktiraf air termasin di dunia selain daripada Tasik Assal, Djibouti; Teluk Garabogazkol, Turkmenistan dan McMurdo Dry Valleys, Antartika
  • Mempunyai kandungan garam sehingga 33.7 peratus, iaitu 8 kali ganda air laut biasa
  • Kandungan garam yang tinggi menyebabkan tiada hidupan laut di dalamnya
  • Ketumpatan garam yang tinggi juga menyebabkan sesiapa sahaja akan terapung jika berenang di dalamnya
  • Pada tahun 2009, dianggarkan 1.2 juta pelancong telah melawat Laut Mati

Thursday, November 17, 2011

Minyak Zaitun

          

            Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resepi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun 'light' (ringan), 'virgin' (dara) dan 'pure' (tulen).
           Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tinggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.
           Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tapi pada suhu sederhana.
            Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.

Saturday, November 12, 2011

Fakta Haji 1432 Hijrah




         Ibadat haji di Tanah Suci Mekah disifatkan sebagai perhimpunan tahunan yang paling besar di dunia. Berikut adalah beberapa fakta tentang ibadat tersebut :
  • Dianggarkan 2.5 juta jemaah berhimpun untuk menunaikan haji di Mekah pada tahun ini dengan 1.8 juta jemaah adalah jemaah luar dari seluruh dunia. Sementara 700,000 hingga 800,000 jemaah lagi adalah dari Arab Saudi sendiri.
  • Setiap negara Islam mempunyai kuota haji, iaitu 1,000 jemaah bagi setiap sejuta penduduk dengan jumlah yang paling ramai iaitu 200,000 orang jemaah adalah dari Indonesia sebagai negara yang paling ramai jumlah penduduk Islam di dunia.
  • Kerajaan Arab Saudi mengerah seramai 63,000 anggota keselamatan untuk mengawal sepanjang musim haji. Ini termasuklah 3,500 polis anti rusuhan, 450 buah kereta kebal, 22,000 orang anggota tentera dan 6,000 buah kenderaan polis dan tentera.
  • Sebanyak 1,500 sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kebanyakan lokasi di Masjidil Haram dan 29 buah stesen polis dibuka di sekitar masjid itu.
  • Seramai 20,000 orang pekerja kesihatan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian kecemasan dan 5 buah helikopter penyelamat turut disediakan bagi membantu para jemaah.
  • Terdapat lebih dari 12,000 pembimbing haji lelaki dan wanita atau lebih dikenali sebagai mutawwif bertugas membantu para jemaah sepanjang musim haji.
  • Masjidil Haram yang terletak di tengah-tengah Kota Mekah dan terdapat bangunan Kaabah di tengah-tengah masjid yang berukuran saiz 368,000 meter padu, dapat menampung sehingga 1.5 juta jemaah untuk beribadat di situ.
  • Bangunan Kaabah yang dibina di atas batu jubin dan diperbuat daripada batu granit mempunyai pintu yang bersadurkan 280 kg emas padu. Bangunan Kaabah itu dilitupi dengan kelambu (kiswah) yang diperberbuat dari fabrik sutera. Ia diperbaharui setiap tahun setiap kali tiba musim haji, bersulamkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menggunakan 150 kg benang emas dan perak.

Thursday, November 3, 2011

Tip Penjimatan Petrol

           Hehehe...hari ni rasa dah okey sikit. Fikiran dah jelas balik dan hati pun dah tenang sikit. Sikit la...Okey la tu...letih pulak nak sedih lama-lama. Sebenarnya kesibukan pun banyak membantu. Bila macam-macam kerja yang dibuat takde la nak fikir yang bukan-bukan ni.
           Mmm ni ada tip untuk jimatkan petrol. Rasanya ramai yang dah tau ni, tapi takpe la...saja-saja nak kongsi...

  • Isi petrol ketika suhu tidak panas - waktu yang ideal adalah waktu pagi dan malam. Ini kerana pada suhu ini , isipadu petrol lebih padat kerana pam petrol hanya mengukur isipadu bahan bakar dan bukan ketumpatannya. Jadi secara teknikalnya, petrol yang didapati lebih banyak berbanding pada waktu tengahari
  • Periksa tekanan tayar kenderaan - keadaan tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk setiap PSI di bawah tekanan sebenar.
  • Memperlahankan kenderaan - Kenderaan yang dipandu pada atau lebih dari 110km/jam akan menggunakan 20% lebihan petrol berbanding kelajuan 90 sehingga 100km/jam.
  • Elakkan penggunaan pendingin udara yang kerap - pendingin hawa mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 10% sehingga 20%
  • Jangan memandu dengan cermin terbuka - ketika memandu pada kelajuan yang tinggi seperti di lebuh raya, jangan buka cermin kenderaan kerana ia mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 10% akibat rintangan angin.
  • Jangan membiarkan enjin hidup terlalu lama tanpa bergerak - walaupun pada suhu sejuk, jangan membiarkan enjin hidup terlalu lama tanpa gerakan kerana ia akan menyebabkan penggunaan lebihan petrol.
  • Elakkan menggunakan gear rendah - Tingkatkan had laju dengan segera, jangan hanya menggunakan gear lima di lebuh raya sahaja.
  • Kurangkan bebanan pada kereta - Tinggalkan barang-barang yang tidak diperlukan. Bebanan hanya akan mengurangkan tahap kecekapan kenderaan dan mengakibatkan penggunaan petrol berlebihan.

Sunday, October 23, 2011

Lelaki Yang Dipastikan Masuk Syurga

            Pada suatu malam Rasulullah S.A.W telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal Madinah.

" Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga." kata Nabi Muhammad S.A.W.

" Lelaki ini penghuni syurga tersebut," kata Nabi Muhammad  pada jemaah yang hadir untuk sembahyang Isyak. Di antara yang hadir itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadah lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bukanlah orang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak terlihat hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi memperkenalkannya dia sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Adakah Rasullullah hendak bergurau?

Malah yang lebih mengagumkan lagi, bukan pada malam itu sahaja Rasulullah mengatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. Sebab esoknya baginda masih berbuat demikian.

Maka para sahabat semakin tertarik untuk menyelidiki ibadah lelaki tersebut. Apakah dia hanya berlagak biasa di masjid tapi di rumah dia selalu berzikir dan berdoa? Atau dia begitu tulus sehingga ibadahnya tidak diketahui orang lain.

Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan keinginannya apabila Rasulullah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi. Selesai solat Isyak berjemaah, Abdullah segera keluar dan mengikuti lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat tingkah laku Abdullah lalu bertanya :

" Kenapa engkau tergesa- gesa?"

" Jika engkau mengizinkan, aku ingin menjadi tamumu malam ini," kata Abdullah.

" Sungguh senang hati saya kerana saudara mahu bermalam di rumah saya," jawab lelaki tersebut hairan.

" Saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasulullah memperkenalkan sebagai orang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadah saudara kerana saya ingin masuk syurga'" jawab Abdullah.

" Tapi saya tidak melakukan ibadah lain selain ibadah yang saudara lihat," jelas lelaki itu.

" Tapi saya ingin menginap di rumah saudara."

" Kalau begitu silakan ke rumah saya," jawab lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dapat menyelidiki ibadah lelaki tersebut. Apabila sampai di rumah lelaki tersebut, Abdullah telah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadah lelaki tersebut. Dia ingin mengintai dan memasang telinga dengan berhati- hati.

Menurut Anas bin Malik, setelah tiga hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut, tidak ada hal istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tidak pernah berzikir dan sembahyang tahajud pun tidak.

Pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia pura- pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyenyak...tapi dia terjaga tengah malam. Namun tidak ada ibadah yang dilakukan lelaki itu selain memusing badan dan mengucap kalimat 'Ya Allah' kemudian meneruskan tidurnya.

Begitulah yang terjadi pada malam seterusnya hingga tiga malam berturut- turut. Kerana Abdullah tidak melihat lelaki itu melakukan berbagai ibadah khusus pada malam hari, maka Abdullah berfikir mungkin ada kelebihan tertentu yang dimiliki lelaki tersebut sampai membuatnya mulia. Abdullah lalu bertanya kepada lelaki tersebut sebelum dia meninggalkan rumah.

" Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui kelebihanmu. Sudilah saudara memberitahu supaya saya juga boleh ke syurga," kata Abdullah.

" Tidak ada ibadah lain melainkan apa yang saudara lihat," jawab lelaki itu bersungguh- sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, Abdullah pun tidak bertanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut. Sebelum Abdullah pergi, lelaki itu memanggilnya seraya berkata :

" Saudara....memang tidak ada ibadah lain melainkan apa yang engkau lihat. Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun," jelas lelaki itu.

" Inilah sikap terpuji pada dirimu. Maka aku tidak akan mencela sesiapa pun. Terima kasih kerana telah memberi petunjuk yang berguna kepadaku," ujar Abdullah dengan gembira sambil pergi meninggalkan lelaki ahli syurga tersebut.

Sunday, October 9, 2011

Teringat Masa Dulu

           Sekarang ni tengah demam K-Pop...Beast, Super Junior...anak-anak buah saya suka sangat la tu lagu-lagu Korea ni.. bila diorang bercerita tu, saya angguk je la...hehehe
           So teringat pula demam boyband yang melanda time sekolah dulu...yang saya minat Backstreet Boys, Boyzone, 911, Five, ..pas tu kat U pulak Westlife la yang paling famous...malam-malam asal boring je study dok ngadap video klip diorang lak...ohh saya suka lagu2 Blue gak..
           Lagu-lagu yang best, tak jemu didengar...paling best suara Ronan Keating (Boyzone) dengan suara Gary Barlow (Take That)...
          Rasanya sah bebudak sekarang tak kenal diorang...bila saya tunjuk dua tiga lagu kat youtube tu, Sabrina pun bertanya ' abis tu sekarang ni diorang dah tua la ye?'
           Huh?????

Boyzone

Westlife

Blue

Monday, September 26, 2011

Penilaian Akhir Tahun

           

           Hmm...bunyinya macam nak ambil exam je kan...hehe tak la....actually dalam seminggu ni busy menilai budget...huks....duit insurans ngan road tax ' si bujang' kena disiapkan hujung tahun ni...ada la dalam RM700 lebih...nampak gayanya kena berjimat cermat tahap extra ni...
           Pas tu dok kira segala hutang-hutang yang ada...alahaii...loan kereta and loan ptptn ni aje pun dah cukup buat nafas ni sesak...bertahun-tahun lagi baru nak langsai....tu belum masuk segala macam bil ngan perbelanjaan lain lagi...ish...pening...pening...Kadang-kadang ada gak berangan kot la dapat menang peraduan hadiah cash RM50,000.. hmm senang dah hidup ni 
           Takpe la..macam mana pun hutang tetap kena bayar ye tak? pandai-pandai la live within the budget...yang penting kita tak ambil duit orang, tak susahkan sesiapa kan? kan?
          

Sunday, September 25, 2011

Lagu Best

Khasiat Buah Kiwi


           Buah kiwi ni asalnya banyak tumbuh di negara China. Di sana ia lebih dikenali sebagai Yantao/ Chinese Gooseberry. Kini ia banyak tumbuh di New Zealand dan diberi nama kiwi berdasarkan burung kiwi. Kulitnya berbulu halus berwarna coklat, manakala isinya berwarna hijau muda dan berbiji hitam halus membulat di bahagian tengahnya membentuk corak bunga.

           Disebabkan kecantikannya, buah kiwi sering dijadikan hiasan untuk manisan, kek, puding dan agar-agar. Boleh juga dimakan segar seperti buah-buahan yang lain atau sebagai hidangan salad. Kulitnya perlu dikupas terlebih dahulu atau pun belah sahaja dan ceduk dengan sudu.
           Selain cantik sebagai hiasan buah kiwi juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Kandungan seratnya 4 kali ganda lebih banyak daripada anggur untuk mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Secawan buah kiwi mampu membekalkan magnesium, potassium dan serat. Gabungan ketiga-tiganya menjadi kunci untuk mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Selain itu ia juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi di mana buah kiwi yang bersaiz sederhana boleh membekalkan sebanyak 75mg vitamin C.

Istilah Memotong Bahan Dalam Masakan

            Entry kali ni pasal maksud istilah memotong bahan dalam masakan...bukan istilah bercinta ye...hehe..
  • Julienne - hiris panjang atau berjurai
  • Brunoise - potongan segi empat kecil-kecil
  • Kiub/dadu - potongan segi empat besar sedikit
  • Potong gelang - biasanya digunakan untuk memotong bawang besar secara membulat kemudian diceraikan hingga menjadi bentuk gelang
  • Potong baji - biasanya digunakan untuk memotong sayuran buah yang bulat seperti tomato dan kentang dengan cara membelahnya kepada 4 atau 8 bahagian dan setiap keping berbentuk seperti mata kapak atau baji
  • Mayang - dihiris
  • Potong bulat/ hiris bulat - sering digunakan untuk memotong kentang, tomato atau bawang besar yang dipotong secara membulat. Kalau dikatakan potong bulat bermakna tebal sedikit dan hiris bulat pula agak nipis sedikit
  • Diketuk - biasanya digunakan pada serai, halia dan lengkuas cuma untuk mengambil baunya di dalam masakan, dengan cara diletakkan dalam lesung batu kemudian diketuk sekali dua dengan anak lesung sekadar pecah tetapi tidak sampai hancur
  • Dicincang - dalam hidangan cina atau seseparuh hidangan barat mereka tidak menggunakan lesung batu untuk menumbuk bawang tetapi dicincang-cincang dengan pisau berat memanjang dan melintang hingga hancur atau ditekan dengan pisau lebar hingga pecah-pecah kasar

Sunday, September 4, 2011

Mudarat Makan Berlebihan

           Actually masa bulan puasa itu hari dah ada dah artikel ni, dapat dari Utusan Malaysia. Rasanya ni masa yang sesuai kot nak share artikel ni, hehe maklumlah sekarang kan musim raya...kita pun banyak ziarah menziarahi dan menghadiri open house...yang sebenarnya ni untuk peringatan diri saya sendiri gak...huhu

10 kemudaratan berpunca dari makan berlebihan :

 1) Hati menjadi keras
          Makan banyak bukan sahaja akan menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

2) Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
          Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.
          Sebaliknya apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya rangsangan makanan.

3) Melemahkan fikiran
          Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang dismpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al- Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.

4) Mengurangkan ibadat
          Perut yang berlebihan kenyang akan menjadikan badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

5) Menghilangkan kemanisan beribadat
           Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
           Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

6) Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
          Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al- Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
          Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras , tanpa penat lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

7) Menyibukkan hati dan badan
         Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediannya sehinggalah selesai.
         Imam al- Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai  menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadhan, suasana pada siang harinya tenang.

8) Bebanan urusan akhirat
         Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
         Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

9) Kurangnya ganjaran pahala di akhirat
         Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan d dunia.
         Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

10) Tertahan di Padang Mahsyar
       Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di Padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

So kesimpulannya...bersederhanalah kita....
         

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri

           Cepatnya Ramadhan berlalu...akhirnya Aidlfitri datang lagi...macam biasa tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya jugak...semua pun serba sederhana..setelah melalui bulan puasa yang amat-amatlah busy dan penuh dugaan dari awal sehingga ke hari terakhirnya, akhirnya....rayaaa!!!...yeaa....
            Tahun ni tak buat biskut pun...ari tu try buat biskut cornflakes, tapi hasilnya tak menepati piawaian la pulak...so dalam kelam kabut tu sempat buat kek butter ngan kek coklat sempoi je ...yang lain-lain semua pun beli je....
            Ada la snap beberapa keping gambar pagi raya tu...ye la takkanla pulak nak pegang kamera je kerjanya...huhu jadila buat kenangan..itupun takde gambar akak, bang Arip ngan mak abah. Anyway raya pertama dan kedua ni dok rumah je...esok baru nak start beraya...dimulakan dengan melawat Mak Lang  and family kat Melaka.. maybe Ahad ni gi rumah anak-anak arwah Pak Cik lak kat KL...yang lain-lain tu ansur-ansur la pegi...huhu dah namanya tak cuti...nasib baik raya sebulan.. ; )

                                          Malam raya, lepas main bunga api

Berjaya pau abang duit raya, dengan ayat "alaa adik tunggal tak dapat duit raya ke?" hehehe 

                                 Mana lagi dua orang anak-anak buahku...

        Paling vogue antara kami...kak ipar dengan baju yang penuh manik dan labuci

                                          saya simple je..  : )


           
          

Sunday, August 21, 2011

Klinik Haiwan di Seremban

           Just nak share, kucing-kucing saya sakit hari tu. Setelah dua klinik saya pergi, dan kucing saya makin teruk sebab tak mendapat rawatan sewajarnya, akhirnya saya jumpa sebuah klinik yang betul-betul bagus kat Seremban ni. Ni alamatnya:

Klinik Veterinar Animal Clinic
1800, Jalan Tok Ungku (Jalan Loop),
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6315457/019-6546070
(Dr. C. Paul / Dr. G. Joshua)

Waktu Operasi :  Isnin- Jumaat 10.30 a.m -7.00 p.m
                           Sabtu & Cuti Am  10.30 a.m - 5.00 pm
                           Ahad : Tutup
                           Lunch : 1.00 p.m - 2.00 p.m

Klinik ni kat Rahang. Oh ye, lagi satu Shaz kata klinik kat Oakland (sederet Avon) pun okey gak. Ownernya sama dengan klinik kat Tampin..   : )

Wednesday, August 10, 2011

Biar Gambar Bercerita

           Lihatlah keadaan pelarian Somalia yang diancam kebuluran akibat kemarau. Terlalu ramai yang dah terkorban. Renungkanlah betapa beruntungnya hidup kita...






        

Saturday, August 6, 2011

Jadual Perbandingan Matrik

            Emm...ini untuk yang merancang untuk buat kuih tu...kadang-kadang dalam resepi tu ada sukatan yang kita tak pasti, so mungkin jadual ni berguna.....


1/4 sudu teh  = 1 ml
1/2 sudu teh  = 2 ml
3/4 sudu teh  = 4 ml
1 sudu teh     = 5 ml
1/4 cawan     = 60 ml
1/3 cawan     = 75 ml
1/2 cawan     = 125 ml
2/3 cawan     = 150 ml
3/4 cawan     = 175 ml
1 cawan        = 250ml
2 cawan        = 500 ml
3 cawan        = 750 ml
4 cawan        = 1 liter

Suhu Ketuhar (dari Fahrenheit ke Celcius)

250 F            = 120 C
275 F            = 140 C
300 F            = 150 C
325 F            = 160 C
350 F            = 180 C
375 F            = 190 C
400 F            = 200 C

Berat dari Auns ke Gram

1/2 auns         = 15 gram
1 auns            = 30 gram
3 auns            = 90 gram
4 auns            = 120 gram
8 auns            = 225 gram
10 auns          = 285 gram
12 auns          = 360 gram
16 auns          = 450 gram

1 inci              = 25 mm

Bertambah atau berkurang?

           
           Alhamdulillah, syukur sebab dipanjangkan umur dan dapat bertemu bulan Ramadhan sekali lagi. Tahun ni juga, first time hari lahir saya jatuh dalam bulan puasa ni. Macam biasa, memang tak pernah sambut pun hehe...dulu-dulu excited juga, tapi sekarang tak lagi...ye la umur pun dah meningkat..
           Tapi bila fikir balik, sebenarnya walaupun angka tu dah banyak, tapi masa kat dunia ni pun dah makin singkat. Jadi saya pun berharap untuk menjadi lebih baik dan matang dari sebelumnya. Ye la, memang kita ni tak dapat jadi sempurna, tapi tak salahkan kalau berusaha untuk jadi insan lebih baik? Slow slow, sikit sikit perbaiki diri huhu     
            Opps, saya dah delete entry sebelum ni. Sebabnya rasa segan lak bila orang tau saya ni actually suka nangis gak.. takpe la, lepas ni kalau saya sedih biar saya sendiri je yang tau..hehe  =)
        

Tuesday, June 28, 2011

Aturan Menjenguk Orang Sakit

Artikel ni dipetik dari buku 'Malam Pertama di Alam Syurga' karya Abu Zarif Zihan...

Bila kita melawat orang yang sakit, apa yang boleh kita buat adalah:

  • jangan duduk terlalu lama kerana perbuatan ini boleh mengganggunya
  • ketika berada di sisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya, kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang
  • hendaklah kita doakan agar sembuh dengan menyebut: "semoga Allah menyembuhkan...."(sebutkan namanya)
  • doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang yang beriman supaya yang sakit itu tidak merasa gelisah terhadap sakit yang dialaminya
  • berikan nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, 'Sabarlah....sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata kerana ketakwaan seseorang terhadap Allah, kerana sakit ini juga seseorang memperoleh pahala yang banyak
  • jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang dihidangkan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala menjenguk itu.
  • sunat dibacakan doa untuknya seperti berikut: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang meyembuhkan tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu juga, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga."
 (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Thursday, May 26, 2011

Crosstitch vs Jahit Labuci/Manik

           Dulu saya ni suka sangat jahit crosstitch (silang pangkah)...rasa happy sangat bila satu-satu gambar tu siap...jadi ni antara crosstitch yang saya buat...


           Ada yang dah bagi anak buah, dan ada juga yang belum dibingkai lagi. Tapi yang sedihnya ada yang dah hilang entah mana saya letak. Sedih la sebab nak siapkan satu-satu gambar tu bukan senang dan lama pula masa yang diambil.
           Sekarang ni saya dah tak buat crosstitch ni sebab faktor kewangan yang tak mengizinkan. Sebab kos benang tu mahal sangat (bagi saya la..). Benang Minlon atau DMC tu dulu dalam RM1.20 satu. Sekarang mungkin dah lagi mahal. Lagi besar dan rumit gambar yang nak di buat lagi banyak la benang yang diperlukan. Lagi satu bila dah siap nak hantar ke kedai untuk dibingkaikan pula. Kos lagi..
           Bukan senang nak lupakan hobi ni...nanti kalau kewangan dah ok nak juga sambung buat balik...jadi sekarang saya cuba alih ke hias lengan baju kurung dan tudung pula...ok sikit sebab manik dan labuci ni murah je...yang ni antara yang dah siap...













            Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa la sama je style nya...hehe saya ni tak kreatif, itu yang jahit pun sebarisss je...nak buat corak lain rasa tak pandai la...lagipun nak beli manik lain entah bila nak ke kedainya...jadi jahit je la apa yang ada dalam simpanan. Takpe la kan, saja suka-suka, lagi pun untuk pakai sendiri je...  =)






          

Sunday, May 22, 2011

Aktifkan Diri

Emm saya ni kalau nak bersenam secara formal ni memang tak ada la...kasut sukan pun entah ke mana...dumbbell pun dah jadi hiasan je...tapi disebabkan sedar kepentingan bersenam ni, saya cuba lakukan aktiviti fizikal yang lain dalam kehidupan harian...yang penting banyakkan bergerak...ini antara cara mudah yang saya lakukan:

  • basuh kereta sendiri...haha sebenarnya saya pun basuh si bujang tu sebulan sekali je...nak basuh bumbung dia tu kena lak panjat kerusi...itu yang malas tu...huu campur masa basuh, kemas bahagian dalam dan wax sekali ada la dalam dua jam...wahh ini memang betul punya berpeluh...
  • lagi satu selalu gunakan tangga berbanding lif...haa yang ni memang saya amalkan hari-hari...walaupun tangga di office tu satu tingkat je, tapi kalau dah turun naik tujuh lapan kali sehari memang rasa ada perubahan pada stamina
  • banyakkan berjalan kaki...parking kereta jauh sikit takpe...tapi hati-hati ye...tengok2 sikit takut ada anjing atau orang yang mencurigakan...tapi saya nak tak nak memang kena banyak berjalan pun sebab my nature of work...
  • basuh baju sendiri...pakaian saya sendiri memang saya tak basuh guna mesin...tang baju kurung dan tudung tu tak le  berus sangat...ronyoh manja je dengan sabun..tapi bila saat memerah kain baju tu...nak nak macam selimut, towel, tak pun t-shirt biasa kalau dah banyak helai sah mengah punya...lepas tu angkat pulak baldi yang penuh tu ke ampaian...wah rasa macam angkat berat pun ada hehe...
         Itu la antara cara mudah dan tanpa disedari untuk saya bersenam ni...banyak lagi cara sebenarnya...mop lantai ke..(ini Ain rajin buat), tak pun main polis sentri dengan kucing ke...siram pokok bunga ke...tumbuk sambal belacan ke...yang penting kita rajin bergerak...untuk kesihatan kita juga  =)

Sunday, May 8, 2011

Berhati-hati Semua

         Sekarang ni macam-macam cara digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu. Saya sendiri ada menerima e-mail konon2 dari pihak Maybank meminta supaya saya kemaskini maklumat diri. Dah tentu la saya tak ada akaun Maybank. Lagipun setahu saya pihak bank  takkan e-mail kita..itu bukan cara mereka... Saya ada terbaca dalam Kosmo yang seorang wanita ni kehilangan RM5000 sebaik sahaja dia membalas e-mail seperti itu...kesian kan...sebab tu kita kena berhati-hati dan jangan mudah bagi maklumat diri kita...
         Lagi satu, sekiranya kita ada menerima SMS yang menyatakan kita memenangi hadiah pun janganlah balas...siapa la yang baik hati sangat nak bagi kita hadiah percuma kan...kalau masuk peraduan pun dah tentu kena beli produk dulu dan hantar penyertaan tertinggi baru ada peluang menang....
        Mana ada percuma zaman sekarang...kalau kita balas SMS seperti itu untuk mengetahui hadiah yang dimenangi, kita akan dapat balasan yang kita telah melanggan pakej atau perkhidmatan yang tidak diperlukan...kemudian bila periksa baki kredit, kredit kita telah ditolak beberapa ringgit. Itu yang saya baca la...Jadi abaikan aje la SMS macam ni.



        Saya pun ada juga dapat SMS dari SHELL mengatakan saya menang RM17,000 sebab cabutan bertuah..hmm macam macam...kalau menang botol air tu percaya la juga...ini RM17,000? tak logik langsung...opps...dah sah sah saya tak isi petrol di SHELL..haha...
         Jadi apa yang saya nak beritahu, kita semua hati-hati la...ini peringatan untuk diri saya juga...ye la susah susah kita cari duit janganlah kita bermurah hati sedekah dekat para penipu ni....menyesal tak sudah nanti...beringat sebelum kena...
        

Friday, April 29, 2011

Hero Baru Kak Azi

           Emm dalam dua hari lepas, saya ada melawat ex colleague saya Kak Aziah yang baru je melahirkan anak ketiga 27 Januari lalu. Kak Azi ni dah ada dua anak lelaki sebelum ni, Khairul Ismail ,4 tahun dan Khairul Irsyad ,2 tahun. Anak yang ketiga ni pun lelaki juga, namanya Khairul Imran. Memang la comel sangat-sangat. Kawan saya Siti Shazalina pun ada sama. Dia ni la Shaz Alina yang rajin bagi komen dalam blog saya ni =D . Tapi yang sedihnya masa ni la kamera saya buat hal, nak kena tukar bateri pula. Jadi foto yang dapat diambil sikit je la. Foto saya pun tak ada...
           Imran ni tak meragam pun bila Shaz ambil dia. Relax aje. Suka tengok dia senyum senyum bila kena agah. Wah meriah rumah Kak Azi ada tiga hero ni. Sesekali dapat jumpa Kak Azi dan Shaz ni memang la seronok ...banyak rasanya nak dibualkan...Insya Allah ada masa kita jumpa lagi ye...


      Kak Azi tetap cun..dulu,kini dan selamanya
                                          

Senyap je Imran dalam pangkuan Acik Shaz


Acik Shaz, bila nak bawa saya jalan-jalan naik Avanza...


Ni Ismail, hero yang sulung


Ni Icad, yang nombor dua


Shaz, raya tahun ni budget duit raya tu kena lebih sikit ye...dah ada si kecik yang baru ni  =D


Thursday, April 28, 2011

Kad Kredit Oh Kad Kredit

           Kepada sesiapa yang nak memohon kad kredit tu, ini adalah garis panduan dan syarat baru melibatkan kad kredit oleh Bank Negara :

  1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini
  2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja 
  3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan 
  4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan
  5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar. Contoh, jika pendapatan tahunan anda RM36,000, maka pendapatan bulanan anda adalah RM3000, had maksimum kredit anda adalah RM3000 sahaja
  6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan, diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baru ini
Sumber: Mingguan Wanita.

Saya kad kredit ni memang tak ada, yang ada kad Tesco  =D